Sunday, January 31, 2010

Jalan Menuju Allah ....

Selama ini hanya dapat mengikuti tulisan ustaz Hasrizal Jamil melalui blognya , Alhamdulillah, malam tadi dapat mengikuti secara live penyampaiannya dalam forum perdana di Masjid Al- Hasanah, Bandar Baru Bangi.

Tajuknya "Jalan Menuju Allah" is very basic yet so relevant ...

Setiap hari samada secara sedar atau tidak, sekurang kurangnya 14 kali kita memohon dengan sepenuh hati "Ya Allah tunjukki aku jalan yang lurus"...

Begitu penting dan gentingnya memohon ditunjukki jalan yang lurus. Berdoa, hukum asalnya adalah sunat, tetapi doa memohon ditunjukki jalan yang lurus adalah WAJIB.

Mari muhasabah diri, adakah telah kita selarikan doa ini dengan tindakan dan cara hidup kita dan keluarga kita.

1. Selesai solat Isyak dan berdoa "Ya Allah tunjukki aku jalan yang lurus" maka kita pun ke ruang tamu dan menekan remote TV yg sedang menyiarkan live 'Anugerah Juara Lagu' . Kita pun panggil anak anak utk menonton bersama.

2. Janji dgn isteri lepas solat Asar kita pergi shopping. Dalam solat Asar kita pun berdoa bersungguh sungguh "Ya Allah tunjukki aku jalan yang lurus". Sewaktu nak keluar, isteri yg berumur 29 thn memakai baju t-shirt bersaiz yang sesuai utk anak umur 9 thn, suami hanya pandang tanpa kata dan terus keluar untuk hidupkan enjin kereta.

Contoh yg diberi ustaz terasa betul betul terkena pd batang hidung sendiri, memang sukar menahan godaan TV (w/pun yg ada di rumah hanya TV buruk yg terhad channel yg boleh ditengok), agaknya bagaimana Ibu Bapa bekerja yg melanggan astro mengawal cerita yg boleh & tak boleh ditonton anak anak.

Isu tentang kecelaruan emosi dan ruh anak anak yang tak terisi memang akan sentiasa dekat di hati. Berkongsi pengalaman bersama anak anak remaja dgn Ustaz Hasrizal membuat aku berfikir bagaimana memantapkan pendidikan anak anak Al Fatih.

Aku bersetuju bila ustaz menyatakan kenapa anak anak muda tidak datang ke masjid mendengar ceramah ialah kerana mereka tidak faham apa yang dibincangkan para ustaz dan daie. Bahasa mereka sudah tidak sama dengan kita. Nilai yang mereka anuti sudah jauh berbeza dengan nilai yang kita pegang selama ini.

Dulu, sewaktu zaman aku membesar, janji syurga dengan sungai yang mengalir di dalamnya sounds so attractive. Kenapa ? Kerana zaman itu rata ratanya hidup susah, nak minum air susu bukan senang.

Dunia kini, anak anak hidup dalam kemewahan yang tak terjangkau fikiran. Sebut apa nak, semua akan cuba ditunaikan olah Ibu Bapa. Mungkin dalam bahasa kasarnya boleh dikatakan hidup mereka umpama 'syurga dunia'.

Sungguh menjadi Ibu Bapa, pendidik dan Daie di zaman kini menjadi jauh lebih mencabar dan menuntut kebijaksanaan yang tinggi.

1 comment:

Anonymous said...

Salam ziarah dari Ustaz Halim. Dah tak sabar nak ziarah tadika enti, jaraknya tak jauh mana dari Seremban. No tel enti juga ana dah takda, sebab baru2 ni hphone hilang di Mekah. Jika terima comment ni harap dapat hubungi ana di 019-678 0000 atau zaujah ana, Fariza 012-659 0000. Kami akan terus ziarah enti dan tadika dalam masa terdekat. JZKK. - Us.Halim, Seremban.