Thursday, February 19, 2009

Menafsir Hikmah...


Rasanya belum ada satu hari yang berlalu tanpa aku merindui Allahyarham suamiku, dan hari ini genap 40 hari suamiku menemui Illahi. Selepas beberapa minggu rumah yang 'terlalu besar' ini terasa begitu sepi dan bungkam, senja tadi aku menerima tetamu...

Sebelum ini tetamu yang datang seboleh mungkin cuba menghiburku dengan kata kata yang menggembirakan atau paling kurang mengucapkan takziah. Namun setiap kali tetamu pulang aku tetap juga merasakan 'beban' yang ku tanggung ini tidak berkurangan malah menjadi semakin begitu menyiksakan.

Tetamu yang datang senja tadi sebaliknya datang untuk mengadu masalahnya kepadaku, walaupun dalam keletihan kerana ketika tetamu sampai maghrib tadi aku baru balik dari urusan di Kajang, aku tetap menerima dan meraikan tetamu dengan menyediakan hidangan seadanya. Ini memang amanat allahyarham suami yg selalu berpesan supaya aku meraikan tetamu kerumah kami sebaiknya.

Begitu indah perancangan Allah, Dia menghantar kepadaku seorang tamu yang meluahkan masalahnya dan meminta pendapatku. Betapa luahan hatinya membuat aku akur dan insaf, begitu besar kurnia Allah kepadaku, dia telah meminjamkan kepadaku seorang suami yang terlalu istimewa. Terima Kasih ya Allah, gantikanlah kesedihanku ini dengan syurga ya Allah, supaya aku bisa bertemu suamiku di sana.

1 comment:

JOM MAIN GOLF said...

Puan Noor,
Salam Takziah kepada anda sekeluarga. Saya adalan rakan sekelas dan satu Dorm & bersekolah di SMKEVII Taiping (1971). Kali terakhir jumpa Arwah di Old airport Subang (1995) dan 2006 di KMB Banting semasa register IB. say sekeluarga telah menunaikan haji tahun lepas. maktab 82 dan KT86. Salam

AhmadPahmiIbrahim