Friday, April 25, 2008

Keheningan Senja di Bandar Seri Putra...

so mysterious...

so fascinating...

so wonderful...

so amazing...


Lagi sentuhan my hubby, Ir Photographer...kali ini bertemakan Menjelang Berlabuhnya Senja SubhanAllah - Maha Suci Allah, The Creator ...yg menciptakan senja . I feel so humble and helpless watching this wonderful creation of Him..

Thanks my dearest hubby, a picture really speaks thousand words...

Al-Fatih Kids Sports Practice..2

body balancing atas batu bata yg disusun - Fasyhah (5 years) opss senang je ni....

Melepasi halangan kedua...masukkan badan dalam gelung - nampak senang tapi for kids at age 4-5 years, it's a skill they are yet to master...

Sampai garisan penamat - they get their reward ...makan sepotong tembikai sampai habis, tapi kena cepat !

Antara gaya al-fatih kids makan tembikai - Ahmad Umar (4 years - makan mcm kat tepi pantai)

Fahmi (6 years) pilih utk makan pisang, siap senyum-senyum lagi ....macam pengacara jalan-jalan cari makan pulak ...

Thursday, April 24, 2008

Al-Fatih Kids ke Aquaria ,KLCC









10 April yang lepas, al-Fatih kids ke Aquaria, KLCC. Selepas b'fast di Tadika kami bertolak dengan dua buah bas dari Bandar Seri Putra. lawatan kali ni 1st school trip bagi tahun 2008.

Kami sampai di Aquaria 15 minit sebelum pukul 11, so kami tunggu sekejap di depan foyer. Alhamdulillah al-fatih kids behave hari tu...tengoklah gambar si comel yang beratur dgn elok kat atas tu....

Al-Fatih kids are really having fun hari tu, kami dapat tengok show penyelam bagi makan ikan, phew...lagilah al-fatih kids amaze and riuh rendah bergurau dan berbalas lambaian dgn penyelam yang melayan keletah mereka (rujuk gambar penyelam yg pose sambil tunjuk peace - tu dlm aquarium tu!).

Lepas tengok berbagai spesis ikan dan hidupan laut, kami bertolak ke Tasik permaisuri untuk lunch and picnic, tapi hujan turun dgn amat lebatnya ...Thanks pd Kak Nun (mama Azim) yg bagi kami tumpang lunch dan solat di dewan sekolah. Lepas lunch, al-fatih kids di ajar utk bertayyamum dan solat zuhur qasar.

Hampir pukul 3, kami naik bas semula dlm hujan renyai untuk bertolak balik ke tadika, tq to all parents, teachers, volunteers, cameraman...muga Allah membalas kebaikan anda semua.






Sang Rusa






Ingin berkongsi hasil sentuhan terkini suami ku yang bertemakan mencintai dan mengkagumi sang rusa (ciptaan Yang Maha Esa)


Cuba renung-renungkan kenapa datuk nenek kita buat pantun di bawah:
Anak rusa nani baru kembang ekor
Apa salah kami lalu tidak tegur

Sunday, April 6, 2008

International Book Fair(IBF) 2008, PWTC








Alhamdulillah pagi ahad 6 April aku dan teacher yan sempat menjadi antara ratusan ribu pengunjung Internatonal Book Fair 2008. Yang disertakan dlm gambar antara a must visit booth for me...Saba Islamic Media, PTS Publication, Karangkraf,etc...every year tak miss, biasanya tak lupa cari CD untuk tadika and for personal use. This year got myself Yusuf Islam dengan Bhika Zain.

Di Booth PTS, jumpa penulis jemputan dari Indonesia yg mempromosikan buku yg dijangka jadi best seller di m'sia dan Indon - "Setengah Berisi Setengah Kosong". Got it for my hubby. Tapi rugi sangat sbb terlepas sesi dgn Prof Kamil author Travel Log Haji. Saya dah baca buku ini (thanks Suzaimah yg hadiahkan buku ni pada saya), Masya-Allah memang best sangat buku ni.

Di pentas utama sedang ada Amar yg menyanyi smabil buat silap mata. Tengoklah juga sebab teacher Yan minat sangat...

So pada yg belum pergi, better pergi cepat sampai 14 april ada masa lagi insya-Allah. untuk Jamal yg jauh di Penang, tengok gambar jelah ye....

Saturday, April 5, 2008

Sahabatku ...Jamaliah Rejab




Selepas gard pada bulan Mei 1990, rasanya kami tak pernah bersua muka lagi, terakhir yang ku ketahui, sahabatku ini kembali ke kampung halamannya di Pulau Pinang. Alhamdulillah dgn teknologi tanpa sempadan kami dipertemukan di alam maya.

I'm sure ramai yang curious nak tengok muka jamal sekarang...so guess yang mana satu cik jamal kita ?

(note: btw gambar ni masa cikgu jamal sedang ber'snorkeling' di Pulau Kapas, T'gganu)

Thursday, April 3, 2008

Takziah Untuk Niza dan Family

Inalillahi wa innna ilaihi roji'un..

Untuk Niza, hubby (Man) dan keluarga, takziah di atas pemergian Ibunda tercinta semalam 2/April 2008. Almarhumah bunda ku kenali sewaktu aku masih menuntut di UiTM Shah Alam, almarhumah pandai masak, so since niza adalah antara geng 'kamcing' aku masa kta UiTM, selalulah aku dapat menikmati keenakan masakan bunda.

Pernah sekali waktu kami ambil bahgian dalam konvo ITM, kami jual soto dan tentunya resepi khas dari chef linggi. Kami dapatkan semua bahan dari Linggi dan belajar masak masa tu juga. Alhamdulillah soto yang kami jual licin.

Semuga ruh almarhumah diampunkan dosanya dan ditempatkan bersama para solihin. Muga abah, niza dan the whole family redha dan sabar menerima kehilangan ini.

Suamiku ..Ir Photographer

My hubby have a very great passsion towards photography....kalau dia jumpa sunrise atau sunset....wife dia kena get ready untuk tunggu kat kedai mamak sampai capati sejuk gedik...but then...berbaloi....tengoklah hasilnya.

Fajar di Ufuk Timur -Kampung Panchor (Perak)

Fajar di (BSP)


sesuci embun pagi




Lepas habis SPM mak dan adik beradik sibuk suruh jadi cikgu, tapi masa tu idea tu aku tolak mentah-mentah sebab tak minat nak deal dengan budak-budak. Akhirnya selepas 24 tahun aku akur bahawa profesion itu kini telah menjadi sebahgian dari kehidupanku.

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang belajar
Bagai bunga kembang tak jadi.

September 2005 mencatat sejarah dlm kehidupanku kerana pada tarikh itulah aku dan beberapa teman membuat keputusan paling besar dalam sejarah hidup untuk menceburi dunia pendidikan pra sekolah yang tidak pernah terfikir sebelum ini.

Bukan mudah jalan yang perlu ditempuh untuk sampai ke tahap sekarang tapi Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran kepada Yang Maha Esa, penghargaan dan terima kasih untuk suamiku yang paling banyak memberikan sokongan material dan spiritual. My share partner, guru-guru dan bekas-bekas guru yg pernah bekerja dengan kami. Ibu bapa yang memberi kepercayaan kepada kami. Anak-anak didik kami yang kini menjadi jurucakap kami di pasaran...