Sunday, June 8, 2008

Food Fom The Heart...

Cepatnya masa berlalu, hari ni dah hari ahad..oppss maksudnya dah habis ke cuti sekolah dua minggu ? My hubby pergi outsation di Gong Badak, T'gganu, tinggal mak dan ajun je kat rumah. Pagi kami breakfast milo dgn biskut tawar je. So kena masak cepat sebab biskut 2-3 keping sure tak boleh sustain sampai pukul 1. So lepas basuh dan sidai baju, pergilah jengah apa yg ada dalam peti ais dan mulalah mereka-reka menu yang akan dihidangkan untuk lunch nanti.

Dua tiga hari ni mak tak berapa lalu makan, so hari ni nak masak lauk kegemaran mak. Mak memang suka makan sayur bening. Ada ke orang Malaysia yang tahu apa tu sayur bening ? Di tempat lain mungkin dikenali sebagai masak air. I guess perkataan "bening" tu berasal dari perkataan Jawa, "bening" tu macam pagi yang bening, sebening sinar wajah yang membawa maksud bersih/cerah/jernih.

So sayur bening ni maksudnya sayur yang dimasak dengan bahan yang sangat minimum dan mesti berwarna jernih. Sayur bening yang ori tidak ditumis. Tumbuk bawang merah dgn ikan bilis dan rebus dengan air hingga mendidih, kemudian masukkan sayur. Ada banyak sayur yang sesuai dibuat sayur bening (e.g bayam, kobis, sawi, labu air, timun, pucuk paku, etc...). Bagi mereka yang mengamalkan crash diet sayur bening adalah pilihan yang paling sesuai....

Sayur bening goes well dengan sambal belacan, ikan goreng/ikan masin dan ulam-ulaman.


So there goes menu kami tengahari tadi, nasi putih, sayur bening, sambal belacan, ikan kembung goreng dan ulam-ulaman. Seronok tengok mak dengan ajun makan bertambah. Alhamdulillah, walaupun sangat senang menyediakannya tapi kombinasi yang amat membangkitkan selera. kalau ada sesiapa yang dah jemu makan kari atau gulai apa kata cuba sayur bening pulak. Kalau nak tambah nilai, boleh masukkan bebola ikan atau udang untuk menaikkan lagi rasa. InsyAllah marvellous!


So that's it, enough of makan-makan, takut nanti kengkawan ingatkan nor dah buat blog resepi pulak...hehe.

2 comments:

rohahassan said...

Salam

Kak Nor..sedap nampaknya makanan tu semua.

Jzkk sebab selalu sokong Roha. Buku tu ada Roha simpan. Ehem..ehem dah ada buku baru tau. Singgahlah blog Roha ye.

Nor Wati Binti Suleiman said...

Salam, kak selalu singgah blog roha, cuma kadang-kadang tak tinggal message. MUBARAK..buku baru, ni yang kak wati rasa macam nak menulis balik ni, bukan nak challenge roha...saja nak lepaskan gian ! hehehe, bila nak jumpa roha ambik buku tu ek ?