Friday, July 25, 2008

Al-Fatih Kids Perangi Aedes...

As part of the dengue fever awareness campaign, hari ini Al-Fatih kids terlibat dengan gotong royong membersihkan tadika. Seawal jam 8:30 pagi, selepas taklimat dan jogging untuk warm up, anak-anak dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Anak-anak Al-fatih memang special, they were just amazing, everybody has been very cooperative and most importantly the kids are enjoying the activities very much..

So let's see the kids in action :

Team cuci porch@assembly hall ni kami bagi kat anak-anak lelaki umur 4-5 years. Dengan berbekalkan kain buruk, mop, penyapu dan berus lantai.. masing-masing menyinsing seluar dan lengan membersihkan shoes cubby dan memberus lantai, tak nampak pun tanda-tanda penat, sebaliknya mereka berseronok main dengan air.

Anak-anak lelaki 6 tahun yang datang bawa sarung tangan mostly kita bagi task potong lalang dan mencabut rumput rampai di sekitar tadika. Walaupun cuma pakai gunting kecil yang selamat untuk anak-anak, habis bersih lalang ditebasnya. Sampaikan taman herba kak ina di belakang dapur pun nyaris kena tebas...:-)

Cuci jangan tak cuci...selalunya anak-anak guna je slide dan permainan yang ada , kali ni semua kena lap dan cuci sampai berkilat. Bukan senang nak tengok anak-anak lelaki pegang kain buruk ni...:-)

Team cuci longkang memang tabik spring..kagum melihat anak-anak lelaki pakar guna cangkul. Team ni selalu buat gamat sebab every time jumpa cacing atau ulat, masing-masing berhenti buat kerja sebab nak tengok cacing tanah dan ulat. Gotong royong jadi science experiment pulak. Team girls pulak at the same time menyinsing lengan membersihkan bahagian dalam tadika. Memang bersih, meja-meja pun berkilat digilapnya. Thanks girls..next time kita bagi girls kat luar pulak insya-allah, teacher tahu ramai yg jealous sebab somebody whisper to me "teacher kenapa girls tak boleh buat kat luar...kat luar seronok"

Walaupun boys yang akan membersihkan kawasan luar semua dah dipesan supaya bawa topi, Alhamdulillah, cuaca sangat baik hari ni...redup sahaja, gotong royong dihentikan sewaktu jam menunjukkan 9:45 pagi. The kids were so excited sampai tak nak berhenti, tapi masa tu hujan turun renyai-renyai so kena tunda ke masa lain.

So I consider the operation a success. After solat dhuha berjamaah I told my anak-anak al-Fatih.."Thank you very much children...please send my salam to your parents, all of you have been very wonderful, Allah sahaja yang akan membalas usaha anak-anak hari ini. "

No comments: