Dulu sebelum kahwin selalu juga baca artikel-artikel tentang perkahwinan, tip-tips menjadi isteri yang baik, share pengalaman mak, kakak and kakak ipar dan kawan-kawan. Selalunya memang tak miss aku diingatkan tentang peri pentingnya seorang isteri memastikan suami disajikan dengan air tangan isteri...
Sebelum kahwin, adalah juga turun ke dapur walaupun lebih kerap tak...:-) ini disadvantage (read as alasan) jadi adik bongsu dan kalau ramai kakak ipar, bila berkumpul kakak- kakak akan conquer dapur. tapi mujurlah juga mak jenis strict dan 'agak garang'. So tahulah masak sikit-sikit.
Bila dah jadi isteri, secara automik naluri seorang isteri nak sediakan sendiri hidangan untuk suami. So awal-awal dulu habis kakak dan kakak ipar kena sms resepi. Kadang-kadang nak masak pukul 4ptg, pukul 3:45 baru dapat resepi dan perasan bahan tak cukup...:-)
Hari jumaat dan sabtu lepas, rumah kami dikunjungi abang saat dan abang saleh yg datang menziarahi mak. Alhamdulillah, inilah keberkatan bila mak duduk dengan kita. So aku mengambil cabaran menyediakan nasi tomato (one of resepi kegemaran suamiku). So jom tengok camna Chef Nor masak nasi tomato :
Mula-mula puan-puan, kita akan sediakan resepi ayam masak merah. Resepi ni nampak mudah tapi nak mencari keseimbangan rasanya yg masam, manis, pedas, masin tu perlu pengalaman. Alhamdulillah selepas berpuluh percubaan, dapat juga menyiapkan main dishes dengan jayanya..
Next kita masak dalca. make sure dalca tu rendam dulu supaya tak perlu rebus lama. Lagi banyak sayuran dan lagi banyak warna-warni lagi marvellous dalca tu (ikut nada chef wan). Kalau yang health conscious mcm my hubby tukar santan dgn low fat milk. And don't forget tumiskan daun kari sebelum masuk bahan lain. btw, nak share dgn yg tak pernah cuba, makan nasi lemak dengan dalca pun marvellous tau..try lah...
Last sekali kita masak nasi tomato. masak last supaya sentiasa panas masa nak makan. Guna beras basmathi supaya nasi nampak cantik. I like to mix tomato puree dengan fresh tomato yang ranum untuk membangkitkan rasa ori tomato...lepas nasi kering, taburkan kismis (raisin) on top of the nasi dan tutup and don't forget salad sebagai plengkap hidangan.
And...wallah....there goes a very balance diet and sedap dan paling penting dari air tangan seorang isteri, adik dan maksu. Siapa nak mencuba, datanglah rumah kami, insya-Allah ada rezeki korang, kita jamah sama-sama.
Lagipun zaman petrol dan harga barang-barang dan makanan naik mencanak-canak ni kita kenalah kurangkan makan luar dan masak sendiri. Sebagai chef, penting kita pastikan hidangan yang disajikan untuk ahli keluarga tu halal dan tayibban. Mudah-mudahan Ya-Latif (7x) yg dibaca berulang-ulang sambil masak mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan, melunakkan hati yang memakannya supaya taat pd penciptanya.
No comments:
Post a Comment