Pengalaman ber'uzlah' di wad meninggalkan jejak yang mendalam dalam jiwa. Peluang menyantuni sahabat sahabat senasib memberikan perspektif yang pelbagai. Pagi pertama mendaftar di Wad 2A RT/HKL aku 'disambut' dengan kes kematian. Insaf bahawa nyawa manusia tidak boleh diundur atau dicepatkan barang sesaat, aku sempat membacakan yasin, doa dan alfatihah dari katil yg dipisahkan tiga pesakit.
Kematian dengan cara apapun sentiasa muhasabah buat diri, apatah lagi buat diri yang telah diberi 'amaran awal', setiap kematian meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati. Hari hari selepas itu agak tenang di wad. Buat bekas sukarelawan hospital Johor Bahru satu masa dulu, agak mudah untuk aku mengambil kesempatan bermesra dgn pesakit pesakit. Apatah lagi kami senasib...
Majoriti pesakit di Wad ini ceria dan sentiasa ramah mesra, cuma mungkin teragak agak untuk memulakan. Aku bersyukur kerana dikurniakan muka yg mudah mesra. Tak kira bangsa apa aku akn tegur. Sampaikan ada satu aunty (berbangsa India) ni melekat dgn aku. Ada satu pagi tu aku teringin nak beli kuih pau di hospimart yg berdekatan, aunty ni sibuk nak ikut...Nurse pesan apa kat aku " akak kena tolong jaga dia ya sbb dia ni ada " kurang sikit" ...Aku: "huh..!" kenapalah aku tak perasan sebelum ni?
So sepanjang jalan dia paut lengan aku dgn kuat dan dia berhenti hampir di setiap pokok bunga untuk mengambil bunga yg wangi utk dibuat kalungan bunga..well this is the seronok part, pengalaman yg menarik..lepas ni nobody can claim aku tak support 1 Malaysia....hehehe.
Satu perkara yg aku notis dan agak menyedihkan ialah agak ramai pesakit yang mengambil mudah soal solat sewaktu sakit. Inilah sebenarnya ujian bagi orang yang ditimpa musibah. Terlalu
menghitung kesukaran sehingga lupa bersyukur. Aku kagum dengan seorang teman yg mengidap kanser tulang. Tulang pinggulnya patah bukan kerana jatuh atau kemalangan tapi kerna kanser yg telah mereputkan tulangnya , tulangnya patah hanya kerana dia bergerak agak kuat. Kini dia hanya terbaring dan tidak mampu bergerak. Kami berkenalan bila tanpa sengaja aku datang menziarah dan terlanggar kakinya, dia menjerit hingga aku panik! Selepas itu aku sering dtg untuk bertanya khabar. Dalam kesakitan itu aku melihat dia tidak tinggal solat dan sentiasa membaca al quran. Tiada siapa menjaganya di hospital tapi di tepi katilnya sentiasa tergantung spray air yg digunakan utk berwuduk
Aku bertanya sendiri adakah kejahilan yang mendorong mereka tidak solat atau mereka menjadikan sakit satu alasan untuk tidak solat. Aku perasan di surau banyak buku buku terbitan jawi ttg cara cara solat orang sakit. Tapi buku itu sendiri pun kelihatannya tidak disentuh. Oh banyak lagi kerja kita sebagai khalifah dan daie. Ya Allah berilah aku kekuatan untuk menjalankan tanggungjawab mengingatkan mereka untuk menunaikan rukun islam yg kedua ini.
Aku pernah mempelawa mkcik yg duduk di katil berhampiran untuk sama sama solat disurau, tapi dia memberi alasan "macamana nak solat, tangan mkcik sakit" . Aku juga ingin berpesan pada anak anak atau waris yg menjaga pesakit di hospital, inilah antara tugas utama anda. Bukan sekadar meladeni keperluan fizikal seperti makan minum tetapi keperluan rohani yang lebih utama. Pernah sekali aku merasa sangat geram pd seorang anak remaja yg menjaga ibunya, ibu itu mengalami kesukarn bernafas jadi kelihatan resah. Sang anak sibuk ber'fb' dengan laptopnya. Aku membantu menggosok dadanya dan menyapu minyak kapak kerana dia mengadu pening. Aku betulkan tempat baringnya dan meminta dia mengingati Allah, selepas dia berzikir memang nampak dia sedikit tenang dan boleh berbual.
Ya Allah dalam doa doaku aku sering memohon, Ya Allah aku sedang belajar redha menerima ujian kesakitan pada fizikalku namun jangan kau sakitkan imanku ya Allah. Luluskan aku dalam ujian ini ya Allah, kerana dalam ujian kesakitan ini samada aku lebih hampir padaMu atau aku makin jauh meninggalkanMu ya Raab.
2 comments:
entri yg menyentuh jiwa dan penuh peringatan buat kami yg membaca. terima kasih...
welcome back :) we miss you a lot
~ibu HZ
Saban hari ku tunggu entry darimu Tce Nor yang pastinya mengusik hati sanubari.
-Ummu A.M-
Post a Comment