"Wahai manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu dari diri yang satu, lalu dijadikan daripadanya pasangan (suami isteri) lalu diperkembang-biakkan daripda keduanya lelaki dan wanita yang banyak (QS An-Nisa':1)
Ikan dilaut asam di darat, dalam belanga bertemu jua. Tahniah dan Selamat Pengantin Baru untuk anak saudaraku Zul dan isteri tercinta Eja yang telah diraikan dalam majlis yang penuh kemeriahan di rumah ayahandanya di Taman Manis, Kulai, Johor pada 12hb Julai 2008.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran keluarga Eja yang datang dari Rawang, Selangor. Selamat bertamu ke Johor Dato' Adnan dan isteri. Semuga ikatan yang terbina atas asas yang mulia ini akan melebarkan ukhuwwah dan silaturrahim antara dua keluarga. Untuk Zul dan Eja, paksu dan maksu mendoakan kebahgiaan dunia dan akhirat untuk kalian berdua dan zuriat yang akan lahir Insya-Allah. Carilah keberkatan illahi kerana hanya keberkatan yang akan menjamin kebahgiaan. Ameen Ya Rab'l Alamen.
No comments:
Post a Comment