Sunday, May 25, 2008

Manisnya bersilaturrahim....

For the past two weeks rumah kami di no.5, Jalan Seri Putra 3/5 menerima tetamu yang istimewa:

Tetamu 1 ~Sabtu 17th may abang Saleh and family datang dari Palong, N9. Abang Saleh datang dengan cake secret recipe - white chocolate untuk celebrate hari ulangtahun kelahirannya. Alhamdulillah tuan rumah dapatlah mmenumpang icip-icip kek yang sangat sedap tu..

Malam ahad tu aku belanja abang saleh and family makan di Tomyam Timur, Bandar Baru Nilai sebagai meraikan ulangtahunnya. Lepas makan sempat shopping sekejap di Nilai Square.

Ahad pagi lepas sarapan kuey-tiow goreng kerang dan nasi goreng kampung and cake secret recipe...:-) kami drive ke Pavilion, abang saleh yang memang very brand conscious 'shop till drop' kat Pavilion, aku dan kakak ipar cuma tumpang tengok dan lepak-lepak sambil makan donut J-co yg hangat diperkatakan sekarang ni.

Lepas lunch kat pavilion, kami bertolak pula ke Nilai 3 sambung shopping baju raya yang tak siap semalam. Kali ni abang saleh pulak tengok all the girls shop till drop...wah betul-betul punya pilih sampai dekat maghrib, tupun sebab dah kena sergah dgn abang saleh sebab diaorang nak kena balik Palong malam tu jugak.

Malam tu terpaksa sapu minyak yuyi kat kaki, penat sangat...

Tetamu 2 - Sabtu 24th May. My anak sedara (anak sulung abang Saat yg tingggal di Taman Kempas, JB - Mohd Khazrul Azli (tapi kami panggil ajun) datang. Ajun baru dapat kerja di 'gomen' di Pej PM di Putrajaya. So dia datang lepak rumah maksu dan tumpang basuh baju sebab baru balik dari kena ragging di PD 4 hari.

(Clue : gambar atas keluarga A. Saat -Ajun - 2 dari kanan - yg pakai baju melayu purple belakang ayah dia; gambar bawah Abang Saleh n family)



Tetamu 3 - Husna dan husband (Rashid) yang datang dari Parit, Perak juga pada 24th May.

Husna (family panggil Dik Na), my husband's youngest sister kerja guru di Parit Perak, datang untuk hantar anak kedua (Afiq) mendaftar pengajian Asasi di UM. Dik Na sampai dah malam, so tak dapat siapkan dinner cuma buatkan tea-o panas dengan kek lapis prune. Riuhnya rumah kami mlm tu, seronok tengok gelagat Si Zikri dan Syakira mencuba safety helmet Pak Teh. (Sayang pak teh tak ada sebab out station di Paka, T'gganu..semua orang miss pak teh tau !! ) Lepas sembang-sembang semua masuk tidur sbb dah penat travel dan esok kena bangun pagi.

Geramnya tengok si comel Syakira tu (putih mcm air soya bean), nak salam dengan mak teh tapi tak nak dukung, mcm merpati pulak...senang di dekat ditangkap lari. Abangnya Zikri bukan main peramah dan becok mulutnya. Alhamdulillah Dik Na dikurniakan anak yang ramai..so meriah sikit rumah mak teh w/pun untuk seketika.

Lepas kami breakfast ramai-ramai pagi tu, Dik Na and family bertolak ke UM. Sempat bekalkan si comel Syakira dan si keletah Zikri nugget utk dimakan dlm perjalanan. jangan serik tau datang rumah makteh lagi.

Alangkah manisnya nikmat persaudaraan yang Allah berikan pada kita. Muga kami akan istiqamah berkasih-kasihan. Ya-Allah berikan kekuatan dan kelapangan untuk kami sentiasa menjaga jalinan ini . Ameen..

1 comment:

azrulazly said...

Assalamualaikum.

Saya agak Puan Husna itu ustazah saya ketika belajar di Parit dahulu.

Kini, sedang menyambung pelajaran di mesir.

Terima kasih kepada sekalian guru yang banyak berjasa.