Sepanjang jalan kehidupan ini aku bertemu dengan terlalu ramai insan istimewa yang setiap satunya menempati ruang tersendiri dalam kamus hidupku. Bingkisan dari nuraniku ini untuk menyatakan betapa mereka akan sentiasa dekat dihatiku...insya-Allah
Wednesday, May 14, 2008
Menghafaz Al_Qur'an cara Jibrail
Menjadi pendidik yang mampu melahirkan anak-anak didik yang solih lagi mosleh adalah AMANAH dan TANGGUNGJAWAB yang amat berat. Proses menimba ilmu dan peningkatan iman dan amal sentiasa diberi perhatian. Alhamdulillah, petang tadi sekali lagi pengurusan dan staff Al-Fatih dapat bersama-sama dalam taman-taman syurga yang dijanjikan Allah akan dinaungi oleh para malaikat. Hari ni mak usrah kami beri assignment yang kami rasa teruja sangat-sangat nak buat iaitu 'Al-Qur'an race'. Apa itu al-Qu'ran race ?
iaitu menghafaz Al-Qur'an cara Jibrail. Setiap kami akan cuba menghafaz 10 surah Al-Qur'an dalam masa 6 bulan? macamana ?
1. Baca dan HAFAZ tiga baris ayat al-Qur'an dalam sehari
2. Baca sebelum dan selepas Solat
3. Baca sebagai Surah dalam Solat. Mulakan dengan 3 baris dan setiap hari tambah lagi 3 baris hingga tamat surah.
So insya-Allah kami akan mulakan dengan Surah Yasin. So jom kita buat sama-sama...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment