Wednesday, July 2, 2008

Al-Fatih Kids X-Plore Race

Friday ialah hari yang ditunggu-tunggu oleh semua Al-Fatih kids sebab hari tu NO classroom rules applies. Hari untuk special subject; Kids cooking, Kids Special Projct, etc. Friday 27th June lepas kami buat Mini X-Plore Race.

Seawal pukul 8, taklimat oleh Principal dan diikuti penyerahan 'AMANAH' . Setiap kumpulan dibekalkan dengan sebiiji telur, belon yg diikat ke tangan ahli yg paling muda dan sebotol air/minyak seberat 5 liter/5kg. Semua ahli kumpulan harus memastikan setiap amanah dijaga dgn baik dan dikembalikan kepada Principal.

Selepas taklimat peserta diberikan clue untuk ke Check Point(CP) seterusnya. Di setiap CP, kumpulan akan dberi assignment dan jika berjaya melepasi assignment tersebut maka clue ke CP seterusnya akan diberikan.

Taklimat dan penyerahan amanah

Memang gamat bila anak-anak berumur 4-6 tahun yang ber xplore-race. Ketika ini teacher dapat menilai leadership, competitiveness, syura dan teamwork antara setiap ahli kumpulan.

CP1 menyaksikan anak-anak berusaha membuat binaan manusia untuk mengambil barang di tempat tinggi. Biasanya CP ini senang dilepasi kerana fitrah anak-anak 4-6 tahun memang berani, lasak dan suka mencuba.

CP1 - Physical test

CP2 akan menyebabkan anak-anak perempuan teragak-agak mencuba. walaupun baru 4-6 tahun masing-masing dah conscious dgn feminism, takut tak comel bila dah comot bertayamum dgn tepung, so kenalah tolak gentleman ke depan...:-)

CP2 - tayammum

CP3 ramai yang tersangkut lama dan kena denda tunggu 5 minit. Ini CP paling challenging. Teacher nor bawa dua container berisi ulat dan cacing tanah. Clue disembunyikan di bawah ulat dan cacing. So kena cari wakil kumpulan untuk ambil kertas clue. Bukan girls je yang geli geleman rupanya boys pun ramai yang menggeleng kepala. Tapi yang berani dan daring, saja je ambik cacing dan ulat, siap takutkan kawan lagi..hmm children will always be children...tulah yg seronoknya kerja dgn anak-anak..

CP3 - Overcoming your fear

CP4 ni saja je teacher nurul nak 'seksa' anak-anak mcm cerita musang berjanggut pulak. Anak-anak kena sort 3 jenis bijirin yg telah dicampur dalam dulang besar. Sebenarnya ni ujian fine motor skill. So rewanglah ahli kumpulan nak memisahkan beras daripada kacang hijau dan kacang merah.

CP5 anak-anak memang pakar. Jigsaw Puzzles sekejap aje diselesaikan. So off they go to he next CP

CP6 menguji teamwork dan daya kefahaman . Dan inipun anak-anak tak ambil masa lama nak selesaikan

CP4 - Fine motor skill (sorting beans), CP5 - (solving jigsaw puzzles) and
CP6 - Rearranging Huruf Jawi and Hija'iyah

Yang lebih menggamatkan bila kumpulan hilang ahli atau amanah yang diberi. Bertempiaran lah mereka mencari dan kadang-kadang teruk juga ahli yang kecil kena marah sebab selalunya yang baru 4 years ni belum berapa faham arahan. memang sengaja kami buat begitu untuk memberi mereka pengajaran supaya bersabar dgn ahli yg lemah.

In the end, alhamdulillah semua kumpulan berjaya sampai ke CP terakhir walaupun 5 dari 7 telur yang diberi dah tinggal separuh dimakan sepanjang perjalanan..dan belon yang masih bulat tinggal 2 ke 3..:-)) Satu kumpulan lagi ends up bertegang leher sbb tak tahu kat mana minyak 5kg yg patutnya dipulangkan hilang tak tahu kat mana ? bayangkan minyak 5 kg hilang...:-)) usahkan bebudak, kita yang dah tak muda ni pun banyak masa terlepas pandang akan AMANAH yg Allah beri pada kita....

No comments: