Waktu balik kerja petang tadi, cuaca tersangat panas, teringin pulak nak makan soto, tapi nak rebus nasi impit takut tak sempat keras, so tukar jadi mee hoon soto jelah. Soto kalau tak ada bergedil macam lagu tanpa irama, jadi sementara menunggu ayam yang dikeluarkan dari freezzer lembut untuk menyiapkan kuah. Kita siapkan bergedil ayam dulu.
Tapi hari ni entah kenapa sambil menggentel bergedil, hati terasa sayu dan hiba, terasa bergenang air mata ini. Bergedil dan kuah soto ini mengundang kenangan ku pada sahabatku almarhumah kak Niza. Aku mula mengenali Kak Niza sewaktu bekerja di Taiko Electronics Senai. Kenangan bersama kak Niza sehingga kini masih kukuh di kotak fikiranku. Kak Niza begitu istimewa, walaupun sewaktu mengenalinya aku tahu dia mengidap breast cancer, tidak pernah kak niza mengeluh atau menunjukkan kekecewaan.
Kak Niza selalu ceria apatah lagi bila berada bersama-sama kami. Maklumlah waktu tu geng berlima (aku, Datin, Shidah, Abi dan Imah) bujang lagi, happy go lucky..every month dapat gaji kami pi raikan dengan makan besar kat restoran seafood yg berlambak kat Johor. Naik bas tu..maklumlah gaji masa tu RM400 je,mana mampu pakai keta..Kak Niza yang dah bersuami waktu tu pun kadang-kadang ikut juga kepala gila-gila kami. Kalau orang lain makan kat kantin kami selalunya buat pot luck dan makan di bawah pokok ke, tepi longkang ke, dalam locker ke, kat mana jelah yg kami rasa best. Kami kenal semua family kak Niza dan pernah lepak-lepak di rumah mak ayah kak niza di Endau, Mersing.
Kak Niza being the only member yang dah kahwin selalulah jadi mangsa kena masak, kak niza ni pakar masak soto, soto dia memang 1st class. Sampaikan waktu Family Day Taiko kami semua buka gerai jual soto. Seronoknya sebab kedai kami memang laris..Tapi penatnya..Allah saja yang tahu. Kak Niza yg memang tak boleh kerja keras sekejap menangis sekejap ketawa sebab kepenatan. Itulah kenangan yg paling indah dan sampai sekarang kalau geng berlima ni jumpa, sampai keluar air mata menangis mengenangkan kisah lucu kami jual soto.
Doctor memang advice kak niza not to have baby sebab the risk of the cancer spreading if she got pregnant is too high. Maha Suci Allah yg menentukan segalanya, kak niza mengandung and she insist to keep the baby w/pun tahu risikonya. Alhamdulillah sepanjang mengandung kak niza okay sehingga selamat melahirkan bayi perempuan~ Hidayah. after Hidayah was born, kesihatan kak Niza menurun.. the cancer has spread to her lung and spine.
Takdir menentukan ekonomi yang kurang baik dalam tahun 90 an, kilang pun mula mengurangkan tenaga pekerja, aku pun berhijrah mencari tapak baru..so geng berlima pun 'bubarlah' masing-masing berpecah demi mencari sesuap nasi. So kuranglah berjumpa kak niza tapi sesekali masih bertanya khabar.
Hinggalah satu hari kami terima berita kak Niza koma dan ada di kampung di Mersing. Dengar je berita tu kami terus pergi ke Endau, mujur masa tu salah sorang dari kami dah ada driving licence. Subhana-Allah, laju air mata kami mengalir melihat kak niza terbujur kaku. Dia bukan lagi kak niza yg kami kenal yang sentiasa menyembunyikan kesakitannya, yang selalu membuat kami bahgia, yang selalu mendahulukan orang lain dalam setiap urusannya, yang tidak pernah marah walaupun dianiayai orang yang tak senang hati padanya.
Kami bergilir-gilir membaca Yasin dan menenangkan Ibu dan ayah Kak Niza. Walaupun matanya terpejam dan dia tidak memberikan respon bila disentuh , we know kak niza can hear us, we can see tears from the corner of her eyes. Maghrib tu kami melangkah longlai meninggalkan kak niza dengan berat hati sebab terpaksa juga balik meneruskan urusan masing-masing.
Kami sampai ke rumah dah malam, tak lama kemudian kami menerima panggilan telefon dari mak kak niza yang kak niza dah pergi meninggalkan kami semua. Inallilah hi wa Inna ilaihi Rojiun..Sesungguhnya dari Allah kami datang dan kepadaMu jua kami kembali Ya Rabb...terimalah ruh sahabatku ini Ya Allah, kau mudahkanlah hisabnya Ya Allah kerana dia seorang insan yang baik ya Allah, tidak pernah aku merasa terganggu dengan kehadirannya. Subuh esoknya kami pergi semula ke Endau, Mersing. Terasa seperti ingin terbang, namun Allah menentukan, waktu kami sampai, jenazah dah siap di mandi dan dikapankan. Kami hanya dapat menemani perjalanan terakhirnya ke tempat persemadian abadi.
Waktu talkin dibacakan, walaupun hati seperti dirobek kesedihan apatah lagi melihat wajah Hidayah yang riang bermain bersama sepupu-sepupunya, terasa air mata ini seakan sudah kering. Dan yg lebih penting kami tak mahu kak niza melihat kesedihan kami, we want her to remember us the way she want to be remembered...courages, ceria dan nikmati hidup ini seadanya.
Sehingga coretan ini ku tulis, airmata ku masih laju menuruni pipi. Semuag Allah mencucuri rahmat ke atas almarhumah. Masih terngiang di telinga ini waktu ada staff Taiko yg jahat mulut mempertikaikan keputusannya nak teruskan kandungan w/pun tahu akan memudaratkan kesihatannya, Kak Niza told me : "Nor, given a chance, kak Niza will do this again..(have baby). Kini setiap kali kami masak atau makan soto, tentu kenangan ini akan sentiasa menjelma. Seorang yang istimewa yang akan sentiasa dikenang dalam hati kami.
1 comment:
Al fatihan buat aruah kak neez.
Saya selalu berdoa agar kita terus bersama walaupun jarang bersua. Rindu nya nak duduk macam dulu2 ek, makan ramai-ramai kat Batu Lima. Tapi sekarang dah jd Pekan Rabu. Malam2 balik naik bas. Saya selalu rasa save sbb awak masih dalam bas bila saya turun di Senai. Hehehe
Post a Comment