Saturday, May 31, 2008

5 hari 4 malam....(Destinasi Kasih 2..)

Destinasi Kasih 2

Destinasi ke-2 ialah Felda Bukit Aping Barat, Kota Tinggi, Johor. Kerana rindu yang mendalam terhadap kakak ke-5 dalam keluarga, aku meredah hujan lebat dari Kulai ke Kota Tinggi. Saja ambil jalan melalui pekan kota tinggi dan tidak bypass terus ke mawai sbb dah lama sangat tak tengok pekan kota.

Samsiah atau mesra dengan panggilan kak sam atau Aling. Aku pun tak pasti dari mana panggilan tu timbul, tapi hanya aku dalam keluarga seramai 12 orang tu yang panggil aling. Aling ialah ibu tunggal yang gigih membesarkan dan memberi pendidikan pd 4 orang anaknya. Selepas almarhum abang iparku abang Jalal meninggal, aling yang dulunya suri rumah sepenuh masa seolah-olah dikejutkan dari lena yang panjang. Dengan kebolehan membuat kuih, aling bersengkang mata membuat kueh-kueh basah untuk dijual di kedai- kedai kopi dalam felda dan mengambil tempahan untuk sesuap nasi.

Status sebagai ibu tunggal memang perit, bukan sikit tohmahan, hasad dengki dan fitnah yang perlu ditelan, Alhamdulillah aling menguatkan semangat demi kelansungan hidup dan meneruskan pelajaran anak-anak yang ketika itu masih di IPT. Bermula dengan keringat, kepayahan dan airmata, aling kini boleh berbangga dengan kejayaannya - FARISMA BAKERY ENTERPRISE.

Dengan duit simpanan hasil jualan kueh-kueh basah dan pinjaman felda, aling kini memiliki kedainya sendiri. Dengan dibantu anak sulungnya (abang Jai) dan menantu (wati), mereka kini nmampu meneroka pasaran mereka sendiri dan sudah mula memasarkan produk ke sekitar mersing dan kota tinggi.


Aling dibantu anak bongsunya Edi sedang memproses jem nanas yang merupakan bahan asas untuk membuat baulu lapis dan baulu gulung. Sebelum dapat beli mesin memproses nanas tu aling hanya menggunakan mesin pengisar untuk membuat jem 100 biji nanas. Aku tidak mungkin mampu menjadi seperti aling....



Alhamdulillah kini aling tak perlu lagi menggunakan tulang empat kerat untuk memproses bahan. Bermula dari satu kini Farisma Bakery dah ada 3 mixer dan 3 ketuhar.

"Tangan yang menghayun buaian akan menggoncang dunia,.." aling mungkin tidak menggoncang dunia tapi dia berjaya membuktikan bahawa status ibu tunggal bukan halangan atau alasan untuk berjaya. Aling, i'm so proud of you...begitu kental semangat aling melalui semua ujian dan mehnah. Dari seorang suri rumahtangga sepenuh masa yang tidak tahu pergi ke post office utk membayar bil, aling bangkit menjadi usahawan IKS yang berjaya.

Terima kasih jua atas doa aling yang tulus ikhlas di jabbal rahmah untuk adikmu ini. I love you so much, my dearest kakak.

5 hari 4 malam....(Destinasi Kasih)

Destinasi Kasih 1...

Cuti persekolahan yang bermula 24hb may merupakan rahmat kepada cikgu-cikgu dan mereka yang terlibat dlm institusi pendidikan. Aku turut mengambil peluang ini untuk melakukan kunjungan kasih ke rumah abang-abang dan kakak-kakak di kampung halaman di Johor. Dengan izin suami pada hari isnin 26 may aku bertolak dari BSP kira-kira jam 9:30 pagi. Berhenti b'fast di RnR S'ban...selepas mengisi perut dgn tea-tarik dan nasi lemak aku bertolak meneruskan perjalanan ke destinasi pertama; Kampung Parit Lapis Mahang, Senggarang, Batu Pahat, Johor. (for info, sebelum my parents migrate ke Kulai, inilah kampung halamanku)

Rumah Kak sarah memang a very perfect destination untuk menghilangkan stress, rumah yang dikelilingi pohon-pohon hijau dan pokok buah-buahan, durian, manggis, rambutan, duku, langsat. Sekarang ni semua tengah berbuah dan menurut kak sarah lagi dua bulan musim durian....hmm kena selalu balik kampung lepas ni!! depan rumah kak sarah tu ada parit air gambut,dulu masa kami kecik-kecik kat situlah kami mandi dan berkubang, masih terasa airnya yang sejuk dengan ikan-ikan kecil berenang..ohhh betapa aku merindui nostalgia itu...:-)




My eldest sister, Kak Sarah dan suaminya yang kami panggil Kang Salam. kak Sarah tak berapa sihat so pagi selasa tu dia ke Hospital Pakar Putra di Batu Pahat (formerly known as Southern) for follow up. Kak sarah terkenal sebagai bidan dan tukang urut dikampungya, cuma bila dah tua ni dia kurang aktif..dah tak berapa sihat. Kang salam pula dulunya ialah tukang rumah, bila dah pencen sbb dah tak larat nak memanjat, sekarang bertukar kerjaya menjadi pekebun kelapa sawit sepenuh masa . Being the eldest in the family kak sarah paling fasih berbahasa Jawa. so kalau sesiapa yang datang ke rumah kak sarah tergeliat-geliat lidah try nak balas balik perbualan dlm bahasa jawa jugak. My hubby yang 'terror' bah. jawa pun tak terlawan...:-)

Petang isnin tu, aku tidak melepaskan peluang ikut anak sedara dan cucu (hehe..aku dah ramai cucu rupanya) ke pekan Senggarang. Pekan senggarang hanya 10-15 minit perjalanan dari rumah kak sarah. Dah berbelas tahun since kali terakhir aku pergi, pekan senggarang tak banyak berubah, masih pekan kecil yang tenang. Lepas ke senggarang kami round-round kat pekan Parit Raja. Unlike senggarang, Parit Raja telah melalui banyak perubahan terutamanya dengan adanya UTHM.


The best part kalau balik kampung mestilah... makan....masa ni dapat rasa semua masakan kampung yang dulunya menjadi makanan asasi. See how my kak sarah still preserve semua peralatan dan kaedah masak yang tradisional. Guna parut untuk dapatkan santan (aku try jugak tapi halfway je..takut terparut jari), tumbuk sambal belacan pun masih pakai lesung batu (read as lumpang in Javanese). Tengahari tu masya-Allah sedapnya kami makan; sayur lemak pucuk ubi, sambal belacan dan ikan masin. Maybe udara yang nyaman, suasana persaudaraan dan nostalgia yang menggamit rasa menambah sedapkan selera kami. Memang peribahasa orang tua-tua ada benarnya, kalau masa ni suami lalu belakang pun mungkin tak perasan....:-)



So there goes sehari semalam di rumah kak sarah. Hari selasa lepas zuhur me and mak bertolak pula ke destinasi kedua. Ke mana ? tunggu ....!!

Sunday, May 25, 2008

Selamat ulangtahun kelahiran ke-52

Abangku ini adalah anak yang ke-8 dalam keluarga. Dia ni special sikit dalam keluarga (even his name is uniquely spelles ~ (Mohd Selleh), kalau dia balik kampung, jiran-jiran akan tahu dia ada kat rumah sebab dia paling kuat 'memekak'. Dia juga paling kuat melawak dan rajin menyakat anak-anak buah yang ramai. kalau family Day tak payah risau nak cari peserta karaoke, dia memang dah 'chop'. Bila berkumpul, riuh rendah anak-anak sedara menjerit kena sakat baik dari segi fizikal ataupun verbal. Nobody boleh ambik hati dengan Cik Leh sebab semua orang dah kenal Cik Leh macamana. Tapi bila dia serius, semua orang tunduk tak berani angkat muka.

Dilahir dan dibesarkan dalam keluarga susah, abang saleh antara abang yang paling banyak menghulur bantuan kewangan semasa aku belajar. Masa kat Uitm every month memang aku antara pengunjung setia HEP untuk ambil surat berdaftar yg dihantar abang saleh sebagai perbelanjaan bulanan. Rasanya aku belum pernah berpeluang mengucapkan terima kasih dan penghargaan secara rasmi. Well, it's never too late. Sempena ulangtahun kelahiran mu yang ke-52, izinkan adik bongsumu ini mengucapkan terima kasih atas kemurahan hatimu, banyak jasamu terhadapku, muga Allah merahmati dan memberkati usiamu dan muga Allah jua yang membalas segala kebaikanmu.

Manisnya bersilaturrahim....

For the past two weeks rumah kami di no.5, Jalan Seri Putra 3/5 menerima tetamu yang istimewa:

Tetamu 1 ~Sabtu 17th may abang Saleh and family datang dari Palong, N9. Abang Saleh datang dengan cake secret recipe - white chocolate untuk celebrate hari ulangtahun kelahirannya. Alhamdulillah tuan rumah dapatlah mmenumpang icip-icip kek yang sangat sedap tu..

Malam ahad tu aku belanja abang saleh and family makan di Tomyam Timur, Bandar Baru Nilai sebagai meraikan ulangtahunnya. Lepas makan sempat shopping sekejap di Nilai Square.

Ahad pagi lepas sarapan kuey-tiow goreng kerang dan nasi goreng kampung and cake secret recipe...:-) kami drive ke Pavilion, abang saleh yang memang very brand conscious 'shop till drop' kat Pavilion, aku dan kakak ipar cuma tumpang tengok dan lepak-lepak sambil makan donut J-co yg hangat diperkatakan sekarang ni.

Lepas lunch kat pavilion, kami bertolak pula ke Nilai 3 sambung shopping baju raya yang tak siap semalam. Kali ni abang saleh pulak tengok all the girls shop till drop...wah betul-betul punya pilih sampai dekat maghrib, tupun sebab dah kena sergah dgn abang saleh sebab diaorang nak kena balik Palong malam tu jugak.

Malam tu terpaksa sapu minyak yuyi kat kaki, penat sangat...

Tetamu 2 - Sabtu 24th May. My anak sedara (anak sulung abang Saat yg tingggal di Taman Kempas, JB - Mohd Khazrul Azli (tapi kami panggil ajun) datang. Ajun baru dapat kerja di 'gomen' di Pej PM di Putrajaya. So dia datang lepak rumah maksu dan tumpang basuh baju sebab baru balik dari kena ragging di PD 4 hari.

(Clue : gambar atas keluarga A. Saat -Ajun - 2 dari kanan - yg pakai baju melayu purple belakang ayah dia; gambar bawah Abang Saleh n family)



Tetamu 3 - Husna dan husband (Rashid) yang datang dari Parit, Perak juga pada 24th May.

Husna (family panggil Dik Na), my husband's youngest sister kerja guru di Parit Perak, datang untuk hantar anak kedua (Afiq) mendaftar pengajian Asasi di UM. Dik Na sampai dah malam, so tak dapat siapkan dinner cuma buatkan tea-o panas dengan kek lapis prune. Riuhnya rumah kami mlm tu, seronok tengok gelagat Si Zikri dan Syakira mencuba safety helmet Pak Teh. (Sayang pak teh tak ada sebab out station di Paka, T'gganu..semua orang miss pak teh tau !! ) Lepas sembang-sembang semua masuk tidur sbb dah penat travel dan esok kena bangun pagi.

Geramnya tengok si comel Syakira tu (putih mcm air soya bean), nak salam dengan mak teh tapi tak nak dukung, mcm merpati pulak...senang di dekat ditangkap lari. Abangnya Zikri bukan main peramah dan becok mulutnya. Alhamdulillah Dik Na dikurniakan anak yang ramai..so meriah sikit rumah mak teh w/pun untuk seketika.

Lepas kami breakfast ramai-ramai pagi tu, Dik Na and family bertolak ke UM. Sempat bekalkan si comel Syakira dan si keletah Zikri nugget utk dimakan dlm perjalanan. jangan serik tau datang rumah makteh lagi.

Alangkah manisnya nikmat persaudaraan yang Allah berikan pada kita. Muga kami akan istiqamah berkasih-kasihan. Ya-Allah berikan kekuatan dan kelapangan untuk kami sentiasa menjaga jalinan ini . Ameen..

Wednesday, May 21, 2008

IKEA ....akhirnya impian terlaksana.

Dah lama sangat aku teringin nak melawat Ikea...(blame it on the advertisement...:-) dah lama juga merayu pada suami supaya membawa isteri tersayangnya ni pergi 'shopping' kat Ikea, akhirnya pada cuti umum 19 may yg lepas 'impian' yang sekian lama terpendam dimakbulkan Allah.

Berbekalkan map yang diprint dari website Ikea, Malaysia dan dgn bantuan talian hayat dari kawan my hubby akhirnya kami sampai ke Mutiara Damansara di mana terletaknya Ikea, Ikano dan The Curve...
Niat asal cuma nak tengok-tengok book shelve dan ambik idea macamana nak decorate rumah. Sejak pindah ke rumah kami di BSP bulan August 2004, we have keep our 'home decor' to a very minimum and basic one. Sedara mara and sahabat handai yg datang rumah selalu complaint sbb punggung kematu kena duduk atas kerusi kayu yg keras...nak buat camana, me and hubby sehaluan.. tak berapa minat sofa.

Cuma beberapa bulan lepas sejak mak rajin datang rumah kami, kami belikan sofa' two seater' khas untuk mak. kalau mak pergi rumah anak-anak lain barulah kami menumpang duduk atas sofa tu..:-)

Besarnyalah Ikea tu sampai penat kami menjelajah , tupun tak habis lagi, we have to stop sbb dah masuk waktu zuhur. Ikea management really knows how to ambik hati customer dia, surau selesa, tempat makan pun ada, kalau nak spent one whole day kat dalam tu pun tak ada masalah rasanya. Cuma nak ingatlkan kawan-kawan yg belum pernah pergi, kalau nak pergi make sure stamina okay...

Gambar atas tu tengah consider samada worth beli meja makan for 8 yang sangat cantik dan ku jatuh hati pandang pertama , sedangkan kat rumah cuma ada dua orang je...tu yang termenung panjang tu..


gambar atas tu my hubby tengah seriously considering whether to buy or not to buy book shelve yang isteri dia minat sangat tu....gambar bawah my hubby tengah cuba kerusi office semi leather..nak ganti kerusi ofis dia yang dah berusia 10 tahun lebih...

After 3p.m me and hubby dah kelaparan dan keletihan, so kami ambil ijtihad nak stop dulu wpun banyak lagi tak tengok...saja nak buat alasan untuk datang lagilah tu..:-) Teringin juga nak singgah The Curve tapi ditangguhkan ke masa lain, insya-Allah.

Jazakallah Khair for the trip to Ikea, suamiku, I appreciate it very much..it's not really about Ikea, it's the time we spent together that means so much to me..

Friday, May 16, 2008

Selamat Hari Guru


Guru Oh Guru

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajarIbarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihatP
emimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Nukilan Allahyarham SN Dato' Dr. Usman Awang Dipetik daripada buku antologi puisi Guru oh Guru
yang diselenggarakan oleh Zam Ismail terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, 1989.
Posted by Picasa

Wednesday, May 14, 2008

Menghafaz Al_Qur'an cara Jibrail


Menjadi pendidik yang mampu melahirkan anak-anak didik yang solih lagi mosleh adalah AMANAH dan TANGGUNGJAWAB yang amat berat. Proses menimba ilmu dan peningkatan iman dan amal sentiasa diberi perhatian. Alhamdulillah, petang tadi sekali lagi pengurusan dan staff Al-Fatih dapat bersama-sama dalam taman-taman syurga yang dijanjikan Allah akan dinaungi oleh para malaikat. Hari ni mak usrah kami beri assignment yang kami rasa teruja sangat-sangat nak buat iaitu 'Al-Qur'an race'. Apa itu al-Qu'ran race ?

iaitu menghafaz Al-Qur'an cara Jibrail. Setiap kami akan cuba menghafaz 10 surah Al-Qur'an dalam masa 6 bulan? macamana ?

1. Baca dan HAFAZ tiga baris ayat al-Qur'an dalam sehari
2. Baca sebelum dan selepas Solat
3. Baca sebagai Surah dalam Solat. Mulakan dengan 3 baris dan setiap hari tambah lagi 3 baris hingga tamat surah.

So insya-Allah kami akan mulakan dengan Surah Yasin. So jom kita buat sama-sama...
Posted by Picasa

Tuesday, May 13, 2008

Sports Day...adegan yg TAK INGIN kita lihat...

Mengurus emosi anak-anak seawal umur 3 -4 tahun bukan kerja mudah, terutamanya apabila mereka 'dipaksa' bangun awal pagi pada hari cuti dan kemudian 'dijemur' di tengah panas.....it takes a lot of 'sabar' and 'understanding'.....so if any of my friends out there bercadang nak tukar career sebagai kindy teacher....bolehlah start belajar psychology sekarang.....

Memang mencabar nak pastikan emosi anak-anak stabil sepanjang almost 4 jam sukan berlansung. especially with the presence of parents, lagilah anak-anak akan ni akan menunjukkan belang sebenar mereka so teacher-teacher hari tu pun kenalah potray wajah sebenar mereka..habislah keluar semua skill dan pendekatan, aim cuma satu anak-anak kena turut serta and enjoy the day...


Dua wajah berbeza....yang berjihad untuk menang dan yang syahid di medan sukan.....:-)) yang ironicnya kedua-dua insiden ini melibatkan red team....
Posted by Picasa

Sports Day...adegan yang INGIN kita lihat...


Children are very appreciative, that you can be sure of, insya-Allah...look at how excited these children are ....ada yang begitu teruja dapat medal sampai pergi sekolah pun pakai....ada juga yang parents beritahu, "teacher.....(nama dirahsiakan) punyalah seronok dapat medal, gantung kat leher 24 jam, pergi mandi pun nak bawak...mana yang dapat botol air at least for the first week lepas sports day memang jenuh teacher kena ingatkan suruh tulis nama sebab semua bawak botol air yg sama....:-)

Tu belum lagi tengok betapa riuhnya acara membahagikan hamper yang dimenangi. well...i guess itulah kebahgiaan dan kepuasan seorang guru tadika, children just don't lies...apa yang terpancar di wajah itulah yang tersirat di lubuk hati mereka. Minggu pertama selepas sports day memang penat dan memenatkan, namun keletihan dan kegelisahan kerana muka yang 'sunburn' rasa berbaloi bila berkongsi kegembiraan dan cerita-cerita kenangan indah sports day bersama anak-anak ini.
Posted by Picasa

Al-Fatih Sports Day..10th May 2008

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Yang Maha Esa kerana dengan rahmat dan izin-Nya Al-Fatih Sports Day dapat dilansungkan dalam cuaca yang sangat baik.

Dengan kasih-sayang-Nya jua sepanjang acara ini berlansung, terpancar ukhuwwah yang tinggi di kalangan ibu-bapa yang hadir, tersebar jalur keceriaan mengundang senyum dan tawa yang menembusi setiap ruang Bandar Seri Putra di mana acara ini berlansung.

Bukan mudah menganjurkan sukan anak-anak pra sekolah, dengan komitmen dan semangat berpasukan yang tinggi dari semua guru-guru dan bantuan dari ibu bapa dan sukarelawan (tanpa mengenepikan sokongan padu daripada keluarga kami yang tersayang, special thank you to my dearest suami yang begitu memahami) alhamdulillah acara dapat berjalan dengan lancar.

So please enjoy the slide...nanti akan menyusul adegan adegan menarik yang tak ingin kita lihat.....

Wednesday, May 7, 2008

Lensa Musafir Lebuhraya

Seperti biasa, saban minggu aku sentiasa berulang-alik dari BSPutra (Selangor) dan TSPulai (Johor). Selain dari berulang-alik menjenguk kedua-dua keluarga, aku juga perlu melihat dan menguruskan kedua-dua pejabatku di kedua-dua tempat tersebut.
Entah dah berapa puluh ribu telah aku belanjakan kepada PLUS dan Petronas, dua syarikat gergasi di tanah air. Kalau tak mahu bayar, 'semua pemandu kenderaan boleh lalu jalan lama yang tidak ada TOL, tidak ada paksaan untuk melalui lebuh-raya yang telah disediakan oleh PLUS' (dengan pinjaman dari kerajaan juga kan...). Nak tak nak, perjalanan di lebuhraya sedikit sebanyak memberikan beberapa manfaat kepada aku yang kini telah hampir menjangkau umur setengah abad ini.
Sebenarnya aku telah mula bermusafir di lebuhraya Utara-Selatan sejak tahun 1989 lagi, apabila aku diminta berpindah ke UTM Sekudai, Johor sedangkan keluargaku pada masa itu tinggal di KL. Setiap tengah hari Khamis, aku akan memulakan perjalanan dari Sekudai ke Batu Pahat, makan nasi Beriani di tepi sungai, melalui Parit Sulong dan terus ke Pagoh. Ketika itu, L/R hanya siap setakat Pagoh sahaja. Esoknya (Jumaat), pagi Jumaat akau biasanya bertolak jam 10.00 pagi dan singgah di masjid Pagoh untuk solat Jumaat. Selepas solat, aku teruskan perjalanan ke Sekudai. Itulah rutin aku dari tahun 1989 hingga 1992. Di sepanjang tempoh tersebut, kadang-kadang aku juga membawa penumpang yang berulang alik dari UTM Skudai ke KL dan kadang-kadang menurunkan penumpang di tepi lebuhraya sahaja yang akan menuruni lereng lebuhraya ke jalan lama (di Melaka)..
Kini sejak 1994, aku masih menyusuri lebuhraya setiap minggu hingga kini...sudah hampir 20 tahun.. Apakah pengalaman dan pengajaran yang diperolehi ???
1. dapat meluangkan sedikit masa berfikir tentang kehidupan duniawi.
2. muhasabah diri;
3. melihat keindahan alam ciptaan yang Maha Agung;
4. tak guna memandu laju kalau saman RM300 tak sanggup nak bayar;
5. melihat gelagat dan karenah manusia - orang berkereta besar dan kecil;
6. melihat dan mengambil iktibar dari pemandu negara jiran 'melepaskan geram';
7. selaju mana kita memandu sekali pun, Allah jua yang menentukan sama ada kita sampai cepat atau lambat...

Begitulah serba ringkas catatn yang dapat dicoretkan buat tatapan semua. Gambar di sudut kiri diambil sementara menunggu Maghrib di R&R Seremban semasa dlm perjalanan dari JB ke BSPutra petang tadi...
Puluhan gambar telah diambil di sepanjang lebuhraya terutama apabila mentari melabuhkan tirainya untuk menyambut kedatangan malam... Semoga, hari esok masih ada ...

Ir AF Kassim/BSP

Sunday, May 4, 2008

Sepetang or Semalam ..di Putrajaya


Hari ni berjalan sakan, solat Asar dan Maghrib di surau Alamanda, Putrajaya. Alhamdulillah penuh sesak every solat time...sambil menunggu teacher yan 'shopping' novel di MPH, aku duduk di bench yg disediakan sambil melihat-melihat gelagat pengunjung Alamanda. Sesak nafas bila tengok couple-couple muda yang menjolok mata baik dari segi pakaian dan kelakuan. Entah bila aku akan mendapat kekuatan untuk melakukan Nahi Munkar. Setakat ini hanya mampu melihat dengan kebencian di dalam hati (selemah-lemah iman..)

Lepas solat maghrib, kami bertolak ke Masjid Putrajaya, saja nak menikmati keindahan malam di Putrajaya. Walaupun dah almost 4 tahun menetap di BSP (Bangi), baru kini berkesempatan melihat hasil 'peninggalan' Tun Mahathir... sekali lagi rasa 'berdosa' sebab masa tengah jalan-jalan, azan Isya' berkumandang, pengunjung yang bersidai tak berganjak w/pun laungan "MARILAH MENGERJAKAN SOLAT" ...sangat jelas kedengaran dari sistem PA yg pastinya menelan belanja yang amat mahal.

Rasa bersalah itu menggamit aku dan yan untuk beredar meninggalkan kawasan itu segera...oppss, just nak share salah satu gambar menarik yg dapat dirakam. Ilustrasi Karikatur menunjukkan Pak Lah dan TG Hj Nik Aziz berganding bahu, why not, hati manusia Allah yang pegang, siapa kita nak menghakimi orang lain.
Posted by Picasa

Semalam adalah Sejarah, Hari ini Pasti, Esok...InsyAllah


Permata (Untuk Isteri Ku)

Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Kerana engkau isteri

Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikanKerana kau isteriku

(untuk suamiku .. jazakallah khair for the song ...)
Posted by Picasa