Abang Man ialah suami kepada almarhumah Kak Saliha. Abang Man datang untuk menghantar anak bungsunya Dik Pah untuk mendaftar sem 2 di UiTM Shah Alam. Sampai je di rumah kami, selepas bersalaman semuanya berlari mencari bantal. Tinggalah aku, bang man, kak mis, mak dan Hamedi bersembang, maklumlah dah lama tak jumpa. After 15 minutes, semuanya dah mula minta diri, tak sempat tuan rumah nak buatkan air.

Pukul 8:15, walaupun dengan berat hati aku terpaksa tinggalkan tetamu sebab Jumaat aku on duty kat tadika. Tinggallah suami dan mak melayan Abang Man dan keluarganya. Itupun mereka tak lama, pukul 9++ mereka dah bertolak ke Shah Alam untuk menghantar Dik Pah.
Alhamdulillah sampai juga Bang Man ke rumah kami, sbb Bang Man ni tak berapa suka jalan atau tidur rumah orang, so kesudian Bang Man tidur rumah kami w/pun beberapa jam adalah rahmat untuk kami.