Friday, December 30, 2011

Sesungguhnya manusia INI dalam kerugian....

Dulu masa di sekolah rendah dan menengah aku fikir belajar itu hanya apabila di dalam kelas berhadapan dengan guru dan papan hitam

Bila di pusat pengajian tinggi belajar hanya apabila di bilik kuliah atau bila ada group study

Kini aku sedar hidup ini adalah kelas dan kehidupan ini adalah guru...

Sukarnya bangkit dari sebuah musibah yang menguji kekuatan iman insan. Kadang kadang hati teguh seperti karang yg tetap tegap walau dilanda badai...tidak kurang juga waktu hati ini mendung seperti cuaca di musim tengkujuh...

Sejujurnya telah lama aku tidak peduli pada taman kecil di depan rumah semenjak pemergian arwah suami. Kesian taman yg tidak berdosa ini menjadi mangsa hati yang gagal dikuasai. Suatu pagi Allah menggerakkan hati untuk membersihkan pokok pokok di taman ini. Subhana-Allah, Maha suci Allah, yg menizinkan aku belajar dari kehebatan ciptaanNya. Tanaman yg telah lama tidak dipeduli tetap bertunas. Malunya aku pd diri, begitu kuat azammu pokok, walau tidak dipeduli tuanmu, kau tetap tumbuh. ...aku sedar aku bukanlah 'tuanmu', aku hanya penjaga yg diamanahkan untuk memeliharamu.



Wahai hati, wahai iman bangkitlah dari 'kealpaan'...lihatlah kelilingmu dan ambillah pengajaran, tunas baru akan sentiasa tumbuh. Belajarlah dari 'ketaatan' pokok terhadap pemiliknya...

Aku sedar perjalanan ini masih sangat panjang....menuju destinasi abadi yang menjadi matlamat setiap yang mengaku dirinya beriman. Sembuhlah wahai hati yang diuji...bangkitlah dari lena yang panjang...belajar dan teruslah nelajar dari hidup dan kehidupan.....

3 comments:

mjay said...

betul nor. amat payah untuk bangkit dari kesedihan yg di tempuhi. terima kasih kerana byk memberi semangat pd saya bagi menimbus kedukaan yg sudah 10 tahun saya lalui. saya akan terus berusaha...

Ben Apik said...

Assalamu'alaikum... Nice blog ...

Bunga Angkasa @ ooaea said...

tc. nor... kuatkan hati! Dia Maha Pemurah. Saya percaya ada kebahagiaan utk setiap hambaNya

"Every Cloud Has A Silver Lining.."