Saturday, February 7, 2009

Muhasabah Diri


Sayang, aku tenang di sini kerana aku yakin kau telah menerima hakikat ini dengan tabah dan bijaksana. Hentikan tangisanmu, demi ketenanganku di perantauan ini. Yakinlah perpisahan sebenar bukan kerana jaraknya destinasi tetapi oleh retaknya hati.

Perpisahan ini, insya-Allah akan menyuburkan cinta...sekiranya kita menerimanya sebagai satu didikan Allah. Yakinlah, kita akan bertemu dalam suasana yang lebih indah dan manis. Perpisahan ini adalah mahar buat saat yang indah itu.

Semuga perpisahan ini menguatkan jiwamu. Tiadalah ubat jiwa yang paling mujarab kecuali mencintai Allah. Dan dengan cinta itu nanti semuga kita saling menyintai kerana Allah - cinta yang lebih suci.

Sayangku,
Hadapilah kenyataan ini. Aku sentiasa berdoa untukmu.

Ya Allah...
Kuatkanlah iman dan taqwa isteriku.....dengan kau suburkan selalu dihatinya rasa hina, berdosa, jahil, lemah, miskin, berharap terhadap-Mu.

Ya Rahim...
Berikanlah dia kesabaran dan kekuatan dalam mendidik anak-anak didiknya. Agar ditangannyalah nanti tertempa anak-anak yang solih dan solihah. Bimbinglah kemarahanyya, kesabarannya, kelembutannya, hukumannya dan segala-segalanya dengan seimbang agar dia terdidik untuk mendidik.

Ya Rahman..,
Maniskanlah akhlak isteriku, hiasilah kata-kata dari lidahnya dengan kebenaran dan kelembutan. Berilah kecantikan dan keindahan hakiki dengan limpahan taqwa yang sejati.

Sayang,
Ramai pasangan yang berpisah kerana putus cinta. Namun lebih ramai yang yang terpisah kerana terlalu cinta. Bila cinta makhluk membelakangi cinta Allah, maka cinta itu akan kehilangan daya untuk bercinta sesamanya. Ia akan layu, kesepian dan kesaorangan. Pada cinta yang ilusi begini..pertemuan adalah perpisahan. Tapi bila cinta itu cinta hakiki, berpisah jauh pun masih bertemu.

Perpisahan ini adalah ujian yang akan menguatkan kembali ikatan perkahwinan. Sesungguhnya inilah cara Allah mencantas pergantungan hati kita kita dengan yang bernama suami, isteri, ibu, bapa, anak dan saudara.

Didikan ini sangat mahal harganya. Inilah intipati iman kita kepada satu ayat Al-Quran yang sangat pendek: "Sesungguhnya kita kepunyaan Allah dan kepada Allah kita akan dikembalikan"

Bersedialah untuk menghadapi yang terburuk akibat perpisahan ini. Namun jangan sesekali terputus dari berharap sesuatu yang terbaik.

Doamu dan doaku pasti dicelahi oleh rasa bimbang takut-takut tidak diperkenankan tetapi padamkanlah segalanya dengan keyakinan bahawa ia pasti diperkenankan. Amin. Yang penting....bukan diperkenankan atau tidak, tetapi semuga Allah tingkatkan keimanan, kesabaran dan tawakkal kita menghadapi apa jua takdirNya.
Isteriku, kata hukama: "Usah dipinta ringankan ujian, tetapi pintalah dahulu beratnya iman untuk mengahadapinya"

3 comments:

jay said...

Nor, saya gembira sangat bila melihat awak mula menulis. Hanya ALLAH mengetahui apa di dalam hati ini.
YA ALLAH, LINDUNGI LAH SAHABAT KU INI. TABAHKAN HATINYA DAN KU MOHON PADA MU, SIRAMKAN SINAR KEBAHAGIAN SEHINGGA AKHIR HAYAT SAHABAT KU INI.AMINNN .

Nor Wati Suleiman said...

Ameen Ya Rabbal Alamin. Terima kasih Tin , tanpa rahmat Allah dan doa semua tak mungkin saya mampu bangkit semula.

Rin said...

Akak..bila tangan ini mula menulis utk akak...airmata ini terus mengalir...hari2 rin jenguk blog akak...dan rin gembira sangat bila akak dah mula menulis...Ya akak, hanya Allah jua yang tahu dan maha mengerti segala yg terselindung di hati..Dialah tempat bergantung yang terbaik..dahan2 tempat bergantung kita didunia ni cuma sementara...Mengenali akak..Rin yakin akak tabah..Moga Allah terus beri kekuatan pada akak..Dijemputnya seorang insan untuk mengadapnya sbg tanda kasihNya..dan diuji hambaNya yang ditinggalkan juga kerana kasihNya... Take care yer kak...Salam sayang dari kejauhan, Rin, Sg Petani, Kedah.