Anak-anak Al-Fatih mula diperkenalkan kepada solat seawal umur mereka 4-6 tahun lagi. Fitrah anak-anak pada peringkat umur begini macam spongue, they will absorb almost everything yang adults ajar, tunjuk dan pamerkan. Penekanan yang diberikan ialah menjawab 5W and 1 H (Why, What, When, Who, Where and How). Bukan sahaja mereka diajarkan solat tetapi mereka juga digalakkan solat berjamaah.
Kami gunakan peluang sewaktu trip/visit, untuk mendedahkan anak-anak tentang tayamum, Solat Jamak dan Qasar yang merupakan "HADIAH" dari Allah kepada seluruh umat Islam.
Alangkah sejuknya hati seorang ibu dan ayah melihat anak-anak solat dan mengangkat tangan membacakan doa 'Ya Allah, kasihanilah dan sayangilah kedua Ibu bapa kami Ya Allah..sebagaimana mereka telah menyayangi kami sejak kami masih kecil..."
Khusus untuk diriku, semua pendidik and to all the parents out there, anak-anak adalah amanah yang akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah kelak. Jangan jemu mengajarkan anak-anakmu solat, ajar dan bimbinglah dengan kasih sayang dan contoh tauladan. Muga mereka nanti menjadi pewaris agama, insya-Allah.
No comments:
Post a Comment