Sepanjang jalan kehidupan ini aku bertemu dengan terlalu ramai insan istimewa yang setiap satunya menempati ruang tersendiri dalam kamus hidupku. Bingkisan dari nuraniku ini untuk menyatakan betapa mereka akan sentiasa dekat dihatiku...insya-Allah
Sunday, May 4, 2008
Sepetang or Semalam ..di Putrajaya
Hari ni berjalan sakan, solat Asar dan Maghrib di surau Alamanda, Putrajaya. Alhamdulillah penuh sesak every solat time...sambil menunggu teacher yan 'shopping' novel di MPH, aku duduk di bench yg disediakan sambil melihat-melihat gelagat pengunjung Alamanda. Sesak nafas bila tengok couple-couple muda yang menjolok mata baik dari segi pakaian dan kelakuan. Entah bila aku akan mendapat kekuatan untuk melakukan Nahi Munkar. Setakat ini hanya mampu melihat dengan kebencian di dalam hati (selemah-lemah iman..)
Lepas solat maghrib, kami bertolak ke Masjid Putrajaya, saja nak menikmati keindahan malam di Putrajaya. Walaupun dah almost 4 tahun menetap di BSP (Bangi), baru kini berkesempatan melihat hasil 'peninggalan' Tun Mahathir... sekali lagi rasa 'berdosa' sebab masa tengah jalan-jalan, azan Isya' berkumandang, pengunjung yang bersidai tak berganjak w/pun laungan "MARILAH MENGERJAKAN SOLAT" ...sangat jelas kedengaran dari sistem PA yg pastinya menelan belanja yang amat mahal.
Rasa bersalah itu menggamit aku dan yan untuk beredar meninggalkan kawasan itu segera...oppss, just nak share salah satu gambar menarik yg dapat dirakam. Ilustrasi Karikatur menunjukkan Pak Lah dan TG Hj Nik Aziz berganding bahu, why not, hati manusia Allah yang pegang, siapa kita nak menghakimi orang lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment