Monday, June 21, 2010

Craving For Durian...

Dah beberapa bulan terkebelakang ini teringin yang amat sangat nak makan durian, I guess being born dalam dusun durian, aku dan durian tak dapat di pisahkan. Pernah sekali drive ke area Dengkil kununnya nak beli durian tapi akhirnya balik tangan kosong sebab seumur hidup tak pernah beli durian so tak reti nak pilih.

Kalau kat pasar malam BSP entah dah berapa kali lalu depan lori durian tapi tak juga punya keberanian nak membeli.

Akhirnya ku pendamkan sebuah keinginan itu kerana tak penting berbanding isu kemanusiaan di Gaza atau kembalinya wira wira Flotilla.

Jeng..jeng..jeng...dia mai dah!!...durian tembaga pahit punya.....

Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar dan Mengetahui isi hati hamba hambaNya. Sabtu lepas kakak ipar dan anak anak buah datang dari Johor dgn beberapa biji durian kulai, tanah kelahiranku.

Alhamdulillah, Alhamdulillah....terima kasih atas kurniaan rezekiMu ya Allah.

1 comment:

mjay said...

salam. nor, mana ler bole lawan doyan kg sri paya makcik saadiah ngan doyan bsp atau psr malam. Hingga ke akhir hayat akan tetap di ingat sama2 ngan shidah, abi ngan budak yg sorang lagi tu makan doyan kat umah awak nor. terbyg2 lagi mak awak kumpul doyan kat dapur tu. nyumm nyumm nyummm sedappp