Thursday, June 26, 2008

Berita Kelahiran ...

Petang Khamis 26 jun, aku dan suami bergegas ke Hospital Serdang untuk menziarahi cucu saudara suami yang terkini. Anak ke-2 pasangan Fathiyah dan Bad dan cucu ke-7 Kak Aqila. Baby girl yang belum diberi nama dilahirkan pukul 6 pagi 26.06.2008.

Sewaktu kami sampai Fathiyah sedang bersiap-siap untuk dipindahkan ke Wad kelas pertama. Fathiyah yang melahirkan baby secara Ceasarian really needs good rest and privacy. Alhamdulillah ramai saudara mara yang dah ada di sana. kak Izar n suami (Abang Amin) , their eldest son (Azrul). Wan Fariza dan Wan Fazlina (kakak Fathiyah) and tentunya the proud Opah and Wan.

Seronok betul dapat jumpa kak izar, last jumpa bila yea..rasanya masa kami singgah rumah baru kak izar di Tg Malim on the way ke Taiping. My dearest sister in law ni memang very committed to her job. Untung sungguh kerajaan dapat pekerja macam Teacher Ros ni. After sembang-sembang dan melepas rindu kami semua pun bersurailah membawa haluan masing-masing. Alhamdulillah inilah salah satu hikmahnya Allah suruh kita ziarah orang kat hospital, yang jauh kita dekatkan yang dekat kita mesra-mesrakan.

Untuk semua anak-anak di luar sana yang lahir dari rahim ibu, hargailah pengorbanan ayah dan ibu, berebut-rebutlah untuk berbakti dan berbuat kebajikan untuk mereka.

Freddy Aguilar

Anak

Semasa engkau dilahirkan
Kau pun sudah satu impian
Impian nyata kurnia Illahi

Engkau anak istimewa
Kebahagian ibu ayah
Bila menangis dan juga tertawa

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Masa silih berganti
Kau membesar tak dikenali
Cepat sungguh kau pandai bicara

Apa yang telah terjadi
Pada mereka kau derhaka
Mengapa begitu apakah salahnya

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Kini kau telah tersesat
Hilang diri dan pedoman
Tak seorang pun mengambil peduli

Dan kini engkau menangis
Ibu ayah menghampiri
Walau engkau telah terpesong jauh

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia