Thursday, November 20, 2008

Kenduri Doa Selamat

Alhamdulillah, kenduri doa selamat yang dirancang pada saat-saat akhir berjalan lancar. Terima kasih yang tidak terhingga kepada saudara mara, jiran tetangga, warga al-Fatih/SAFF dan semua tetamu yang sudi hadir dan mendoakan pemergian kami nanti.

Sekalung penghargaan buat mereka yang membantu melancarkan perjalanan majlis. Pada Kak Akilah yang datang membawa dua periuk besar bubur durian dan Kak Izar for her marvellous puding roti - terima kasih. Pada keluarga Abang Saleh, Lynn, Ujang dan Dek Pah yang bertungkus lumus di dapur dan kemudian membantu mengemas rumah- muga Allah jua yang membalas budi kalian semua.


“AKU menyahut panggilanMu wahai Tuhanku! Aku menyahut panggilanMu! Tiada sekutu bagiMu, aku menyahut panggilanMu! Sesungguhnya kepujian dan kenikmatan itu bagiMu, juga kerajaan tiada sekutu bagiMu! Aku menyahut panggilanMu dengan haji yang benar-benar penuh dengan ibadat dan perhambaan!”

Friday, November 14, 2008

Monolog...

Kesibukan yang tidak bertepi akhir-akhir ini membuat diri menginsafi betapa singkatnya kehidupan yang dipinjamkan. Begitu banyak amanah yang perlu digalas, begitu terhad pula kudrat yang ada. Tamsil kehidupan ini tidak lebih dari melihat dari sebalik sebiji gelas. Hanya bekalan iman dan taqwa (iT) yang akan memandu adakah kita melihat kehidupan dari perspektif gelas kosong mahupun berisi.

Memandu pulang selepas hantar hubby ke LCCT, aku menginsafi begitu luas nikmat Allah yang perlu disyukuri..menggamit jiwa ini untuk berhenti sebentar di tepi jalan dan bertasbih memuji keindahan kejadianMu yang begitu sempurna.

Ya Allah, pandulah jiwa kami...terimalah aku dan suamiku sebagai tetamuMu yang istimewa. Jadikanlah permusafiran ini rehlah Rabbaniah yang akan mengubah sempadan iman kami...

Thursday, November 6, 2008

Demam IHTIFAL is in the air....

Sejak naik cuti Syawal ni teacher-teacher al-Fatih dah mula diulit kesibukan yang amat sangat, selepas berhempas pulas menyiapkan report assessment untuk setiap anak-anak al-Fatih dan kemudian berhadapan dengan Ibu bapa dalam Parents-Teachers Conference, sekarang demam IHTIFAL pula melanda.

Tahun ni insya-Allah Annual IHTIFAL bakal berlansung di Auditorium EIMAS, BBB.

Selain bergotong royong menyiapkan props dan segala macam urusan berkaitan ihtifal dan graduasi, rehearsal untuk persembahan juga berjalan setiap hari. Alhamdulillah anak-anak al-Fatih dan teacher-teachernya bersemangat waja, mereka berlatih dan berlatih tanpa jemu untuk memastikan persembahan pada hari yang sebenarnya berjalan lancar.

Monday, November 3, 2008

Al-Fatih Kids Berhari Raya...

Mengekalkan tradisi yang telah dimulakan sejak tahun pertama penubuhannya, Syawal 1429H kali ini sekali lagi anak-anak al-Fatih akan berziarah raya ke rumah kawan-kawan mereka. Seawal 8 pagi 18 hb Syawal yg lepas, anak-anak telah berkumpul dengan 'Baju Raya' mereka. SubhanAllah, comel-comel dan segak betul masing-masing bila mengenakan baju melayu dan baju kurung siap dengan hijab.

Alhamdulillah, walaupun Bandar Seri Putra dilanda krisis air selama beberapa hari, kami sangat menghargai kesudian Ibu Bapa yang sanggup menerima kehadiran kami. Ziarah Raya kami kali ini meliputi area Putra Tropika, Putra' 96 dan De Sentral.

Irdina Syuhada Muazmir - PUTRA TROPIKA

Adlina Ezrin - PUTRA TROPIKA

Asma Nabihah/Asma Najibah - PUTRA TROPIKA

Ishraf Izad - PUTRA TROPIKA
Di setiap rumah yang kami singgahi, selain menikmati juadah yang disediakan tuan rumah, anak-anak akan bertakbir memuji kebesaran Illahi. Tahun ni kami berjalan agak jauh dan dapat ziarah ke 8 buah rumah. Itupun anak-anak al-Fatih masih cergas berlari-lari, cuma teacher-teacher yang dah keletihan dan kekenyangan. Maklumlah setiap rumah menyediakan juadah yang sedap-sedap.

Aiman dan Hisham Jeferi - PUTRA'96

Nureen Nabila - De Sentral

Syahmi, Sufi dan Sofiya -De Sentral

Khairunnuha -De Sentral

Ziarah kami berakhir sekitar jam 12:30 tengahari. Ibu bapa dah dimaklumkan jadual perjalanan dan destinasi terakhir untuk menjemput anak masing-masing. Alhamdulillah sebaik sahaja parents selesai menjemput anak al-Fatih terakhir, hujan turun dengan lebatnya. So teacher-teacher pun sambunglah acara yang tertunda tadi. Maklumlah ummi Nuha dah bersusah payah menyiapkan lontong, kek coklat, fruit tart dan berbagai juadah yang sukar dilepaskan...tadi sibuk melayan anak-anak sekarang giliran teacher-teacher pulak beraya..

Terima kasih kepada Ibu bapa yang telah menerima kehadiran kami, muga-muga tradisi ziarah raya ini akan dapat dikekalkan hingga tahun-tahun berikutnya. Yang pasti anak-anak al-Fatih enjoy dan menunggu-nunggu acara ini setiap tahun. Mungkin tahun berikutnya boleh dilibatkan sekali ibu bapa, sebab kami tengok Parents pun begitu teruja dengan program ziarah Raya kami ni.

Sunday, November 2, 2008

Open House Bang Man & kak Mis

Ahad 26 Syawal, Bang Man dan Kak Mis pulak buat open house di kedai. Kebetulan lepas jamuan rumah Abang Saat sabtu malam tu Kak Sam tidur rumah mak, so kami memang tak akan melepaskan peluang nak menikmati nasi baryani gam Bang Man dan satay Kak Mis yang sedap tu.

Sementara tunggu Paksu sampai, sempatlah kameraku menangkap aksi anak-anak saudaraku, Balqis, Ramadhan & Irshad dan cucu Kak Sam, Insyirah begitu riang menikmati buah nona yang tumbuh di belakang rumah mak. Macam dirancang-rancang pulak semuanya sedondon berbaju pink petang tu..

Waktu kami sampai, Abang Chot dah sampai lebih awal, tak lama lepas kami keluarga Abang Sanip, Abang Saat dan Abang Rahim pulak sampai. Hai dah macam sambungan hari keluarga semalam pulak..Ramai betul tetamu Bang Man petang tu, bersilih ganti kenalan dan saudara mara memenuhi setiap ruang kedai. Aku pun ikut teruja sebab jumpa ramai kenalan lama. Makcik-makcik yang dah biasa sangat dengan kehadiranku dikampung dulu ramah bertanya khabar. Inilah untungnya join kumpulan kendarat di kampung dulu, ramai yang kenal.

Dalam perjalanan balik ke rumah mak, hubby spot sang mentari senja yang sedang melabuhkan tirainya...hmm apalagi sanggup berhentikan kereta kat tepi jalan. mak mertua pun pelik, kenapa pulak kereta tiba-tiba berhenti kat depan rumah orang tak kenal...


Family Day 1429H; As-Sulaiman vs Al-Hashimy...the saga begins...

Sambil para tetamu bermesra dan melayan tekak dengan pelbagai hidangan yang tersedia, tuan rumah pun mengumumkan bahawa acara nyanyi suka-suka akan dimulakan. Yang lebih menghangatkan suasana apabila diumumkan bahawa kedua-dua keluarga belah A.Saat (Kulai) dan Kak Nor (Semerah) di minta menghantar wakil. Apalagi masing-masing pun menggelabah mencari bakat-bakat yang terpendam dan terendam..

Tapi sikap sporting masing-masing memang cukup terserlah malam tu, semua nampak begitu teruja dan dan bersatu hati untuk memenangkan team masing-masing. Akhirnya 4 wakil dari Kulai dan 4 wakil dari Semerah telah mendaftar untuk 'menyumbang'kan lagu..

Mulanya tuan rumah umumkan juara dan pemenang akan dipilih dan ditentukan berdasarkan undi sms. Tapi bila dibahaskan semula, maka keputusan diambil bahwa undian melalui kertas akan digunakan. Mujurlah acara ni cuma suka-suka untuk hiburan sahaja, baik peserta yang menyanyi atau penonton tak kisah pun tentang 'pitching lari' ...semunya teruja nak mengundi dan memangkan calon pilihan masing-masing.

Setiap keluarga memang dah diberitahu supaya bawa hadiah. Bila keputusan diumumkan, seronoklah masing-masing memilih sendiri hadiah yang digemari, hai macam pergi supermarket pulak korang ya, boleh pilih mana yang suka. Nampak tu kak Nor gelak bukan main besar sebab dapat pilih beg cantik...hmmm hadiah dari siapalah tu ya!

Pemenang-pemenang hadiah SAGUHATI sedang berseronok menerima hadiah masing-masing...

Adat pertandingan ada yang menang ada yang kalah, so jom kita tengok siapa yang menang....

Naib Juara dan tempat ketiga disapu bersih team Semerah - Kamil dan Dila.

Tapi JUARA ..mestilah orang Kulai....kihkihkih..abang Rahim begitu teruja dengan kemenangannya..tak rugi berlatih seminggu!!

Tahniah kepada yang berjaya, walaupun katanya team Semerah tak 'puas hati' malam tu tapi tak apa, tahun depan kita turun lagi...kali ni kita pakai Juri profesional pulak.

Yang penting malam ni kita bersama-sama untuk mengukuhkan silaturrahim yang telah terjalin sekian lama. Kulai atau Semerah hanya jarak fizikal yang memisahkan tapi dihati kita akan sentiasa dekat selalu. Semuga pertautan yang dijalin melalui sunnah Rasulullah antara keluarga As-Sulaiman dan Al-Hashimy ini akan diberkati dunia dan akhirat.

Mungkinkah selepas ini akan menyusul pula hari pertemuan keluarga As-Sulaiman~As Salehy, As-Sulaiman~Al-yahya...etc,etc..tak mustahil, kita usaha dan doa insya-Allah.

Family Day 1429H; As Sulaiman vs Al Hashim...

Seperti yang pernah diwar-warkan sebelum ini, tanggal 25 Syawal yang lepas, telah berlansung satu peristiwa hari ini dalam sejarah. Kalau biasanya sambutan Hari Keluarga bagi As Sulaiman cuma melibatkan keluarga kami sahaja, tapi kali ini tuan rumah, Abang Saat dan Kak Nor dah extend sambutan Hari keluarga kali ni melibatkan dua buah keluarga sekaligus.

Selain sambutan hari keluarga dan perjumpaan Syawal, kenduri multi purpose ni menyatakan kesyukuran kerana Abang Saat dan Kak Nor selamat berpindah ke rumah baru di Taman Tropika, Kulai. Selain itu juga untuk meraikan anak bungsu Abang Saat (Fakri) yang akan dikhatankan sempena cuti sekolah nanti.

Waktu aku tiba di rumah baru Abang Saat tengahari sabtu tu, keluarga belah kak Nor (selepas ini akan dirujuk sebagai Al-Hashim) dah pun lebih awal sampai dan masing-masing dah mengambil posisi untuk menyiapkan juadah yang akan dikorbankan malam nanti. Gotong royong yang diketuai oleh Chef Lail (Senawang) ni memang bekerja keras demi memastikan kelancaran majlis mlm nanti. Boleh dikatakan 98% daripada jamuan yg akan dihidangkan adalah air tangan adik beradik sendiri.

Menjelang 6 petang geng BBQ dah mula mengambil tempat untuk mengidupkan bara. habis berasap satu taman Tropika petang tu, mujurlah kawasan perumahan tu masih suny, hanya bberapa rumah yang penghuninya dah berpindah masuk. Bila buat kerja secara jamaie ni memang berkat dan tak terasa penatnya. Lagipun anak-anak buah dah bujang-bujang dan boleh diharap, depa yang seronok dan tak jemu-jemu memanggang segala jenis ayam dan makanan laut yang dah diperap.

Waku maghrib, aktiviti diberhentikan seketika untuk solat berjamaah dan tahlil ringkas. Kemudian baru disambung semula. Selepas maghrib, tetamu pun mula sampai dan memenuhi ruang legar depan rumah abang saat. Alhamdulillah, majoriti ahli keluarga kedua-dua pihak dapat hadir malam tu, mana yang dah lama tak berjumpa, mengambil peluang untuk merisik khabar yang dah selalu berjumpa apatah lagi bergurau sampai tak kering gusi.

Tetamu yang hadir malam tu dijamu dengan nasi lemak, mee hoon goreng, roti jala dengan kari ayam, sphagetti bolognese, BBQ ayam dengan sos black pepper, ikan dan sotong panggang cicah kuah asam dan sambal kicap, satay, puding berkuah dan buah-buahan. Air mata kucing special anak bujang abang saat yang buat, patutlah laku...Farhan yang bancuh.

Ramai yang puji nasi lemak Chef Lail 'kelass'. Patutlah ramai yang asyik berulang-alik ke meja hidangan utama, sambal tumis dia memang terangkat...tak rugi import tukang masak dari Senawang...sure ramai yang tertanya-tanya siapa Chef Lail kan ?

Ha nilah Chef Lail, adik Kak Nor dengan suaminya Akib...romantiknyalah kakak kita ni, nilah yang dikatakan tidur sebantal ,makan sepinggan...

Makan sudah, minum pun sudah, sendawa pun sudah..so apalagi baliklah...opss belum lagi, malam baru nak bermula, ada acara yang lebih gempaq menunggu..insya-Allah kita tunggu posting yang seterusnya...