Seperti biasa, saban minggu aku sentiasa berulang-alik dari BSPutra (Selangor) dan TSPulai (Johor). Selain dari berulang-alik menjenguk kedua-dua keluarga, aku juga perlu melihat dan menguruskan kedua-dua pejabatku di kedua-dua tempat tersebut.
Entah dah berapa puluh ribu telah aku belanjakan kepada PLUS dan Petronas, dua syarikat gergasi di tanah air. Kalau tak mahu bayar, 'semua pemandu kenderaan boleh lalu jalan lama yang tidak ada TOL, tidak ada paksaan untuk melalui lebuh-raya yang telah disediakan oleh PLUS' (dengan pinjaman dari kerajaan juga kan...). Nak tak nak, perjalanan di lebuhraya sedikit sebanyak memberikan beberapa manfaat kepada aku yang kini telah hampir menjangkau umur setengah abad ini.
Sebenarnya aku telah mula bermusafir di lebuhraya Utara-Selatan sejak tahun 1989 lagi, apabila aku diminta berpindah ke UTM Sekudai, Johor sedangkan keluargaku pada masa itu tinggal di KL. Setiap tengah hari Khamis, aku akan memulakan perjalanan dari Sekudai ke Batu Pahat, makan nasi Beriani di tepi sungai, melalui Parit Sulong dan terus ke Pagoh. Ketika itu, L/R hanya siap setakat Pagoh sahaja. Esoknya (Jumaat), pagi Jumaat akau biasanya bertolak jam 10.00 pagi dan singgah di masjid Pagoh untuk solat Jumaat. Selepas solat, aku teruskan perjalanan ke Sekudai. Itulah rutin aku dari tahun 1989 hingga 1992. Di sepanjang tempoh tersebut, kadang-kadang aku juga membawa penumpang yang berulang alik dari UTM Skudai ke KL dan kadang-kadang menurunkan penumpang di tepi lebuhraya sahaja yang akan menuruni lereng lebuhraya ke jalan lama (di Melaka)..
Kini sejak 1994, aku masih menyusuri lebuhraya setiap minggu hingga kini...sudah hampir 20 tahun.. Apakah pengalaman dan pengajaran yang diperolehi ???
1. dapat meluangkan sedikit masa berfikir tentang kehidupan duniawi.
2. muhasabah diri;
3. melihat keindahan alam ciptaan yang Maha Agung;
4. tak guna memandu laju kalau saman RM300 tak sanggup nak bayar;
5. melihat gelagat dan karenah manusia - orang berkereta besar dan kecil;
6. melihat dan mengambil iktibar dari pemandu negara jiran 'melepaskan geram';
7. selaju mana kita memandu sekali pun, Allah jua yang menentukan sama ada kita sampai cepat atau lambat...
Begitulah serba ringkas catatn yang dapat dicoretkan buat tatapan semua. Gambar di sudut kiri diambil sementara menunggu Maghrib di R&R Seremban semasa dlm perjalanan dari JB ke BSPutra petang tadi...
Puluhan gambar telah diambil di sepanjang lebuhraya terutama apabila mentari melabuhkan tirainya untuk menyambut kedatangan malam... Semoga, hari esok masih ada ...
Ir AF Kassim/BSP
No comments:
Post a Comment