Thursday, April 24, 2008

Al-Fatih Kids ke Aquaria ,KLCC









10 April yang lepas, al-Fatih kids ke Aquaria, KLCC. Selepas b'fast di Tadika kami bertolak dengan dua buah bas dari Bandar Seri Putra. lawatan kali ni 1st school trip bagi tahun 2008.

Kami sampai di Aquaria 15 minit sebelum pukul 11, so kami tunggu sekejap di depan foyer. Alhamdulillah al-fatih kids behave hari tu...tengoklah gambar si comel yang beratur dgn elok kat atas tu....

Al-Fatih kids are really having fun hari tu, kami dapat tengok show penyelam bagi makan ikan, phew...lagilah al-fatih kids amaze and riuh rendah bergurau dan berbalas lambaian dgn penyelam yang melayan keletah mereka (rujuk gambar penyelam yg pose sambil tunjuk peace - tu dlm aquarium tu!).

Lepas tengok berbagai spesis ikan dan hidupan laut, kami bertolak ke Tasik permaisuri untuk lunch and picnic, tapi hujan turun dgn amat lebatnya ...Thanks pd Kak Nun (mama Azim) yg bagi kami tumpang lunch dan solat di dewan sekolah. Lepas lunch, al-fatih kids di ajar utk bertayyamum dan solat zuhur qasar.

Hampir pukul 3, kami naik bas semula dlm hujan renyai untuk bertolak balik ke tadika, tq to all parents, teachers, volunteers, cameraman...muga Allah membalas kebaikan anda semua.






No comments: