Today is a very special day to me, setelah sekian lama memujuk, akhirnya hari ni mak setuju. Walaupun mulanya mak keberatan nak ikut, selepas anaknya berjanji nak pergi 'sekejap' aje barulah mak ambil tudung ....:-)
Selepas pulih dari operation 'femur fracture' september tahun lepas, mak lebih banyak menghabiskan masa dalam rumah. Memang dari dulu pun mak very homely type..jauh berbeza dengan anak bongsunya yang suka berjalan...mak hanya akan tinggalkan rumah jika perlu atau jika ziarah anak-anak atau sedara mara. Itupun mak tak nak tinggal lama, sekejap aje mak dah nak balik.
Hari ni aku dengan penuh rasa bangga jadi chauffeur mak, mula-mula belanja mak makan di pizza, favourite mak tentunya deli chicken wing dan garlic bread with mushroom soup. Pizza mak tak berapa suka. lepas makan aku bawa mak menjamu mata di Nilai Square. tengok-tengok dari kereta je..:-) sebab mak tak larat jalan. Alhamdulillah mother & daughter outing turns out well. Mak pun ceria je muka sampai ke rumah.