Selepas solat tarawih di Masjid Al Azhar KUIS mlm tadi ada tazkirah sempena Nuzul Quran oleh Ustaz Badlishah Alaudin (Pen Pengarah Bah Dakwah JAIP). Tertarik dengan analogi yang digunakan Ustaz untuk menggambarkan 3 phasa Ramadhan.
Phasa 10 malam pertama ibarat pusingan kelayakan, begitu ramai pasukan yang bertanding, hanya sedikit yang mampu meneruskan ke pringkat ke-2.
Phasa 10 malam kedua di mana kita sedang berada sekarang ini ialah pusingan semi final. Kita akan melihat saf saf solat semakin bertambah maju (secara menyindir ustaz maksudkan maju ke hadapan iaitu semakin berkurangan jumlah jamaah yang ke masjid/surau)
Dan phasa 10 mlam terakhir adalah pusingan GRAND FINALE. Hanya yg benar benar layak akan mara ke pusingan ini.
Walaupun secara jenaka dan bunyinya begitu pesimis bagiku ia merupakan tazkirah yang begitu mengesankan. Adakah aku mampu ke pringkat grand finale dan akhirnya keluar sebagai pemenang sedangkan hadiah yang dijanjikan Allah begitu kudambakan PEMBEBASAN DARI API NERAKA dan TAQWA.
Kenapakah bulan Ramadhan ini begitu mulia ?
Kerana inilah bulan diturunkan Wahyu Allah. (Suhuf Ibrahim, Taurat, Injil dan Al Quran semuanya diturunkan dlm bulan Ramadhan)
Imam Syafie memberhentikan semua kelas Fekahnya di bulan Ramadhan untuk fokus membaca Al Quran dan beliau khatam sebanyak 60 kali dlm bulan Ramadhan.
Tazkirah Ramadhan dan Al Quran ini begitu menyentuh hati dan menggamit kenanganku pada allahyarham suami. Tiada lagi suaranya membaca Al Quran setiap subuh dan sebelum tidur. Di manapun dia berada dia tidak akan lupa mengingatkanku berapa juzuk al Quran yg perlu dibaca. Setiap Ramadhan kami akan bersaing untuk khatam dulu. Mushaf mushaf Al Quran miliknya kini menjadi tempat aku mencari erti kesabaran dan ketenangan.
No comments:
Post a Comment