Monday, May 31, 2010

LL4G - updated news (Press Release)

KENYATAAN MEDIA
Isnin 31hb Mei 2010

GESAAN KEPADA KERAJAAN DAN RAKYAT MALAYSIA MENGUTUK SERANGAN ISRAEL KE ATAS FLOTILA MISI BANTUAN KEMANUSIAAN LL4G KE GAZA

Perkembangan terkini flotila Lifeline4Gaza

1. Sebagaimana yang dimaklumi 7 buah kapal yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza sedang belayar menuju ke perairan Gaza melalui Laut Mediterranean. Konvoi ini diketuai oleh sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH). Maklumat terkini ialah kapal induk Mavi Marmara telah diserang oleh angkatan laut Israel. Akibat dari tindakan biadap ini 3 orang sukarelawan telah terkorban dan 30 lagi mengalami cedera parah.

2. Seramai 12 orang sukarelawan bersama-sama petugas media daripada Malaysia turut menyertai konvoi bantuan kemanusiaan ini. Mereka berada di atas kapal "Mavi Marmara". Penyertaan mereka bersama konvoi ini adalah semata-mata atas dasar kemanusiaan.

3. Semua objektif dan pergerakan konvoi ini adalah berpandukan kepada Resolusi 1860(2009) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang maritim lain yang berkaitan. Antara lain, Resolusi 1860 menyebut antara lain
a) menyeru kepada penghantaran bantuan kemanusiaan kepada Gaza termasuk makanan, minyak dan kemudahan perubatan,
b) menggalakkan usaha-usaha membuka laluan dan mekanisma lain bagi tujuan menyampaikan bantuan kemanusiaan yang berterusan,
c) menyeru semua negara untuk menyokong usaha-usaha di peringkat antarabangsa bagi memperbaiki keadaan kemanusiaan dan ekonomi di Gaza, dan
d) mengecam semua bentuk keganasan dan serangan terhadap masyarakat awam dan semua bentuk terorisma.

Semua rakyat Malaysia yang terlibat di dalam konvoi ini berpegang teguh kepada peraturan dan undang-undang antarabangsa dan pekerti mulia sesuai dengan aspirasi negara Malaysia.

4. Konvoi ini membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan. Seramai lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun. Tidak ada sebarang bentuk senjata dibawa bersama konvoi ini walaupun untuk tujuan mempertahankan diri. Fakta ini jelas menunjukkan bahawa konvoi ini adalah benar-benar sebuah konvoi bantuan kemanusiaan yang akan disampaikan oleh sukarelawan- sukarelawan dari kalangan masyarakat awam.

5. Berdasarkan kepada fakta-fakta ini jelas Israel secara biadap telah melanggar undang-undang antarabangsa. Apatah lagi serangan ini berlaku di perairan antarabangsa dan dilakukan ke atas sebuah kapal bantuan kemanusiaan yang tidak bersenjata yang bertujuan aman. Tindakan Israel menginjak-injak prinsip kemanusiaan ini wajar mendapat kutukan dari seluruh masyarakat antarabangsa yang cintakan keamanan dan keadilan.

6. Kami dengan ini menyeru supaya kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Dato' Seri Mohd Najid Tun Abd Razak dan juga Datin Seri Paduka Rosmah Mansor sebagai Penaung kepada Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk tindakan biadap dan kejam regim Zionis Israel yang telah bertindak di luar batas kemanusiaan dengan menyerang sebuah flotila kemananan yang bertujuan semata-mata untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Gaza yang teraniaya dan dizalimi sekian lama.

7. Kami juga menyeru PBB supaya mengadakan persidangan tergempar untuk meluluskan resolusi bagi mengambil tindakan paling tegas ke atas Israel, termasuk mengheret pemimpin mereka ke muka pengadilan.

8. Kami juga menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyatakan bantahan dan kutukan paling keras ke atas Israel serta bersedia untuk menyokong apa-apa tindakan yang akan disusun seterusnya bagi menangani isu ini.

9. Kami juga menyeru kepada semua pemimpin-pemimpin politik, pertubuhan-pertubuh an bukan kerajaan dan rakyat seluruhnya supaya bergabung tenaga menyatakan sokongan kepada misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dan mengenakan tekanan ke atas Israel yang telah menyerang flotila Gaza sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan di kalangan sukarelawan.

10. Kami seterusnya menyeru agar semua peringkat masyarakat dapat meneruskan doa dan solat hajat di masjid, surau, jabatan kerajaan, atau mana-mana tempat lain yang sesuai bagi memohon agar Allah SWT menjayakan misi bantuan ini dan memberikan kekuatan dan kesabaran kepada para sukarelawan.

Zulkifli Mohd Nani
Pengerusi
Pasukan Pengurusan Krisis dan sokongan keluarga misi LL4G Malaysia

Friday, May 28, 2010

LL4G.. Freedom Flotilla perlukan DOA kita

Petang tadi menerima sms yang menggegarkan perasaan :

Dari ketua MISI LL4G-Malaysia.Tn Hj. Noorazman:

"Kami sedang berada di perairan GAZA, dalam jam 4.30-5.00ptg ini (waktu Malaysia) kami akan berdepan dengan kapal Israel. Pasukan konvoi LL4G Malaysia & Indonesia diberi amanah untuk menjaga keselamatan kapal konvoi:Dijangkakan komando Israel akan turun ke kapal melaui helikopter & cuba merampas kapal konvoi. Pesanan beliau lagi, beliau minta doa daripada kita semua

Kita tidak mampu menjadi mereka yang diberi anugerah Allah untuk bersama misi kemanusiaan yang tidak mustahil menjanjikan syahid, namun kita punya senjata DOA. I'm requesting all my friends yang membaca blog ini, please make continous solat hajat and doa for the team and for the Palestinian.

sedikit latarbelakang LL4G untuk dikongsi bersama (Untuk maklumat terkini sila ke website ini)

Misi Kemanusiaan LL4G ( Flotilla Life line for Gaza) adalah inisiatif secara formal ke empat yang pernah dilakukan untuk membantu saudara-saudara kita di Gaza dalam menghadapi cengkaman ganas rejim zionis Yahudi. Misi-Misi ini diterajui oleh NGO-NGO dari seluruh dunia bagi memberi bantuan asas yang diperlukan oleh penduduk Gaza yang telah terkepung semenjak lebih 3 tahun yang lalu. Misi LL4G ini adalah misi terbesar melalui laut yang pernah diusahakan dan disertai oleh NGO-NGO dari lebih 50 negara, dari pelbagai latarbelakang agama dan bangsa. Peneraju dan pengendali utama Misi LL4G ini adalah IHH (Insan Hak ve Hurriyetleri Insani Yardim Vakfi), sebuah NGO terkemuka Turki dengan mendapat sokongan penuh Kerajaan Turki.

Misi LL4G melibatkan 9 buah kapal dengan 3 daripadanya dari Turki. Tiga buah kapal dari Turki ini akan belayar daripada pelabuhan Antalya menuju ke Laut Mediterranean di mana mereka akan bergabung dengan 6 buah lagi kapal di satu lokasi yang telah ditetapkan di sekitar perairan Cyprus, sebelum memulakan perjalanan menerobos sekatan tentera laut Israel menuju ke Gaza. Enam buah kapal berkenaan akan membawa bahan bantuan, termasuk bahan bangunan untuk membina semula bangunan sekolah, hospital dan perumahan yang dihancur-leburkan oleh Israel selama 23 hari serangannya di penghujung 2008 dan awal 2009.

Sunday, May 9, 2010

Seafood Steamboat Buffet @ Tupai-Tupai Restaurant Cafe @ BBB

Ini keraian 'belated', untuk memberi kredit kepada semua yang telah bertungkus lumus menjayakan IHTIFAL 2009. Akhirnya berjaya juga mencari tarikh yang semua dapat hadir. Mencari kelainan dalam menu, akhirnya takdir menentukan kami semua singgah di Tupai Tupai Bangi yg menurut 'towkey'nya baru seminggu beroperasi.

Selain seafood dan berbagai fishball, seronok memilih sayur sayuran segar yang agak lain dari yang biasa di makan


Selain steamboat, bagi 'perut jawa' ada juga menu yang semi heavy - nasi goreng, mee goreng, bubur nasi, etc



And penutup, special...ice cream tapai.....