Sunday, July 6, 2008

Apabila Cicit Mak bertamu....

Friday night aku dapat sms dari seseorang..."Toksu, Intan ni, toksu ada kat rumah tak?, Intan kat PD ni, Intan nak datang rumah toksu esok..boleh ?". Bagai pucuk dicita ulam mendatang, terus je reply "Ok, no problem, datanglah."

Intan Farhana baru je habis belajar di UKM. W/pun kampus UKM tu jaraknya hanya sepelaung dari rumah kami di BSP, tapi sebab tak diizinkan Allah maka tak berjumpalah kami, dan hanya dapat bertukar no fon masa jumpa di rumah kak sarah may lepas.

Ptg sabtu tu lepas membeli belah di pasar malam aku ambik Intan di RnR BSP. Intan yg datang dgn viva hijaunya disambut penuh ceria oleh tok yotnya. Mak memang happy semacam every time ada anak, cucu datang. So bila cicit yg datang lagilah mak seronok bukan kepalang. Malam tu kami pun bukalah cerita kampung sbb sementara tunggu konvo august, Intan tinggal dgn maknya di Ayer Hitam. Intan beritahu durian kat kampung dah gugur, dah nak habis pun...hmm baru berangan nak balik jengah durian minggu depan.

Untuk meraikan saat-saat istimewa kenalah Chef Nor masak special juga kan ? Sbb yg datang orang Johor kita masak style Johorlah nampaknya. Semalam ada beli Ikan Jemujuk kat pasar malam, kita buat asam pedas jelah. Mak hari tu ada sebut-sebut nak makan sayur peria, so set lah resepi hari ni asam pedas jemujuk dengan sayur peria.

Nak masak peria ni ada tactic baru tak pahit. Petua orang tua-tua ni kalau kita ikut memang tak rugi, maklumlah bukankah mereka tu lebih dulu makan garam.... Lepas hiris-hiris peria tu taburkan garam, biarkan kejap dan lepas tu ramas-ramas untuk membuang pahit peria. Selepas dibasuh, bolehlah dimasak mengikut suka. Kalau nak taruh aksesori tambahlah udang dan telur. Masak pun tak boleh lama-lama, hah yang ni bukan petua tapi sebab tak nak nutrien dalam sayur tu hilang...

Lepas Zuhur tadi Intan bertolak dari rumah kami untuk menghadiri majlis pertunangan sahabat se UKMnya di kajang. Lepas tu Intan akan balik ke Ayer Hitam, semuga Allah selamatkan permusafiran cucu ku . Ameen.