Sunday, June 29, 2008

Hidup adalah pertembungan suka dan duka..

Rumah kami sekali lagi menerima tetamu sabtu lepas. Anak saudara kami Lin dan suaminya Ujang tidur semalam sebelum meneruskan permusafiran mereka ke tempat kerja baru di Puchong. Lin dan suaminya adalah pasangan suami isteri muda yang masih bertatih untuk mencari tapak yang kukuh. Walaupun berbagai mehnah dan ranjau telah ditempuhi namun aku mengkagumi semangat juang keduanya.

Lunch tengahari tu mak seronok betul menikmati hidangan mee kari, tak pasti samada mee kari yang aku masak tu memang sedap atau sebab mak seronok makan bertemankan cucu-cucunya, sebab sejak mak tinggal dengan kami nun jauh di Seri Putra ni mak memang merindui cucu-cucunya yang tinggal di Johor.

Untuk Lin dan Ujang, sabar, usaha, doa dan tawakkal. Ingat pesan maksu, biarlah kita tidak kaya material tapi yang lebih penting Iman kita tahu membezakan antara yang benar dan salah.

Pukul 4 ptg, lepas Lin dan suami bertolak ke Puchong, bersiap pulak untuk temujanji dengan student. Hari ini ada undangan majlis ulangtahun pasangan adik-beradik Aiman dan Azim. Mama Azim, Kak Nun memang dah jemput seminggu awal, hantar sms dan call pulak. Azim ni dah bersama al-fatih dari penubuhan al-fatih tiga tahun dulu. Antara pelajar pioneer. Walaupun umurnya baru 6 tahun,tapi masya-Allah pengetahuannya amnya memang mengkagumkan. Kalau dalam kelas tanyalah apa sahaja biasanya Azim ada jawapan..:-)

Masa jumpa kak Nun di majlis ulangtahun Ishraf memang teacher nor special request kak nun masak nasi dagang. Selain favourite aku and hubby, aku pernah makan nasi dagang kak nun masa open day, memang marvellous. So sampai-sampai je menu ptg tu semua masakan pantai timur : nasi dagang, laksam, kuih lompat tikam, ayam goreng, etc.. Makan pulak sambil sembang-sembang dgn Nani and family (kawan lama) , entah berapa banyak kalori yang masuk dalam perut ptg tu. Dalam pukul 5:30 aku dan teacher yan terpaksa minta diri sbb belum solat asar. Kami berlari dalam hujan untuk naik kereta. Walalupun basah tapi alhamdulillah dapat menunaikan hajat orang.

Gambar atas kanan kak nun, bawah kanan En Aliyas (bapa Azim). Yg dua lagi tu gambar Nani dan anak-anak perempuannya, Hafsah (mualimah di Sek Al-Amin)dan Hanin (going to Australi coming August).