Destinasi Kasih 1...
Cuti persekolahan yang bermula 24hb may merupakan rahmat kepada cikgu-cikgu dan mereka yang terlibat dlm institusi pendidikan. Aku turut mengambil peluang ini untuk melakukan kunjungan kasih ke rumah abang-abang dan kakak-kakak di kampung halaman di Johor. Dengan izin suami pada hari isnin 26 may aku bertolak dari BSP kira-kira jam 9:30 pagi. Berhenti b'fast di RnR S'ban...selepas mengisi perut dgn tea-tarik dan nasi lemak aku bertolak meneruskan perjalanan ke destinasi pertama; Kampung Parit Lapis Mahang, Senggarang, Batu Pahat, Johor. (for info, sebelum my parents migrate ke Kulai, inilah kampung halamanku)
Rumah Kak sarah memang a very perfect destination untuk menghilangkan stress, rumah yang dikelilingi pohon-pohon hijau dan pokok buah-buahan, durian, manggis, rambutan, duku, langsat. Sekarang ni semua tengah berbuah dan menurut kak sarah lagi dua bulan musim durian....hmm kena selalu balik kampung lepas ni!! depan rumah kak sarah tu ada parit air gambut,dulu masa kami kecik-kecik kat situlah kami mandi dan berkubang, masih terasa airnya yang sejuk dengan ikan-ikan kecil berenang..ohhh betapa aku merindui nostalgia itu...:-)
My eldest sister, Kak Sarah dan suaminya yang kami panggil Kang Salam. kak Sarah tak berapa sihat so pagi selasa tu dia ke Hospital Pakar Putra di Batu Pahat (formerly known as Southern) for follow up. Kak sarah terkenal sebagai bidan dan tukang urut dikampungya, cuma bila dah tua ni dia kurang aktif..dah tak berapa sihat. Kang salam pula dulunya ialah tukang rumah, bila dah pencen sbb dah tak larat nak memanjat, sekarang bertukar kerjaya menjadi pekebun kelapa sawit sepenuh masa . Being the eldest in the family kak sarah paling fasih berbahasa Jawa. so kalau sesiapa yang datang ke rumah kak sarah tergeliat-geliat lidah try nak balas balik perbualan dlm bahasa jawa jugak. My hubby yang 'terror' bah. jawa pun tak terlawan...:-)
Petang isnin tu, aku tidak melepaskan peluang ikut anak sedara dan cucu (hehe..aku dah ramai cucu rupanya) ke pekan Senggarang. Pekan senggarang hanya 10-15 minit perjalanan dari rumah kak sarah. Dah berbelas tahun since kali terakhir aku pergi, pekan senggarang tak banyak berubah, masih pekan kecil yang tenang. Lepas ke senggarang kami round-round kat pekan Parit Raja. Unlike senggarang, Parit Raja telah melalui banyak perubahan terutamanya dengan adanya UTHM.
The best part kalau balik kampung mestilah... makan....masa ni dapat rasa semua masakan kampung yang dulunya menjadi makanan asasi. See how my kak sarah still preserve semua peralatan dan kaedah masak yang tradisional. Guna parut untuk dapatkan santan (aku try jugak tapi halfway je..takut terparut jari), tumbuk sambal belacan pun masih pakai lesung batu (read as lumpang in Javanese). Tengahari tu masya-Allah sedapnya kami makan; sayur lemak pucuk ubi, sambal belacan dan ikan masin. Maybe udara yang nyaman, suasana persaudaraan dan nostalgia yang menggamit rasa menambah sedapkan selera kami. Memang peribahasa orang tua-tua ada benarnya, kalau masa ni suami lalu belakang pun mungkin tak perasan....:-)
So there goes sehari semalam di rumah kak sarah. Hari selasa lepas zuhur me and mak bertolak pula ke destinasi kedua. Ke mana ? tunggu ....!!
No comments:
Post a Comment