Sebenarnya kami memang dah lama tak buat outing, last kami get together rasanya december lepas, makan tomyam di BBB sebagai meraikan warga kerja ihtifal. so all of us memang teruja menunggu BBQ kali ni. Kebetulan Principal Iman baru pindah rumah ke semi-D di Putra 96, so apalagi kami 'serbu' lah rumah Principal Iman yang menjadi lokasi BBQ kali ni.
'Rumah baru' teacher Iman dan antara gambar tuan rumah yang sempat 'disnap' dalam kesibukan melayan makanan yg sedap-sedap tu.
Mereka- mereka yang bekerja keras memastikan kelancaran majlis BBQ...
Terima kasih yang tidak terhingga kepada tulang belakang majlis kali ini, chef kak ina yang telah mula membuat persiapan seawal hari khamis lagi. Memang marvellous ayam, kambing, sotong, udang dan ikan yang kak ina marinade. Tak hairanlah anak-anak al-fatih asyik memuji masakan kak ina. Sampaikan yang mak ayah kata tak nak makan kat rumah pun bila terkena penangan masakan kak ina sampai bertambah dua tiga kali, sampai teacher kena stop takut mudharat pulak..
Alhamdulillah, thank you Allah, dalam cuaca yang cukup baik dan angin sepoi-sepoi bahasa, bbq malam itu berjalan dalam suasana ceria dan ukhuwwah yang sangat tinggi. Thank you, saleh yang menyinsing lengan menghidupkan api, Yan yang menyelongkar peti ais teacher iman untuk merealisasikan hajat kak nor nak makan cicah kuah asam. Aisyah dan Jue yang mnyediakan resepi cicah budu. Aida yang menyediakan jagung rebus bakar untuk dessert. Nurul memang kita bagi chance malam tu rehat dan makan je, nanti bila baby dia dah keluar kita mintak dia sediakan sos black pepper pulak...
Selain staff al-fatih dan family, bbq malam itu turut diserikan dengan kehadiran BOD member (Ir Ahmad Fuaad dan Puan Sarah) dan tetamu istimewa dari negeri di bawah bayu (selamat datang mummy dan kakak teacher iman yang baru sampai dari Sabah) dan Nana juga...selamat datang ke majlis kami...:-)

Masya-Allah siapa yang tidak teruja melihat makanan yang dihidangkan, terlupa sekejap pasal kalori..
Malam tu selain perut kenyang, yang penting matlamat untuk saling berukhuwwah tercapai. Bukan mudah nak cari masa untuk bersama-sama di luar waktu kerja. Get together yang santai tapi very beneficial. Semuga ia menguatkan tautan hati antara kita dan lastly pantun dari kak nor untuk semua yang terlbat;
Kalau pergi ke Inderagiri
Belikan saya sekilo ragi
Terima kasih daun keladi
Insya-Allah ada kesempatan kita buat BBQ lagi.
Belikan saya sekilo ragi
Terima kasih daun keladi
Insya-Allah ada kesempatan kita buat BBQ lagi.
No comments:
Post a Comment