Lewat petang khamis, aku dan mak bertolak pula untuk kunjungan terakhir kami sebelum pulang ke BSP, destinasi kami ialah Felda Layang-layang, Simpang Renggam. Kagum melihat rumah-rumah peneroka felda yang tersergam indah, rumah-rumah papan asal yang didirikan Felda hampir semua telah bertukar menjadi deretan rumah batu. Alhamdulillah, rezeki orang felda.


Sewaktu sedang sibuk unload barang dari kereta, kami menerima tetamu yang tak diduga...surprise !! my hubby yang baru habis buat supervising di UTHM (Parit Raja, Batu Pahat) join kami di rumah abang chot. Lepas dinner malam tu aku dan abang chot sembang panjang tentang banyak benda dari topik umum sampailah topik khusus. jarang adik beradik dapat berbual panjang mcm ni, maklumlah masing-masing disibukkan dengan urusan dunia yang tak berkesudahan. Tertarik dengan cara abang chot memberi pandangan ttg sikap sebahgian orang felda yg berlumba lumba menunjuk hebat semasa kenduri kahwin. Sampaikan untuk khemah pengantin pun mereka sanggup berhabis beribu-ribu sbb tak nak kalah.


btw, lupa nak mention yg abang chot dan kak kam juga terlibat dalam industri kecil iaitu membuat kueh-kueh basah untuk dijual sebagai pendapatan tambahan. Kagum melihat suami isteri gembira bekerjasama di dapur, abang chot tukang uli tepung karipap, kak kam bahgian isi inti dan mengelim. Walaupun mereka tak pernah hadir ceramah Dr MFK, i guess they portray a couple yg mempraktikkan 'lautan api sama direnangi'. Sebelum subuh kak kam dah bangun menggoreng kueh karipap, burger malaysia dan donut.
Lepas sarapan kueh-mueh yang dibuat sendiri, aku dan mak bertolak balik ke BSP dengan seribu kenangan dan kepuasan kerana dapat meneruskan sunnah menyambungkan silaturrahim. Muga bertemu lagi.
No comments:
Post a Comment