Sabtu 21 jun yang lalu memang sabtu yang berkualiti, aktiviti ku bermula seawal jam 7 pagi dan hanya berakhir ketika jam di tangan menunjukkan hampir 12 malam. Undangan untuk menghadiri majlis ulangtahun Ishraf memang dah masuk dalam things to do list awal-awal lagi.
Ishraf is one of al-fatih student, this cute little guy has been with us since last year when he was in K1 class. Starting early this year Ishraf joined our Day care. Anak-anak Day Care al-fatih memang very close to us, mana taknya kalau dah duduk dengan kami dari pukul 7 pagi sampai 6 ptg. Kami rasanya dah kenal setiap seorang macam anak/adik sendiri. Kalau kami marah dan tegur pun dah macam tegur anak/adik sendiri.
So saat menerima kartu undangan memang dalam hati dah iltizam, wajib hadir. Bila dah jadi kindy teacher ni kenalah lebih sensitif dgn jiwa anak-anak. We know how much it means to the children to have their teacher to come to their birthday. So ptg sabtu lepas asar, me, teacher yan, teacher aida and teacher nurul pun pergilah ke rumah Ishraf yang jaraknya sepelaung dari tadika. Meriah nya majlis dgn kehadiran tetamu kecil Ishraf dan jiran-jiran. Ummu Ishraf yang menyediakan semua juadah berpeluh-peluh melayan tetamu.
Alhamdulilah lepas menjamah hidangan 'western' yg disediakan, kami pamitan dan minta diri sebab perjuangan kami belum selesai, banyak lagi agenda yang menanti. Anyway, dear Ishraf, happy birthday. Insya-Allah teacher mendoakan Ishraf jadi anak yang solih lagi moslih.
No comments:
Post a Comment