Saturday, July 19, 2008

Debat ,semangkuk yong tau foo dan jamak qasar...

Selepas 4 hari berlansungnya debat isu kenaikan harga minyak Anwar -Shabery, aku masih mencari-cari rasional, resolusi dan kesannya ke atas kehidupan warga Malaysia. Menilai dari perspektif seorang rakyat biasa yang sedang merasai kesan lansung kenaikan mendadak harga minyak, menyaksikan Shabery sibuk menyerang peribadi Anwar cukup membosankan.

Di saat majoriti rakyat Malaysia sedang 'tertekan' 'kepanasan' dan 'kegelisahan' menghadapi suasana ekonomi ketika ini, menyaksikan Anwar berdebat mempertahankan nasib rakyat seolah-olah memberi sedikit harapan baru.

Anyway, aku tidak berniat untuk membincangkan isu ini dalam konteks negara atau masyarakat global, tapi lebih melihat kesannya kepada ekonomi domestik. Yang pasti sekarang ni aku jadi 'takut' untuk ke stesen minyak, 'takut' untuk ke pasaraya dan yang stress tu 'takut' untuk ke kedai makan. last two weeks aku dan suami ke Cosway, Alamanda, Putrajaya. Bukan saja-saja pun, perlu pergi untuk membeli stock supplement yang dah lama habis. Bila harga barang berlumba-lumba naik, kena tukar ke produk yang boleh offer quality at a lower price. Cosway pun bijak ambil kesempatan, saja je letak produk fuel enhancer kat rak paling depan..:-)

Sampai Alamanda dah maghrib so nak tak nak kenalah dinner sekali. Terkezzuut...harga semangkuk yong tau foo RM 12.10. Rasanya baru je bulan lepas pergi dan makan benda yang sama cuma dalam RM 8++. Terus bila suami tanya nak minum apa, jawab tak payah minumlah ..budget dinner dah habis. Terbayang kalau yang bawa keluarga ramai makan di sini, berapa agaknya yang mereka kena spend ?

Bila sembang-sembang dengan Ajun yang kerja di Putrajaya, dia pun akui takut nak ke Alamanda. Nasib baik anak sedaraku yang bujang ni pandai kawal ekonomi, maklumlah baru kerja, nak kena simpan duit nak kahwin. Lunch, Ajun biasanya 'tumpang' makan kat Pejabat yang anjur seminar atau kursus. Malam kalau dia tak lapar sangat dia puasa je...:-)

Anak sedara yang di KUiS dulu pernah buat lawak "maksu, Ann ni makan biasanya Jamak je...". Aku tanya balik"Jamak ?" Terkedu dengarjawapan Ann : "Kadang-kadang Jamak Takdim..makan lunch je, dinner tak payah, kadang-kadang Jamak Takhir..makan dinner je, lunch tak payah..." Hmmm...kesian anak sedaraku, betul kata Prof. diraja Ungku Aziz camnalah anak melayu nak pandai, tak cukup nutrient..tu belum cerita yang makan Jamak Qasar lagi...??

No comments: