Antaranya ialah yang berkaitan dengan BUDI. Mak selalu juga pesan, Berbudi pada tanah, tentu tak rugi, and mak really practise it. Dulu masa mak masih gagah memang pantang mak tengok tanah terbiar tak berhasil, mak akan tanam sayur, pisang, ubi, keledek, keladi dan bermacam lagi tanaman kontan. Sehingga kini, Alhamdulillah dengan izin Allah anak cucu dapat makan durian, rambutan, manggis, dukong sebab hasil mak dan almarhum ayah yang berbudi pada tanah...
Kini bila sampai pada generasi yang kemudian, peribahasa hanya tinggal peribahasa..namun aku cuba juga practise w/pun dalam kadar paling minimum. Di awal-awal perkahwinan memang stress pd suami nak rumah yang ada tanah w/pun kecil. So thanks to my dearest hubby, tinggalkan sejalur tanah untuk isterinya berkebun. Di jalur tanah selebar 3 x 20 kaki itulah aku dapat juga berbudi pada tanah. walaupun tak dapat tanam durian, bolehlah tanam serai dan pokok-pokok bunga. Kehijauan taman mini itu jugalah yang sering menjadi SUMBER ILHAM suami mencuba sentuhan fotografinya.
Ingat senang ke nak jadi photographer, tengoklah my hubby punya posing.....Yg dalam bingkai tu kami present kat mak masa dia kat hospital femur fracture last year - bunga-bunga dari taman kami....
Satu lagi peribahasa yang berkaitan dengan BUDI ialah Orang Berbudi Kita Berbahasa. Kadang-kadang dalam kita sibuk menghargai budi orang lain kita terlepas pandang BUDI suami sendiri. Aku selalu merasa amat terhutang budi pada suami, begitu banyak PENGORBANAN nya untuk memberikan apa yang aku ada sekarang. Merasa terpanggil untuk berbahasa, bila suami sebut je .."makan sphageti best juga.." ptg khamis tu, terus untuk dinner malam jumaat tu menu yg keluar ialah Sphagetti Bolognese. Maybe tak sehebat masakan Italian Chef, tapi hidangan yang datang dari hati akan ke hati jua berlabuhnya....insya-Allah