Thursday, April 3, 2008

sesuci embun pagi




Lepas habis SPM mak dan adik beradik sibuk suruh jadi cikgu, tapi masa tu idea tu aku tolak mentah-mentah sebab tak minat nak deal dengan budak-budak. Akhirnya selepas 24 tahun aku akur bahawa profesion itu kini telah menjadi sebahgian dari kehidupanku.

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang belajar
Bagai bunga kembang tak jadi.

September 2005 mencatat sejarah dlm kehidupanku kerana pada tarikh itulah aku dan beberapa teman membuat keputusan paling besar dalam sejarah hidup untuk menceburi dunia pendidikan pra sekolah yang tidak pernah terfikir sebelum ini.

Bukan mudah jalan yang perlu ditempuh untuk sampai ke tahap sekarang tapi Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran kepada Yang Maha Esa, penghargaan dan terima kasih untuk suamiku yang paling banyak memberikan sokongan material dan spiritual. My share partner, guru-guru dan bekas-bekas guru yg pernah bekerja dengan kami. Ibu bapa yang memberi kepercayaan kepada kami. Anak-anak didik kami yang kini menjadi jurucakap kami di pasaran...

No comments: