Saturday, October 24, 2009

Fikir...Fikirkan....

Good news ?I really hope so..insya-Allah...

Kerajaan akan beri insentif galak swasta buka kelas pra-sekolah

MUAR: Kerajaan akan memberikan insentif kepada pihak swasta dalam usaha menggalakkan mereka membuka lebih banyak kelas-kelas pra-sekolah di bandar dan luar bandar.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pembukaan kelaskelas ini akan membolehkan lebih ramai ibu bapa menikmati kemudahan pendidikan pra sekolah buat anak-anak mereka, sekaligus meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti.

"Kerajaan akan umumkan selepas perbincangan dengan Perdana Menteri, bentuk insentif itu, seperti menyediakan tabung pinjaman kepada pihak swasta yang mahu membuka sekolah berkenaan, dan sebagainya," katanya.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran dan Anggota Parlimen Pagoh berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program Karnival Pendidikan dan Kerjaya Parlimen Pagoh, di sini, hari ini.

Muhyiddin seterusnya berkata kerajaan juga tidak mempunyai masalah untuk memberikan lesen kepada para pengusaha terbabit bagi menjayakan rancangan membuka lebih banyak kelas-kelas prasekolah....BERNAMA

Saturday, October 3, 2009

Walimah dan Reunion group Hajj 1429H

Hari ini ke Taman Pulai Impian, Sikamat, Seremban untuk memenuhi undangan walimatul urus di rumah Ustaz Halim. Selain meraikan perkahwinan dua anak perempuan ustaz, kenduri ini juga bertujuan mempertemukan semula jemaah haji yang dibimbing oleh Ustaz Halim(Mitra Kembara). Kumpulan kami diminta datang antara pukul 1~2.

Terima kasih kepada Haji Rose Ady dan Hajjah Salmi yang telah menumpangkan, mengambil dan menghantarku pulang ke rumah. Alhamdulillah diizinkan Allah bertemu dengan ramai rakan rakan jemaah. Dalam kesyukuran dapat mempertautkan semula ukhuwwah, tanpa diundang terselit rasa sayu saat menatap wajah teman teman sebilik allahyarham suami di Mekah dan Madinah.

Khemah khemah kenduri yang melaut luasnya.....

Ustaz Halim dan isteri menyambut tetamu

Pengantin - Uswah Hasanah dan suami bergurau dgn ayahanda..
Keluarga Haji Rose Ady dan Hajjah Salmy menjamu selera..

Antara ahli rombongan Haji 1429H yang sempat bergambar bersama...

Selesai di rumah Ustaz Halim kami bertolak ke Kg Durian 3 Batang untuk memenuhi undangan walimah salah seorang sahabat jemaah yang tinggal sebilik dengan aku dan kak Salmi. Tahniah kepada Hj Nisa' dan Hajjah Sabariah yang menerima menantu sulung. Semuga bertambah tambah keberkatan dalam keluarga kak Sabar.


Tuan rumah- Hajjah Sabariah berbual dengan Hajjah Dr Yati diperhatikan oleh raja sehari.

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga bertemu dengan teman teman jemaah. Tidak dapat diungkapkan dengan kata kata kegembiraan & kesyukuran dapat bertemu semula Kak Salmi, Dian, Yah dan Kak Sabar yg sama sama mengharungi pengalaman bermusafir di Bumi Mekah, Mina, Arafah dan Madinah. Semuga Allah memeberkati usia kita semua.