Saturday, October 24, 2009

Good news ?I really hope so..insya-Allah...

Kerajaan akan beri insentif galak swasta buka kelas pra-sekolah

MUAR: Kerajaan akan memberikan insentif kepada pihak swasta dalam usaha menggalakkan mereka membuka lebih banyak kelas-kelas pra-sekolah di bandar dan luar bandar.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pembukaan kelaskelas ini akan membolehkan lebih ramai ibu bapa menikmati kemudahan pendidikan pra sekolah buat anak-anak mereka, sekaligus meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti.

"Kerajaan akan umumkan selepas perbincangan dengan Perdana Menteri, bentuk insentif itu, seperti menyediakan tabung pinjaman kepada pihak swasta yang mahu membuka sekolah berkenaan, dan sebagainya," katanya.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran dan Anggota Parlimen Pagoh berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program Karnival Pendidikan dan Kerjaya Parlimen Pagoh, di sini, hari ini.

Muhyiddin seterusnya berkata kerajaan juga tidak mempunyai masalah untuk memberikan lesen kepada para pengusaha terbabit bagi menjayakan rancangan membuka lebih banyak kelas-kelas prasekolah....BERNAMA

No comments: