Destinasi Kasih 2
Destinasi ke-2 ialah Felda Bukit Aping Barat, Kota Tinggi, Johor. Kerana rindu yang mendalam terhadap kakak ke-5 dalam keluarga, aku meredah hujan lebat dari Kulai ke Kota Tinggi. Saja ambil jalan melalui pekan kota tinggi dan tidak bypass terus ke mawai sbb dah lama sangat tak tengok pekan kota.
Samsiah atau mesra dengan panggilan kak sam atau Aling. Aku pun tak pasti dari mana panggilan tu timbul, tapi hanya aku dalam keluarga seramai 12 orang tu yang panggil aling. Aling ialah ibu tunggal yang gigih membesarkan dan memberi pendidikan pd 4 orang anaknya. Selepas almarhum abang iparku abang Jalal meninggal, aling yang dulunya suri rumah sepenuh masa seolah-olah dikejutkan dari lena yang panjang. Dengan kebolehan membuat kuih, aling bersengkang mata membuat kueh-kueh basah untuk dijual di kedai- kedai kopi dalam felda dan mengambil tempahan untuk sesuap nasi.
Status sebagai ibu tunggal memang perit, bukan sikit tohmahan, hasad dengki dan fitnah yang perlu ditelan, Alhamdulillah aling menguatkan semangat demi kelansungan hidup dan meneruskan pelajaran anak-anak yang ketika itu masih di IPT. Bermula dengan keringat, kepayahan dan airmata, aling kini boleh berbangga dengan kejayaannya - FARISMA BAKERY ENTERPRISE.
Dengan duit simpanan hasil jualan kueh-kueh basah dan pinjaman felda, aling kini memiliki kedainya sendiri. Dengan dibantu anak sulungnya (abang Jai) dan menantu (wati), mereka kini nmampu meneroka pasaran mereka sendiri dan sudah mula memasarkan produk ke sekitar mersing dan kota tinggi.
Aling dibantu anak bongsunya Edi sedang memproses jem nanas yang merupakan bahan asas untuk membuat baulu lapis dan baulu gulung. Sebelum dapat beli mesin memproses nanas tu aling hanya menggunakan mesin pengisar untuk membuat jem 100 biji nanas. Aku tidak mungkin mampu menjadi seperti aling....
Alhamdulillah kini aling tak perlu lagi menggunakan tulang empat kerat untuk memproses bahan. Bermula dari satu kini Farisma Bakery dah ada 3 mixer dan 3 ketuhar.
"Tangan yang menghayun buaian akan menggoncang dunia,.." aling mungkin tidak menggoncang dunia tapi dia berjaya membuktikan bahawa status ibu tunggal bukan halangan atau alasan untuk berjaya. Aling, i'm so proud of you...begitu kental semangat aling melalui semua ujian dan mehnah. Dari seorang suri rumahtangga sepenuh masa yang tidak tahu pergi ke post office utk membayar bil, aling bangkit menjadi usahawan IKS yang berjaya.
Terima kasih jua atas doa aling yang tulus ikhlas di jabbal rahmah untuk adikmu ini. I love you so much, my dearest kakak.
No comments:
Post a Comment