Kesibukan kita dengan kerjaya, keluarga dan aktiviti dunia kadangkala tanpa dirancang menyebabkan kita jarang dapat bermesra dengan adik beradik dan saudara mara. Walaupun kini jarak bukan lagi penghalang untuk bertemu tapi selalunya masa pula yang membataskan.
Last saturday, Fairuz fly ke Holland untuk urusan PHD. Fairuz ialah anak sulung kak aqila (my husband's eldest sister). Kak tinggal di Taiping, jadi peluang berjumpa kak sangat terbatas. Since kak dan abang wan akan turun untuk menghantar Fairuz di KLIA so my hubby tak lepas peluang untuk jumpa dengan kak. Kami 'lari' dari majlis bbq dan terus pecut ke KLIA, alhamdulillah sempatlah kami sembang sebelum panggilan untuk boarding kedengaran.
Walaupun pertemuan sekejap cuma, namun cukup mengesankan. Bukankah dari mata turun ke hati, bagaimana hati boleh bertaut kalau tidak bertemu, so to all my friends out there...morale of the story, rancanglah masa untuk berjumpa saudara mara apatah lagi adik beradik. Anggaplah setiap pertemuan adalah pertemuan terakhir, tentu terasa setiap detik bersama mereka seperti tidak mahu berpisah.
No comments:
Post a Comment