Saturday, December 5, 2009

Jom Berubah...2


Pertanyaan seorang sister dalam sister's circle yg ku hadiri beberapa hari lepas telah menyebabkan aku yang peramah ni terkulat kulat mencari jawapan ....

Bila berjumpa kawan kawan apa soalan yang biasa kita tanya ?

"eh....you breakfast apa hari ni ?" "Dah lunch ke?" "U nak masak apa mlm ni?"

"hai ...apa khabar ?lama tak jumpa?"

"Dah berapa anak sekarang?"

"Dah naik pangkat ke ?"

"Pakai kereta apa sekarang ?"

Tapi sister ni tanya

"How's your ruh today ? sekarang ni pukul 9, rasanya dah berapa banyak makanan yang you beri pada ruh ?

Tersentak is the best word to explain my feeling masa tu. Pertamanya kerana dah hampir setahun orng tak tanya soalan sedemikian padaku. Arwah suami dulu bila berjauhan sering di awal smsnya menanyakan "how's your iman today ?"

Yang keduanya soalan itu memang menyentap kesedaran. Sejak bangun sebelum subuh tadi berapa banyak 'makanan' yg telah kuhidangkan pd ruh ku ?Cukupkah solat Subuh yang dua rakaat itu mengisi keperluah ruh menghadapi ujian dan tribulasi hidup ?

We focus too much on makanan fizikal, bersungguh menyediakan hidangan, tapi sering mengambil ringan 'makanan' ruh.

Jom berubah.....

Jom Berubah....

Dailog 1
"Alah...aku ni mulut je laser tapi hati aku baik sebenarnya'

Dailog 2
"Walaupun luaran aku ni nampak kasar....tapi hati aku baik"

Dailog 3
"..biarlah orang nak kata I kurang ajar ke mulut tak ada insurance ke..yang penting I tahu hati I baik.."

Dialog 4
"I tak nak jadi hipokrit, buat apa pakai tudung kalau asyik mengumpat je, biarlah I tak pakai tudung tapi yg penting hati I baik.."

Bila direnung semula jalur kehidupan yang telah berlalu, kita sering menjustifikasikan tindakan negative kita dengan menggunakan dialog dialog di atas.

Benarkah perkataan kasar dan biadap itu cermin hati yang baik ?
Benarkah perlanggaran hukum Allah itu menggambarkan hati yang bersih ?

Cuba kita baca dan fahami maksud hadith Rasulullah ini dengan mata hati, maka kita akan dapat jawapannya insya-Allah.....

"Sesungguhnya dalam jasad manusia itu ada segumpal daging. Apabila ia baik, baiklah seluruh jasad. Tetapi, apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah itu ialah hati." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Jom berubah...

Wednesday, December 2, 2009

Anak buat salah berkali2...terus HUKUM atau tunggu dulu?

Wahai Ibu-Bapa dan pendidik,

Apa jawapan pertama yang terlintas di hati tatkala membaca tajuk posting di atas ?

Kes study 1:
Upin sudah diingatkan berkali kali supaya jangan berebut mainan dengan adik yang sedang bermain, Ibu pun pergi ke dapur, baru nak capai periuk nak masak nasi...tiba tiba terdengar jeritan kuat si adik, bila Ibu datang, adik mengadu "Abang Upin rampas mainan adik"..Apa tindakan anda ?


(sila isikan tempat kosong......)





Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Suruhlah anak-anakmu mengerjakan solat pada usia 7 tahun dan pukullah mereka (jika tidak solat) pada usia 10 tahun dan pisahkan mereka ditempat-tempat tidur". (HR. Ahmad dan Abu Dawud)

Rasulullah mengajar kita untuk menyuruh anak solat seawal usia 7 tahun dan hanya pukul (jika masih enggan solat) pada umur 10 tahun. Jika perkataan perkataan ini ditukar kepada angka ...

5 kali (waktu solat) x 365(hari dlm setahun) x 3 tahun
Suruh 5475 kali sebelum rotan.



Semakin digali ilmu Allah semakin terasa cetek sungguh ilmu ku tentang pendidikan anak anak...

Tuesday, December 1, 2009

Tidak tersisakah cinta...

Kesempatan bertemu dan berdiskusi dengan seorang kenalan tentang kisah 'kegagalan' rumahtangganya benar benar membuat aku kehilangan kata kata. Kisah benarnya sedikit sebanyak menyingkap tabir hikmah yang selama ni tidak mampu ku tembusi hijabnya.

Sukar sekali memahami bagaimana sebuah rumahtangga yang dibina atas dasar 'cinta' setelah sekian lama berakhir dengan tragedi. Seolah olah cinta dan kasih sayang yang dulunya ibarat kisah 'laila majnun' hilang dalam sekelip mata dan lebih menyedihkan bertukar menjadi dendam dan persengketaan yang tidak bersempadan.

Berkali kali aku meminta penjelasan darinya, tidak tersisakah cinta atau paling kurang rasa ihsan kepada bekas pasangan yang telah berkongsi segalanya selama ini. Apapun yang berlaku, tak mungkin tidak ada lansung kemanisan dan kebahgiaan yang pernah dikecapi selama bertahun tahun berkongsi kehidupan, apatah lagi mereka telah dikurniakan beberapa cahayamata. Namun kemaafan seolah olah telah terpadam dari kamus hidupmu ketika ini.

Wahai teman,

Jika kau benarkan aku berbicara, maka lihat dan ambil pengajaran lah dari apa yang berlaku disekelilingmu. Dunia ini hanyalah persinggahan sementara untuk menuju ke dunia yang kekal abadi. Sibukkanlah dirimu untuk menyediakan bekalan ke negeri abadi itu nanti. Aku bukan kaunselor rumahtangga yang paling layak untuk memberi nasihat, tapi aku tahu bagaimana rasanya kehilangan seorang insan yang bergelar suami. Aku meyakini Allah tidak akan menzalimi hambaNya. Selepas mendengar kisahmu, aku bersyukur kerana Allah mengambil suamiku di saat kami dalam suasana berkasih sayang kerana aku tidak mungkin mampu menghadapi ujian yang sedang kau tempuh ketika ini.

Usah kau biarkan dirimu terbelenggu dengan dendam dan kebencian. Ia hanya akan merosakkan jiwa dan memesongkan tumpuan dan matlamat insan yang sepatutnya adalah untuk mencari keredhaan Tuhannya. Semuga kau bertemu jalan pulang yang terbaik.

Sunday, November 29, 2009

Eidul Adha dan Pengorbanan.......


Salam Eidul Adha buat semua,

Hari ini 12 Zulhijjah....Pada tarikh yang sama setahun yang lalu aku berada di antara jutaan umat Islam yang lain menyambutnya di bumi Mina. Menyaksikan siaran langsung di television perhimpunan para hujjaj di Arafah, seterusnya ke Mudzalifah dan Mina membuat hati merasa terlalu rindu. Rindu itu terlalu menggebu hingga meruntun setiap ruang dalam jiwa untuk meluahkan rindu melalui coretan ini.

Menyambut Eidul Adha di khemah yang berlantaikan ambal usang tanpa juadah yang memenuhi meja itu begitu indah untuk dikenang. Itulah Eidul Adha pertama dan terakhir aku menyambutnya bersama suami, walau jauh di permusafiran...kami meraikan eidul adha sambil berjalan jalan mencari kedai yg menjual roti dan madu untuk dinikmati bersama teh o panas di celah celah deretan khemah Mina. Namun ia begitu istimewa kerana ia bukan permusafiran biasa, kami pergi sebagai tetamu Allah yang terpilih di antara begitu ramai umat manusia di muka bumi Allah ini.

Eidul Adha dan pengorbanan tidak mungkin dipisahkan. Berkorban tidak semudah menyebutnya. Berkongsi dalam norma/perlakuan biasa adalah satu amalan yang sangat mulia. Majoriti akan bersetuju berkongsi patut digalakkan. Ibu Bapa mengajar anak anak supaya berkongsi, guru guru mendidik murid supaya berkongsi, pemimpin mengingatkan rakyat supaya berkongsi. Tetapi rupanya bukan semua perkongsian di'sukai' dan dianggap mulia.

Berkongsi kasih memerlukan satu pengorbanan yang tinggi. Ia menuntut pengorbanan bukan hanya setahun sekali, tetapi setiap saat dan masa dan dalam setiap bentuk dan ruang. Sukarkah berkorban ?Ritual Haji itu sendiri mengingatkan kita betapa Nabi Ibrahim meninggalkan isterinya Siti Hajar dan anaknya Ismail di Wadi yang tandus kerana dilema berkongsi kasih.

Kehadiran Eidul Adha mengingatkan aku terlalu banyaknya pengorbanan yang telah dibuat allahyarham suami dalam merealisasikan impian dan harapan membina keluarga besar kami. Semuga Allah menerima amal solihnya, mengampuni dosa dosanya dan merahmati ruhnya. Apapun pengorbanan yang kita lakukan, bukan kecil atau besar, bukan mahal atau murah jadi ukuran tapi setakat mana keikhlasan dalam melaksanakan yang akan menjadi saksi di depan Allah nanti....."Daging daging unta dan darahnya itu sekali kali tidak dapat mencapai keredhaan Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya...(Al Hajj:37)

(Antara gambar-gambar terakhir dari arkib galeri photo allahyarham suami...potret pak haji dari Turkey ini diambil di depan masjid Nabawi di Madinah)

Saturday, October 24, 2009

Fikir...Fikirkan....

Good news ?I really hope so..insya-Allah...

Kerajaan akan beri insentif galak swasta buka kelas pra-sekolah

MUAR: Kerajaan akan memberikan insentif kepada pihak swasta dalam usaha menggalakkan mereka membuka lebih banyak kelas-kelas pra-sekolah di bandar dan luar bandar.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pembukaan kelaskelas ini akan membolehkan lebih ramai ibu bapa menikmati kemudahan pendidikan pra sekolah buat anak-anak mereka, sekaligus meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti.

"Kerajaan akan umumkan selepas perbincangan dengan Perdana Menteri, bentuk insentif itu, seperti menyediakan tabung pinjaman kepada pihak swasta yang mahu membuka sekolah berkenaan, dan sebagainya," katanya.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran dan Anggota Parlimen Pagoh berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program Karnival Pendidikan dan Kerjaya Parlimen Pagoh, di sini, hari ini.

Muhyiddin seterusnya berkata kerajaan juga tidak mempunyai masalah untuk memberikan lesen kepada para pengusaha terbabit bagi menjayakan rancangan membuka lebih banyak kelas-kelas prasekolah....BERNAMA

Saturday, October 3, 2009

Walimah dan Reunion group Hajj 1429H

Hari ini ke Taman Pulai Impian, Sikamat, Seremban untuk memenuhi undangan walimatul urus di rumah Ustaz Halim. Selain meraikan perkahwinan dua anak perempuan ustaz, kenduri ini juga bertujuan mempertemukan semula jemaah haji yang dibimbing oleh Ustaz Halim(Mitra Kembara). Kumpulan kami diminta datang antara pukul 1~2.

Terima kasih kepada Haji Rose Ady dan Hajjah Salmi yang telah menumpangkan, mengambil dan menghantarku pulang ke rumah. Alhamdulillah diizinkan Allah bertemu dengan ramai rakan rakan jemaah. Dalam kesyukuran dapat mempertautkan semula ukhuwwah, tanpa diundang terselit rasa sayu saat menatap wajah teman teman sebilik allahyarham suami di Mekah dan Madinah.

Khemah khemah kenduri yang melaut luasnya.....

Ustaz Halim dan isteri menyambut tetamu

Pengantin - Uswah Hasanah dan suami bergurau dgn ayahanda..
Keluarga Haji Rose Ady dan Hajjah Salmy menjamu selera..

Antara ahli rombongan Haji 1429H yang sempat bergambar bersama...

Selesai di rumah Ustaz Halim kami bertolak ke Kg Durian 3 Batang untuk memenuhi undangan walimah salah seorang sahabat jemaah yang tinggal sebilik dengan aku dan kak Salmi. Tahniah kepada Hj Nisa' dan Hajjah Sabariah yang menerima menantu sulung. Semuga bertambah tambah keberkatan dalam keluarga kak Sabar.


Tuan rumah- Hajjah Sabariah berbual dengan Hajjah Dr Yati diperhatikan oleh raja sehari.

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga bertemu dengan teman teman jemaah. Tidak dapat diungkapkan dengan kata kata kegembiraan & kesyukuran dapat bertemu semula Kak Salmi, Dian, Yah dan Kak Sabar yg sama sama mengharungi pengalaman bermusafir di Bumi Mekah, Mina, Arafah dan Madinah. Semuga Allah memeberkati usia kita semua.

Tuesday, September 29, 2009

Pergi Tak Kembali

Innalillahi Wa Inna Illaihi Roji'un. Hari ini warga 3/5 mengucapkan takziah kepada ahlinya, kak Shima dan keluarga kerana kembalinya suami tercinta Encik Khalil ke rahmatullah pd malam 28hb sept@ 9 Syawal. Tentu ramai warga Bandar Seri Putra yang mengenali pasangan pemilik Kedai Runcit Ilysa ini. Semuga Allah mengampunkan dosa dosa allahyarham Encik Khalil dan menempatkan ruhnya bersama orang orang yang diredhai.

Jenazah telah selamat diuruskan dan seterusnya solat jenazah di Surau As-Syakirin (Putra Teres) dan dikebumikan di tanah perkuburan Bandar Seri Putra.

Masih terbayang jelas diingatanku, kedua dua almarhum suamiku dan Encik Khalil bersembang lama semasa majlis meraikan kami yang akan berangkat ke Mekah hampir setahun yang lalu. Sebagai jiran berdepan rumah, w/pun keduanya sibuk dengan karier sebagai peniaga, arwah suami dan Encik Khalil bijak mencuri masa untuk bersembang.

Ya Allah, bimbinglah kami untuk menafsir hikmah di atas setiap peristiwa yang engkau takdirkan atas kami. Berikan kami kesabaran untuk menanggapi musibah ini. Sesungguhnya tiada kekuatan melainkan kekuatan dari Engkau Ya Allah.

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin

Selamat meneruskan pencarian Lailatul Qadr, Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin. Mari kita sama sama berhari raya menurut sunnah Rasulullah s.a.w

Monday, September 14, 2009

Menu Ibu dan Anak lagi...

Bila masuk minggu-minggu terakhir Ramadhan ni, selera Ibu dan Anak lebih terarah ke menu yang jenis sup. Alhamdulillah, Ramadhan kali ni dua kali je pergi bazar Ramadhan, tu pun sebab balik dari tadika lewat sangat dan tak larat nak masuk dapur.

Ibu teringin makan bubur lambuk versi Johor.


Kangkung Goreng Belacan dan Telur Masin sebagai lauk iringan untuk menambah selera

Anak pulak teringin makan nasi ayam.

Menu yg lengkap utk berbuka: ada protein, ada sayur, ada kabohidrat.

Monday, September 7, 2009

Iftar @Aunty Aini's Garden Cafe, Nilai

Kekadang setelah berpenat lelah dan stress , rohani dan fizikal perlu diberi sentuhan baru. Dengan ditemani adik adik staff al Fatih kami mencari kelainan iftar di Aunty Aini's Garden Cafe di Nilai. Kedai makan berkonsep halaman rumah ini memang unik dan sangat sesuai dgn namanya. Tuan punya cafe ni, Aunty Aini sangat peramah dan friendly. walaupun first time pergi boleh berbual macam dah kenal lama. Oleh kerana ruangnya agak kecil jadi kapasiti pengunjung pada satu satu masa terhad kalau nak pergi eloklah booking dulu.

Sementara menunggu waktu berbuka kami sempat menjelajah sekitar garden cafe Aunty Aini.

3 dara pingitan yg very camera friendly....

Membelek menu ~ specialty di sini ialah Gulai lemak cili padi dan asam pedas. Ada juga pilihan western food bagi yang nak tukar selera.

Antara sudut menarik

Akhirnya, gulai lemak cili padi ayam kampung, asam pedas jenahak, kailan goreng ikan masin, sambal belacan & ulam ulaman dan kangkung goreng belacan.

Sunday, September 6, 2009

Ramadhan ~ Semi Final

Selepas solat tarawih di Masjid Al Azhar KUIS mlm tadi ada tazkirah sempena Nuzul Quran oleh Ustaz Badlishah Alaudin (Pen Pengarah Bah Dakwah JAIP). Tertarik dengan analogi yang digunakan Ustaz untuk menggambarkan 3 phasa Ramadhan.

Phasa 10 malam pertama ibarat pusingan kelayakan, begitu ramai pasukan yang bertanding, hanya sedikit yang mampu meneruskan ke pringkat ke-2.

Phasa 10 malam kedua di mana kita sedang berada sekarang ini ialah pusingan semi final. Kita akan melihat saf saf solat semakin bertambah maju (secara menyindir ustaz maksudkan maju ke hadapan iaitu semakin berkurangan jumlah jamaah yang ke masjid/surau)

Dan phasa 10 mlam terakhir adalah pusingan GRAND FINALE. Hanya yg benar benar layak akan mara ke pusingan ini.

Walaupun secara jenaka dan bunyinya begitu pesimis bagiku ia merupakan tazkirah yang begitu mengesankan. Adakah aku mampu ke pringkat grand finale dan akhirnya keluar sebagai pemenang sedangkan hadiah yang dijanjikan Allah begitu kudambakan PEMBEBASAN DARI API NERAKA dan TAQWA.

Kenapakah bulan Ramadhan ini begitu mulia ?

Kerana inilah bulan diturunkan Wahyu Allah. (Suhuf Ibrahim, Taurat, Injil dan Al Quran semuanya diturunkan dlm bulan Ramadhan)

Imam Syafie memberhentikan semua kelas Fekahnya di bulan Ramadhan untuk fokus membaca Al Quran dan beliau khatam sebanyak 60 kali dlm bulan Ramadhan.

Tazkirah Ramadhan dan Al Quran ini begitu menyentuh hati dan menggamit kenanganku pada allahyarham suami. Tiada lagi suaranya membaca Al Quran setiap subuh dan sebelum tidur. Di manapun dia berada dia tidak akan lupa mengingatkanku berapa juzuk al Quran yg perlu dibaca. Setiap Ramadhan kami akan bersaing untuk khatam dulu. Mushaf mushaf Al Quran miliknya kini menjadi tempat aku mencari erti kesabaran dan ketenangan.

Wednesday, August 19, 2009

Marhaban Ya Ramadhan

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua, mohon maaf segala kesilapan. Kenanglah diri ini dalam doa kalian. Di'copy' and 'paste'kan tazkirah dari ustaz Halim ttg Ramdhan untuk dikongsi bersama.

Selamat Datang Ramadan

Ahlan

Ramadan kini tiba. Hati mukmin tidak sabar lagi untuk mengambil peluang semaksima mungkin dibulan yang berkat ini demi mendapatkan bekalan iman dan meningkatkan diri. Dihujung Syaaban, Rasulullah saw berkhutbah mengingatkan para Sahabat ra tentang Ramadan. Di sini saya mengambil kesempatan mengingatkan diri saya dan kita sekelian berkenaan Ramadan dan persiapan untuk memasukkinya.

Kita memasuki bulan berkat dimana pahala dilipatkali gandakan bagi mereka yang mengharap ganjaran dan keredhaan Allah swt. Dengan ini hamba-hambaNya semakin bertaqarrub kepadaNya dan lebih berpeluang memasuki Syurga yang disediakan Allah swt. Dari Qutaibah, dari Ismail bin Jaafar dari Abi Suhail, dari ayahnya dari Abu Hurairah ra. sabda Rasulullah saw bermaksud, “Apabila datang Ramadan, dibukakan pintu-pintu Syurga(hadis sahih riwayat Al-Bukhari).

Doa ku 01

Dengan berpuasa, kita menahan diri dari makan, minum, hubungan suami isteri, menjaga lidah, pemandangan dan hati hanya semata-mata kerana Allah. Oleh itu Allah sendiri yang akan membalasnya. Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Sesiapa yang mendirikan (solat dan ibadah) di malam Lailatul Qadar dengan penuh iman dan mengharap ganjaran Allah, diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh iman dan mengharap ganjaran Allah, diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu” (hadis sahih riwayat Al-Bukhari).

Didalam Ramadan, kita melipatgandakan ibadah solat kita, dan lebih membiasakan diri kita mendampingi surau, masjid dan para jemaah didalamnya yang beriman. Sabda Rasulullah saw berkenaan Ramadan bermaksud, ‘Sesiapa yang mendirikan (solat Tarawih) di bulan Ramadan, dengan penuh keimanan dan mengharap ganjaran Allah, diampunkan untuknya akan kesalahan yang telah dikerjakannya” (hadis sahih riwayat Al-Bukhari).

SDC11622

Ramadan mengajar kita erti persaudaraan dan kesatuan umat Islam. Dari Ibnu Syahab, dari Urwah bin Az-Zubair, dari Abdul Rahman bin Abdul Al-Qari’ berkata: Aku keluar bersama Umar Al-Khattab ra pada suatu malam Ramadan ke masjid dan mendapati orang ramai bersolat sendiri-sendiri dan berselerakan. Ada yang bersolat sendirian. Ada yang bersolat diikuti beberapa orang. Umar ra berkata bermaksud, “Aku lihat jika dikumpulkan mereka dibawah seorang imam, itu adalah lebih baik”. Kemudian beliau melaksanakannya dan mengumpulkan orang ramai (bersolat) diimami oleh Ubay bin Kaab ra. Pada suatu malam yang berikutnya, aku pergi bersamanya ke masjid dan melihat orang ramai bersolat di belakang seorang imam mereka. Umar ra berkata, “Alangkah baiknya bid’ah ini“… (hadis sahih riwayat Al-Bukhari).

termenung

Ramadan adalah bulan Al-Quran dimana Al-Quran diturunkan Allah swt pada bulan tersebut. Jibril menyemak bacaan dan hafazan Al-Quran Nabi saw dijuga dibulan ini. Oleh itu kita jadikanlah bulan ini bulan yang lebih meriah bagi kita bersama Al-Quran, dengan membacanya dan melaksanakan ajaran-ajaran yang terkandung didalamnya. Ramadan adalah bulan bersedeqah, berkasih sayang sesama umat Islam dan makhluk Allah swt. Kita perbanyakkanlah bersedekah dan menjamu orang lain. Ibnu Abbas ra berkata bermaksud, “Adalah Nabi saw orang yang paling pemurah dengan kebaikan. Dia saw. lebih pemurah lagi di dalam bulan Ramadan apabila didatangi oleh malaikat Jibril. adalah Jibril bertemu Nabi saw tiap malam di bulan Ramadan sehingga pagi dan mengemukakan Al-Quran kepada Nabi saw. Apabila Nabi saw bertemu Jibril, Baginda saw menjadi lebih pemurah dari angin yang bertiup” (hadis sahih riwayat Al-Bukhari).

Matahari

“Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadr. tahukah kamu apakah malam Lailatul Qadr. Malam Lailatul Qadr lebih baik dari 1000 bulan. Malaikat dan ruh turun pada malam itu dengan izin Tuhan mereka dalam tiap urusan. Sejahtera malam tersebut hingga terbit fajar” (Al-Quran).

Mukmin dan mukminah sentiasa mengejar peluang yang disediakan Allah swt untuk hamba-hambaNya. Ini termasuklah ganjaran berlipatkali ganda Malam Lailatul Qadar dimana ia lebih baik dari 1000 bulan (83 tahun). Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Dapatkanlah (dengan tekunlah beribadat) pada malam Lailatul Qadar pada Sepuluh Malam Terakhir dibulan Ramadan” (hadis sahih riwayat Al-Bukhari). Dalam riwayat Al-Bukhari yang lain bermaksud, “Dapatkanlah (dengan tekunlah beribadat) pada malam Lailatul Qadar pada malam-malam ganjil di Sepuluh Malam Terakhir dibulan Ramadan”.

Calm_Islam_by_issam_zerr

Ramadan adalah bulan Iktikaf, iaitu berada di masjid untuk memberi tumpuan sepenuhnya beribadah khusus kepada Allah swt. Iktikaf membersihkan hati dan akhlak kita, kerana kita berdamping dengan rumah Allah swt dan dapat tenang memuhasabah dan menilai diri kita yang sering alpa dan tergoda. Dari Urwah bin Az-Zubair ra dari Aisyah ra berkata bermaksud, “Sesungguhnya Nabi saw beriktikaf pada Sepuluh Malam Terakhir di bulan Ramadan sehingga Baginda saw diwafatkan Allah. Selepas kewafatannya, isteri-isterinya pula beriktikaf” (hadis sahih riwayat Al-Bukhari).

HamasRallyImage4

Ramadan adalah bulan Jihad dan Kemenangan. Di dalam bulan ini orang-orang beriman mencapai kemuncak ikhlas dan taqwa, kedua-duanya adalah resepi kemenangan dalam Jihad. Di dalam Ramadan orang-orang beriman memenangi Perang Badar (Tahun 2H), Perang Pembukaan Mekah (Tahun 8H) dan Perang Ain Jalut mengalahkan tentara Monggul.

Semoga Ramadan pada tahun ini merupakan Ramadan yang terbaik buat kita, berjaya kita lalui sepenuhnya dan mendapat rahmah (belas kasih Allah swt), maghfirah (keampunanNya) dan itqum minannar (selamat dari api Neraka). Ya Allah terimalah puasa, solat Tarawih, qiyamullail dan iktikaf kami dibulan yang mulia ini. Ya Allah, terimalah ibadah dan taqarrub (usaha mendekatkan hati dan diri) kami kepadaMu.

Ya Allah, jadikanlah kami diakhir Ramadan dikalangan hamba-hambaMu yang bertaqwa seperti firmanMu bermaksud, “Wahai orang-orang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa…” (surah Al-Baqarah). Ameen.

Ustaz Halim www.inijalanku.wordpress.com

Sunday, August 9, 2009

Semarak Ramadhan..Anak-anak Al Fatih dah mula...

Jumaat lepas anak anak Al Fatih dah mulakan siri Semarak Ramadhan untuk tahun 1430Hijrah. Aktiviti pertama tentunya pengenalan kepada Ramadhan dan selepas rehat anak anak mennghias tabung infaq Ramadhan. Kalau tahun tahun sebelumnya, hanya satu tabung bagi setiap kelas, tahun ni ada anjakan paradigma; satu tabung bagi setiap anak Al Fatih.

Dalam tayangan LCD 15 minit, teacher nor gunakan slide di bawah untuk menjelaskan kepada anak anak kenapa kita perlu bersedekah dan banyak lagi gambar yg menunjukkan 'penderitaan' saudara seislam kita diseluruh negara, anak anak macam tak percaya.

Mungkin anak anak tak pernah tengok kemiskinan melampau seperti yg ditunjukkan. Harap harap tayangan 15 minit itu mampu menyentuh dan menyantuni fitrah insani anak anak yg masih suci ini.

Kita di sini...

Saudara kita di sana...

Kita di sini...

Saudara kita di sana...

Alhamdulillah kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada ibu dan ayah anak anak al-Fatih yang sentiasa memberi sokongan moral dan material dalam setiap projek kami. Lepas ni kalau ada penduduk di Seri Putra, Bukit Mahkota, Bangi Lama atau Nilai yg jumpa anak anak al-Fatih bawa tabung, raikanlah mereka...

Anak anak Al Fatih dah mula, makcik makcik dan pakcik pakcik di luar sana bila lagi ? Jom !!

Posting mengurangkan stress ...

Selepas membaca artikel dlm BM hari ni memang rasa stress sesangat, sebagai warganegara yang terlibat secara lansung dalam dunia pendidikan, aku menjadi saksi bagaimana sukarnya anak anak yang berlidah ibundakan bahasa melayu, bertutur dalam bahasa melayu, hidup dalam persekitaran bahasa melayu tiba tiba dipaksakan memahami konsep mathematik dan sains dalam bahasa asing.

Bagi anak anak pra sekolah, lagilah pendidik (akulah tu) stress ....vocab mereka dalam bahasa ibunda pun masih sangat terhad. Ditambah pula dengan expectation parent yang mahukan anak anak menguasai konsep math dan sains dalam bahasa Inggeris. Anak anak pun jadi double stress....

Enough is enough...sebelum tekanan darah naik, better tengok sesuatu yang boleh melegakan stress...lauk pauk sepanjang minggu lepas

Gulai lemak cili api cendawan & udang

Ayam masak merah

Gulai lemak cili api mr. crab

From different angle....

Terung masak sambal

Sup ikan merah

Sphagetti dengan White Sauce

Last but not least...Tomyam Kupang & Ayam

Apabila urusan diserahkan kepada bukan ahlinya...

Setelah bertahun-tahun tidak membeli akhbar mainstream (jika perlu hanya membaca online) pagi tadi sambil mencari lauk di kedai, sempat membelek-belek helaian akhbar untuk mengetahui perkembangan terkini H1N1, tiba tiba terpandang artikel yang membuatkan aku merasa begitu mual, geram, sedih, *&%^#

Nabi s.a.w. sering memberi amaran tentang kemusnahan hidup apabila amanah dikhianati.

Sabda Nabi s.a.w. maksudnya:
"Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ianya pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya."

Sabda Nabi s.a.w. Maksudnya:

"Daripada Abu Hurairah dia berkata: “Ketika Nabi s.a.w. di dalam suatu majlis berbicara dengan orang ramai maka datang seorang `arab badawi lalu bertanya: "Bilakah hari kiamat?". Rasulullah s.a.w. meneruskan ucapannya. Ada yang berkata "Baginda dengar (apa yang ditanya) tetapi baginda tidak suka apa yang ditanya". Sementara yang lain pula berkata "Bahkan baginda tidak mendengar". Apabila telah selesai ucapannya, bagida bertanya: "Manakah orang yang menyoal". Jawab (badawi tersebut): "Saya di sini wahai Rasulullah". Baginda bersabda: "Apabila dihilangkan amanah maka tunggulah kiamat". Tanya badawi tersebut: "Bagaimanakah menghilangkan amanah itu". Sabda baginda: "Apabila diserahkan urusan kepada bukan ahlinya maka tunggulah kiamat".

Friday, July 31, 2009

Let's Make Pizza

Semasa sessi penerangan Kempen Boycott Produk Israel, ada anak anak yang tanya, "tak boleh makan pizza ke ? Teacher pun jawab dengan yakin; "Bukan tak boleh, cuma tak boleh makan Pizza Hut atau any pizza yang duitnya disalurkan kepada Israel"

Untuk meleraikan kemusykilan anak anak atau sesiapa pun di luar sana yang risau kehilangan nikmat makan pizza, minggu ni Al Fatih mengajak anak-anak bersama buat pizza. So lepas ni insya-Allah tak adalah alasan lagi kalau tak makan pizza Hut nak makan apa? senang aje buat pizza tengok anak anak Al Fatih pun boleh buat:
Errrr....harap abaikan yang ni, teacher kata lepas uli doh, rehatkan DOH selama 10 minit bukan anak anak yang rehat...:-))

Gunakan rolling pin untuk membentuk pizza base, ikutlah kegemaran anak anak nak shape macamanapun ...
Begitu seriusnya anak anak memerah daya kreativiti masing masing untuk menghasilkan the best topping..
Ready for baking...notice tak keju mozarella yang dengan mewahnya ditaburkan anak-anak di atas pizza tu...




dah ready ke nak tengok hasilnya...JOM!!



Siapa kata buat pizza susah ? Dah boleh makan pun....Jemput makan pizza semua...!!