Sepanjang jalan kehidupan ini aku bertemu dengan terlalu ramai insan istimewa yang setiap satunya menempati ruang tersendiri dalam kamus hidupku. Bingkisan dari nuraniku ini untuk menyatakan betapa mereka akan sentiasa dekat dihatiku...insya-Allah
Monday, September 14, 2009
Menu Ibu dan Anak lagi...
Monday, September 7, 2009
Iftar @Aunty Aini's Garden Cafe, Nilai
Sunday, September 6, 2009
Ramadhan ~ Semi Final
Phasa 10 malam pertama ibarat pusingan kelayakan, begitu ramai pasukan yang bertanding, hanya sedikit yang mampu meneruskan ke pringkat ke-2.
Phasa 10 malam kedua di mana kita sedang berada sekarang ini ialah pusingan semi final. Kita akan melihat saf saf solat semakin bertambah maju (secara menyindir ustaz maksudkan maju ke hadapan iaitu semakin berkurangan jumlah jamaah yang ke masjid/surau)
Dan phasa 10 mlam terakhir adalah pusingan GRAND FINALE. Hanya yg benar benar layak akan mara ke pusingan ini.
Walaupun secara jenaka dan bunyinya begitu pesimis bagiku ia merupakan tazkirah yang begitu mengesankan. Adakah aku mampu ke pringkat grand finale dan akhirnya keluar sebagai pemenang sedangkan hadiah yang dijanjikan Allah begitu kudambakan PEMBEBASAN DARI API NERAKA dan TAQWA.
Kenapakah bulan Ramadhan ini begitu mulia ?
Kerana inilah bulan diturunkan Wahyu Allah. (Suhuf Ibrahim, Taurat, Injil dan Al Quran semuanya diturunkan dlm bulan Ramadhan)
Imam Syafie memberhentikan semua kelas Fekahnya di bulan Ramadhan untuk fokus membaca Al Quran dan beliau khatam sebanyak 60 kali dlm bulan Ramadhan.
Tazkirah Ramadhan dan Al Quran ini begitu menyentuh hati dan menggamit kenanganku pada allahyarham suami. Tiada lagi suaranya membaca Al Quran setiap subuh dan sebelum tidur. Di manapun dia berada dia tidak akan lupa mengingatkanku berapa juzuk al Quran yg perlu dibaca. Setiap Ramadhan kami akan bersaing untuk khatam dulu. Mushaf mushaf Al Quran miliknya kini menjadi tempat aku mencari erti kesabaran dan ketenangan.
Wednesday, August 19, 2009
Marhaban Ya Ramadhan
Selamat Datang Ramadan

Ramadan kini tiba. Hati mukmin tidak sabar lagi untuk mengambil peluang semaksima mungkin dibulan yang berkat ini demi mendapatkan bekalan iman dan meningkatkan diri. Dihujung Syaaban, Rasulullah saw berkhutbah mengingatkan para Sahabat ra tentang Ramadan. Di sini saya mengambil kesempatan mengingatkan diri saya dan kita sekelian berkenaan Ramadan dan persiapan untuk memasukkinya.
Kita memasuki bulan berkat dimana pahala dilipatkali gandakan bagi mereka yang mengharap ganjaran dan keredhaan Allah swt. Dengan ini hamba-hambaNya semakin bertaqarrub kepadaNya dan lebih berpeluang memasuki Syurga yang disediakan Allah swt. Dari Qutaibah, dari Ismail bin Jaafar dari Abi Suhail, dari ayahnya dari Abu Hurairah ra. sabda Rasulullah saw bermaksud, “Apabila datang Ramadan, dibukakan pintu-pintu Syurga” (hadis sahih riwayat Al-Bukhari).

Dengan berpuasa, kita menahan diri dari makan, minum, hubungan suami isteri, menjaga lidah, pemandangan dan hati hanya semata-mata kerana Allah. Oleh itu Allah sendiri yang akan membalasnya. Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Sesiapa yang mendirikan (solat dan ibadah) di malam Lailatul Qadar dengan penuh iman dan mengharap ganjaran Allah, diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh iman dan mengharap ganjaran Allah, diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu” (hadis sahih riwayat Al-Bukhari).
Didalam Ramadan, kita melipatgandakan ibadah solat kita, dan lebih membiasakan diri kita mendampingi surau, masjid dan para jemaah didalamnya yang beriman. Sabda Rasulullah saw berkenaan Ramadan bermaksud, ‘Sesiapa yang mendirikan (solat Tarawih) di bulan Ramadan, dengan penuh keimanan dan mengharap ganjaran Allah, diampunkan untuknya akan kesalahan yang telah dikerjakannya” (hadis sahih riwayat Al-Bukhari).

Ramadan mengajar kita erti persaudaraan dan kesatuan umat Islam. Dari Ibnu Syahab, dari Urwah bin Az-Zubair, dari Abdul Rahman bin Abdul Al-Qari’ berkata: Aku keluar bersama Umar Al-Khattab ra pada suatu malam Ramadan ke masjid dan mendapati orang ramai bersolat sendiri-sendiri dan berselerakan. Ada yang bersolat sendirian. Ada yang bersolat diikuti beberapa orang. Umar ra berkata bermaksud, “Aku lihat jika dikumpulkan mereka dibawah seorang imam, itu adalah lebih baik”. Kemudian beliau melaksanakannya dan mengumpulkan orang ramai (bersolat) diimami oleh Ubay bin Kaab ra. Pada suatu malam yang berikutnya, aku pergi bersamanya ke masjid dan melihat orang ramai bersolat di belakang seorang imam mereka. Umar ra berkata, “Alangkah baiknya bid’ah ini“… (hadis sahih riwayat Al-Bukhari).

Ramadan adalah bulan Al-Quran dimana Al-Quran diturunkan Allah swt pada bulan tersebut. Jibril menyemak bacaan dan hafazan Al-Quran Nabi saw dijuga dibulan ini. Oleh itu kita jadikanlah bulan ini bulan yang lebih meriah bagi kita bersama Al-Quran, dengan membacanya dan melaksanakan ajaran-ajaran yang terkandung didalamnya. Ramadan adalah bulan bersedeqah, berkasih sayang sesama umat Islam dan makhluk Allah swt. Kita perbanyakkanlah bersedekah dan menjamu orang lain. Ibnu Abbas ra berkata bermaksud, “Adalah Nabi saw orang yang paling pemurah dengan kebaikan. Dia saw. lebih pemurah lagi di dalam bulan Ramadan apabila didatangi oleh malaikat Jibril. adalah Jibril bertemu Nabi saw tiap malam di bulan Ramadan sehingga pagi dan mengemukakan Al-Quran kepada Nabi saw. Apabila Nabi saw bertemu Jibril, Baginda saw menjadi lebih pemurah dari angin yang bertiup” (hadis sahih riwayat Al-Bukhari).

“Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadr. tahukah kamu apakah malam Lailatul Qadr. Malam Lailatul Qadr lebih baik dari 1000 bulan. Malaikat dan ruh turun pada malam itu dengan izin Tuhan mereka dalam tiap urusan. Sejahtera malam tersebut hingga terbit fajar” (Al-Quran).
Mukmin dan mukminah sentiasa mengejar peluang yang disediakan Allah swt untuk hamba-hambaNya. Ini termasuklah ganjaran berlipatkali ganda Malam Lailatul Qadar dimana ia lebih baik dari 1000 bulan (83 tahun). Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Dapatkanlah (dengan tekunlah beribadat) pada malam Lailatul Qadar pada Sepuluh Malam Terakhir dibulan Ramadan” (hadis sahih riwayat Al-Bukhari). Dalam riwayat Al-Bukhari yang lain bermaksud, “Dapatkanlah (dengan tekunlah beribadat) pada malam Lailatul Qadar pada malam-malam ganjil di Sepuluh Malam Terakhir dibulan Ramadan”.

Ramadan adalah bulan Iktikaf, iaitu berada di masjid untuk memberi tumpuan sepenuhnya beribadah khusus kepada Allah swt. Iktikaf membersihkan hati dan akhlak kita, kerana kita berdamping dengan rumah Allah swt dan dapat tenang memuhasabah dan menilai diri kita yang sering alpa dan tergoda. Dari Urwah bin Az-Zubair ra dari Aisyah ra berkata bermaksud, “Sesungguhnya Nabi saw beriktikaf pada Sepuluh Malam Terakhir di bulan Ramadan sehingga Baginda saw diwafatkan Allah. Selepas kewafatannya, isteri-isterinya pula beriktikaf” (hadis sahih riwayat Al-Bukhari).

Ramadan adalah bulan Jihad dan Kemenangan. Di dalam bulan ini orang-orang beriman mencapai kemuncak ikhlas dan taqwa, kedua-duanya adalah resepi kemenangan dalam Jihad. Di dalam Ramadan orang-orang beriman memenangi Perang Badar (Tahun 2H), Perang Pembukaan Mekah (Tahun 8H) dan Perang Ain Jalut mengalahkan tentara Monggul.
Semoga Ramadan pada tahun ini merupakan Ramadan yang terbaik buat kita, berjaya kita lalui sepenuhnya dan mendapat rahmah (belas kasih Allah swt), maghfirah (keampunanNya) dan itqum minannar (selamat dari api Neraka). Ya Allah terimalah puasa, solat Tarawih, qiyamullail dan iktikaf kami dibulan yang mulia ini. Ya Allah, terimalah ibadah dan taqarrub (usaha mendekatkan hati dan diri) kami kepadaMu.
Ya Allah, jadikanlah kami diakhir Ramadan dikalangan hamba-hambaMu yang bertaqwa seperti firmanMu bermaksud, “Wahai orang-orang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa…” (surah Al-Baqarah). Ameen.
Ustaz Halim www.inijalanku.wordpress.com
Sunday, August 9, 2009
Semarak Ramadhan..Anak-anak Al Fatih dah mula...
Dalam tayangan LCD 15 minit, teacher nor gunakan slide di bawah untuk menjelaskan kepada anak anak kenapa kita perlu bersedekah dan banyak lagi gambar yg menunjukkan 'penderitaan' saudara seislam kita diseluruh negara, anak anak macam tak percaya.
Mungkin anak anak tak pernah tengok kemiskinan melampau seperti yg ditunjukkan. Harap harap tayangan 15 minit itu mampu menyentuh dan menyantuni fitrah insani anak anak yg masih suci ini.
Saudara kita di sana...
Posting mengurangkan stress ...
Bagi anak anak pra sekolah, lagilah pendidik (akulah tu) stress ....vocab mereka dalam bahasa ibunda pun masih sangat terhad. Ditambah pula dengan expectation parent yang mahukan anak anak menguasai konsep math dan sains dalam bahasa Inggeris. Anak anak pun jadi double stress....
Enough is enough...sebelum tekanan darah naik, better tengok sesuatu yang boleh melegakan stress...lauk pauk sepanjang minggu lepas
Apabila urusan diserahkan kepada bukan ahlinya...
Nabi s.a.w. sering memberi amaran tentang kemusnahan hidup apabila amanah dikhianati.Sabda Nabi s.a.w. maksudnya:
"Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ianya pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya."
Sabda Nabi s.a.w. Maksudnya:
"Daripada Abu Hurairah dia berkata: “Ketika Nabi s.a.w. di dalam suatu majlis berbicara dengan orang ramai maka datang seorang `arab badawi lalu bertanya: "Bilakah hari kiamat?". Rasulullah s.a.w. meneruskan ucapannya. Ada yang berkata "Baginda dengar (apa yang ditanya) tetapi baginda tidak suka apa yang ditanya". Sementara yang lain pula berkata "Bahkan baginda tidak mendengar". Apabila telah selesai ucapannya, bagida bertanya: "Manakah orang yang menyoal". Jawab (badawi tersebut): "Saya di sini wahai Rasulullah". Baginda bersabda: "Apabila dihilangkan amanah maka tunggulah kiamat". Tanya badawi tersebut: "Bagaimanakah menghilangkan amanah itu". Sabda baginda: "Apabila diserahkan urusan kepada bukan ahlinya maka tunggulah kiamat".

