Friday, July 31, 2009

Let's Make Pizza

Semasa sessi penerangan Kempen Boycott Produk Israel, ada anak anak yang tanya, "tak boleh makan pizza ke ? Teacher pun jawab dengan yakin; "Bukan tak boleh, cuma tak boleh makan Pizza Hut atau any pizza yang duitnya disalurkan kepada Israel"

Untuk meleraikan kemusykilan anak anak atau sesiapa pun di luar sana yang risau kehilangan nikmat makan pizza, minggu ni Al Fatih mengajak anak-anak bersama buat pizza. So lepas ni insya-Allah tak adalah alasan lagi kalau tak makan pizza Hut nak makan apa? senang aje buat pizza tengok anak anak Al Fatih pun boleh buat:
Errrr....harap abaikan yang ni, teacher kata lepas uli doh, rehatkan DOH selama 10 minit bukan anak anak yang rehat...:-))

Gunakan rolling pin untuk membentuk pizza base, ikutlah kegemaran anak anak nak shape macamanapun ...
Begitu seriusnya anak anak memerah daya kreativiti masing masing untuk menghasilkan the best topping..
Ready for baking...notice tak keju mozarella yang dengan mewahnya ditaburkan anak-anak di atas pizza tu...




dah ready ke nak tengok hasilnya...JOM!!



Siapa kata buat pizza susah ? Dah boleh makan pun....Jemput makan pizza semua...!!

Wednesday, July 29, 2009

Lauk Ibu dan Anak...

Posting ni khas untuk datin yang tanya nor makan lauk apa hari ni...awak tanya silap hari lah tin, hari ni hari malas sesangattt masak.....start masuk dapur kul 6:50, pukul 7:10 dah siap. Namun utk tidak menghampakan permintaan teman yang ku sayangi ini ku tayang jua...

Appetizer - Buah naga ~sekarang tengah suka sangat makan buah naga, kalau makan tiap tiap hari pun takpe.

Main dish 1 (untuk si ibu) - kari telur

Main dish 2 (untuk sang anak) - ikan bilis dengan kicap

Klinik Bolasepak Al Fatih

Dalam dunia pendidikan mutakhir ini banyak perbahasan akademik berkisar isu (termasuk pendidikan awal kanak-kanak) yang dikatakan men'zalimi' anak anak lelaki. Ada pendapat yang menyuarakan bahawa sistem pendidikan yang sedia ada tidak 'address' keperluan dan fitrah anak lelaki itu sendiri. Mengambil serius kajian ini, pada Jumaat 24hb Julai yang lepas, kami menganjurkan klinik bolasepak dan futsal untuk anak-anak lelaki Al-Fatih.

Memandangkan kesemua tenaga pengajar Al- Fatih adalah wanita, jadi kami telah mengimpot 'coach' profesional dari KUIS untuk melatih anak-anak cara cara yang betul menendang bola.

Melihat anak-anak begitu tekun dan berdisiplin mendengar tunjuk ajar 'coach' lelaki berbanding kebiasaaan mereka bersama kami, aku teringat kuliah tafsir ustaz Zahazan yg sering mengingatkan pentingnya peranan AYAH dalam pendidikan anak-anak. Beliau sering menegaskan Al Quran sendiri membawakan begitu banyak kisah ayah dan anak (e.g Lukman, Nabi Ibrahim dan Ismail).

Berdasarkan pengalaman kami yang amat sedikit inipun kami ingin berkongsi bahawa memang berbeza anak anak yg sering mendapat sentuhan ayah. khusus kepada ayah-ayah di luar sana, galaslah amanah ini sebaiknya, semuga Allah memberikan kekuatan untuk menjalankan tanggungjawab yang amat berat ini.

Selesai wessi warm up, satu pertandingan 'kalah mati' antara colour telah diadakan. kerana terlalu seronok jadi 'cheer leader' di tepi padang untuk kumpulan masing-masing, kami pun tak perasan siapa yang menang sebenarnya. Tapi yang pasti anak anak memang enjoy dan hopefully klinik yang dianjurkan mampu menyalurkan fitrah mereka yang gemarkan cabaran dan aksi lasak. Jom tengok gambar anak anak main bola.




Sunday, July 26, 2009

Melontar Jamrah di Mina (2)...Masjid Baiah Aqabah..

Ingin berkongsi antara coretan sirah yang berlaku di Mina. Perjumpaan antara Rasulullah dengan orang orang Madinah berlaku pada 3 kali haji (3 tahun). Pada haji tahun ke-3, rombongan yang terdiri dari 73 orang lelaki dan 2 orang perempuan dari Madinah telah berjumpa dengan Nabi Muhammad secara senyap-senyap di waktu malam di sebuah tempat yang dinamakan Masjid Baiah Aqabah.

Masjid Baiah Aqabah (pemandangan luar)


Masjid Baiah Aqabah (pemandangan dalam)

Antara yg dibincangkan dalam perjanjian Aqabah ialah, untuk berhijrah ke Madinah Rasulullah meletakkan syarat : Orang Madinah bersedia untuk melindungi Rasulullah seperti mereka menjaga anak dan isteri mereka.

Syarat ini membawa indikasi bahawa Rasulullah meletakkan kepentingan akan perlunya sebuah kementerian pertahanan yang ampuh. Kerana implikasi dari penghijrahan ini ialah penentangan terbuka terhadap kaum Quraisy Mekah yg selama ini tidak pernah ditentang oleh mana mana puak sebelum ini.

Menyedari besarnya risiko yg perlu ditanggung, orang-orang Madinah bertanya kepada Rasulullah apakah ganjarannya jika mereka bersetuju dengan perjanjian Aqabah, jawab Rasulullah : Jannah ganjarannya.

Mendengar jawapan Rasulullah, pada masa itu juga orang-orang Madinah menyatakan persetujuan mereka. Allahuakbar! hebatnya iman orang orang Ansar generasi awwalun ini.

Ketika pertemuan ini hendak bersurai, Iblis telah bertempik di Mina bahawa Muhammad telah membuat perjanjian dengan orang Madinah di Mina. Natijah dari perjanjian ini Nabi telah mengarahkan sahabat2 untuk berhijrah ke Madinah sehingga akhirnya Baginda sendiri bersama shabat tercinta Abu Bakar berhijrah.

Bagaimana mungkin hati orang yang beriman tidak bergetar apabila berada di bumi berlakunya peristiwa besar dalam sejarah Islam. Selepas mendengar kuliah sirah yang cukup mengesankan ini dari ketua rombongan kami, Ustaz Halim, terasa sekali betapa besarnya makna ritual melontar jamrah itu. Maka segala kesukaran yang perlu dihadapi selama berkampung di Mina menjadi kecil dan mudah berbanding kesukaran yang perlu dihadapi Rasulullah s.a.w untuk menyampaikan risalah ini kepada umatnya.

Gambar allahyarham suami bersama Ustaz Halim Abdullah di Jamrah.

Hajj The Journey of a Lifetime...Melontar Jamrah di Mina

Perkhemahan Jemaah Haji di Mina (pemandangan malam)

Perkhemahan Jemaah Haji di Mina (pemandangan selepas Subuh)

Selepas tengah malam Hari Nahar (10 Zulhijjah), rombongan kami bergerak meninggalkan Mudzalifah menuju ke Mina untuk melaksanakan wajib Haji iaitu bermabit dan melontar Jamrah di Mina. Alhamdulillah, perjalanan dengan bas hanya mengambil masa lebih kurang 20 minit .

Sepanjang menghadiri kursus Haji yg dikendalikan oleh TH, bakal jemaah memang telah dimaklumkan supaya menyediakn mindset untuk berhadapan dgn suasana khemah di Mina. I guess it really helps, jemaah nampaknya begitu redha dengan ruang khemah yang memang muat muat untuk menampung tubuh seorang manusia. Teringat lelucon ustaz sebelum berangkat, pastikan jemaah hanya membawa sebuah beg sahaja seorang, jika bawa beg lebih saya tak jamin jika jemaah kena tidur di luar khemah. Selepas mengambil posisi masing masing di khemah yang disediakan, kami berehat sebentar dan bersiap mengambil Wudhu' untuk solat subuh.

Sebaik selesai solat subuh, aku terus 'syahid' kerana keletihan, hanya terdengar sayup sayup suara rakan rakan lain membaca mathurat. Rasanya lena sungguh tidurku kali ini hingga tidak terasa bahang panas yang mula menggigit kerana teriknya mentari Mina dan suhu manusia yang ramai berada dalam khemah. Selepas mandi dan makan, barulah terasa segar dan kami menghabiskan hari itu dengan bertilawah dan solat sunat.

Malam itu kami digalakkan berehat dan tidur awal kerana esok kami akan bergerak sebelum Subuh untuk melontar Jamrah Aqabah dan membuat lontaran untuk 11 Zulhijjah. Selepas isyak aku dan rakan rakan sebilik mengambil kesempatan untuk meninjau-ninjau disekitar khemah dan macam berjanji pulak kami bertemu dgn suami masing-masing yang sedang membuat teh panas yang disediakan ditepi tepi khemah.

Seperti dirancang, jam 3:30 waktu tempatan kami pun berkumpul untuk bergerak ke Jamrah. Jemaah Malaysia memang telah diingatkan untuk mengelakkan melontar pada waktu 'peak' untuk mengelakkan kesesakan. Namun seperti dijangkan Bumi Mina seperti Bumi Mekah memang tidak pernah 'tidur'. Pergerakan manusia sepeti tiada hentinya. Dalam kegelapan penghujung malam kami pun bergerak melalui terowong Muassim untuk menuju ke Jamrah.

Dalam perjalanan kami berpapasan dengan rombongan yang kebanyakannya dari Asia terutamanya Indonesia. Sewaktu kami tiba di kawasan Jamrah, suasana masih lapang dan alhamdulillah kami dapat melontar dengan selesa. Selesai menyempurnakan lontaran Jamrah Aqabah, kami pun terlepas dari tahallul awwal. Jemaah lelaki mula bercukur rambut, dan bergunting bagi jemaah wanita.

Selesai solat Subuh di kawasan Jamrah kami bergerak pula untuk melakukan lontaran bagi 11 Zulhijjah. Dengan kerja kerja naik taraf yang berteruan yang dilakukan oleh pihak berkuasa Arab Saudi, insya-Allah Jamrah itu cukup selesa untuk menampung jemaah haji yang akan bertambah setiap tahun. Mina yang terletak 5 batu dari Masjidil haram adalah bumi yang penuh dengan sirah perjuangan. Nabi Ibrahim a.s telah di bawa ke Mina Ketika Jibril mengajar nabi Ibrahim cara cara untuk mengerjakan Haji.

Nabi Muhammad s.a.w sendiri dalam usahanya menyampaikan risalah telah menunggu musim Haji untuk berdakwah kepada kabilah kabilah yg berada di Mina dan Mudzalifah. Namun tiada khemah yang menerima dakwah Rasulullah. Nabi s.a.w telah berjalan hingga ke Jamrah Aqabah dan berjumpa dengan 6 orang dari Madinah yg sedang bercukur, dan mereka inilah kumpulan pertama yang menerima dakwah Rasulullah. Hati terasa begitu dekat dengan kekentalan semangat perjuangan Rasulullah. Setiap inci bumi Mina menyimpan sejarah yang perlu ditelusuri dan difahami setiap yang mengaku dirinya umat Muhammad s.a.w

Lauk Pauk weekend

Ini entry untuk 'break the ice', dah lama tak update blog, kadang kadang perlukan sedikit drive untuk menulis semula.

Lemak Cili Padi Seafood With Kacang Buncis

Udang dan Cendawan Goreng Tempura

Sayur Rampai Cendawan dan Sawi Bunga

Asam Tumis Ikan Senangin With Belimbing

Monday, July 20, 2009

Cempedak Goreng

Last week baru je mention kat kakak ipar teringat kat cempedak yang sedap tu, hari ni kak izar singgah sekejap untuk hantarkan buah cempedak. Alhamdulillah, rezeki orang berpuasa. Hari ni berbuka dengan cempedak goreng yang didatangkan khas dari Tanjung Malim. Seperti diduga kualiti buah cempedak yang dibawa kak izar memang terpilih, manis dan harum. Semerbak satu rumah masa menggorengnya.

Thanks to dearest kak izar and abang Amin for dropping by, semuga Allah kukuhkan tautan hati antara kita. Teringat bagaimana Rasulullah s.a.w sentiasa mengingati isterinya Ummahatul Mukminin (Khadijah r.a) selepas Khadijah wafat. Baginda sering menghubungkan silaturrahim dengan sahabat sahabat Khadijah. Nabi sendiri menghantarkan makanan dan hadiah kepada mereka sebagai tanda ingatan. Semuga Allah beri kekuatan kepadaku untuk melaksanakan sunnah dan menjaga silaturrahim yang tarjalin ini.

Saturday, July 18, 2009

Ekstival KUIS - Tahniah Teacher Nadia

Hari ini meluangkan masa ke Ekstival (Ekspo dan Festival) KUIS 12. Kehadiran kami selain untuk meninjau-ninjau ekspo yang diadakan adalah bertujuan untuk meraikan Teacher Nadia . yang grad hari ini.

Satu perkara yang paling ketara dalam mana-mana pesta graduasi masa kini ialah trend memberi hadiah bunga atau patung-patung berbagai jenis kepada graduan, trend ini begitu berleluasa sehingga rasa 'janggal' pulak kalau melihat graduan yang berlegar -legar tanpa membawa jambangan bunga atau hadiah.

Bila kami 'survey' di kedai kedai cenderamata yang menguasai majoriti gerai-gerai di Ekstival tu harganya boleh tahan juga, rata rata harganya antara RM 35 - 100++. Patung kecil yang kami belikan teacher Nadia tupun cost us RM15.. tulah yang paling murah, sorry ye Nad tu je mampu kami beli, lagipun rasanya baik kami hadiahkan Nad benda lain yang lebih berfaedah.

And to our surprise, kami terjumpa dengan pasangan usahawan muda (x-teacher Al-Fatih ~Mariani dan suaminya Hisham) yang buka booth produk HPA. Seronok melihat pasangan muda menceburkan diri dalam perniagaan produk muslim, terutamanya ketika dunia Islam amat memerlukan alternatif kepada produk-produk yang selama ini telah menguasai dunia. Jom kita beralih kepada produk muslim, jangan sampai sesen pun duit anda mengalir kepada Zionis terkutuk itu...Boycott Product Israel! Boycott Product Zionis!

Friday, July 17, 2009

Get Well soon Irdina and Ainus Syifa'...

Pagi ni kami sempat ziarah Irdina Abdullah Omar Wahbi di rumahnya. Irdina baru discharged dari hospital kerana demam denggi berdarah, Alhamdulillah, Irdina is recovering well. As for Ainus Syifa', masih di hospital. Last week teman-teman al-Fatih dah buat solat hajat dan mendoakan kesembuhan untuk Irdina dan Ainus Syifa' dan berharap keduanya dapat kembali ke sekolah semula soon because we miss u....

Palestin... Anak-anak Al-Fatih Bersamamu.

Bulan Rejab adalah bulan Israk dan Mikraj, anak-anak Al-Fatih tidak mahu ketinggalan menunjukkan soladiriti bersama saudara-saudara islam mereka di seluruh dunia untuk menunjukkan sokongan terhadap perjuangan membebaskan Msjidil Aqsa dan Palestin.

Kesedaran dan keperihatinan yang mula bertapak di hati anak-anak yang suci bersih ini perlu disalur dan diterjemah ke dalam bentuk tindakan yang mudah difahami. Mungkin agak sukar untuk anak-anak memahami keajaiban Israk dan Mikraj, namun mereka faham bila diberitahu anak-anak yang dibunuh di Palestin adalah adik/abang dan kakak mereka.
Mudah-mudahan kesedaran yang mula bertunas di hati anak-anak ini akan dibajai dan disuburkan dengan dokongan berterusan dari Ibu Bapa dan masyarakat dewasa di sekeliling mereka. Ada anak-anak al-Fatih yang beritahu teacher lepas ni nak cakap dengan ayah dan mama tak nak makan MC Donald atau Pizza Hut lagi sebab nanti kita hantar peluru kat Palestin....

Thursday, July 16, 2009

Sambal Tumis Udang dan Petai ..

i don't really like petai , tapi saja buat juadah berbuka utk melayan tekak yang berpuasa ....

Sunday, July 12, 2009

Majlis Merisik, Meminang dan Bertunang

Sudah Lama langsatnya condong
barulah kini batangnya rebah
Sudah lama niat dikandung
Baru kini diizinkan Allah

Berapa tinggi pucuk pisang
Tinggi lagi asap api
Berapa tinggi Gunung Ledang
Tinggi lagi harapan hati


Alhamdulillah, majlis merisik, meminang dan bertunang anak sulung Abang Saat, Mohd Khazrul Azli telah selamat berlansung dalam suasana penuh keberkatan dan semangat kekeluargaan di rumah keluarga bakal pengantin perempuan, Aida di Sikamat, Negeri Sembilan.

Semuga pertunangan yang mendapat restu dari keluarga kedua belah pihak ini mendapat restu dan keberkatan Illahi, insya-Allah . Untuk Ajun dan Aida, cari dan galilah sebanyak banyaknya ilmu untuk membina mahligai kasih yang diredhai Allah.

Antara hadiah iringan dari keluarga belah perempuan yang menarik perhatian semua tetamu ialah sepinggan cili merah dan hijau...dalam hati tertanya-tanya juga apa simboliknya ? adakah kerana bakal pengantin perempuan orang Negeri Sembilan yang terkenal dengan resepi masak lomak cili api...? bukankah biasanya hadiah dari pihak perempuan banyak manisan ?ish ish banyaknya soalan.

Akhirnya persoalan terungkai.....ish...ish ..terpedaya kita semua...morale of the story, dont judge the cili by it's kulit..

Friday, July 10, 2009

Al Fatih Kids Mencari Harta Karun...

Hari ni anak anak al-Fatih beraktiviti luar lagi. 9 kumpulan bersaing untuk mencari harta karun. Tapi tunggu dulu! kenalah dapatkan peta harta karun untuk tahu di mana peti peti harta disimpan. Jom kita tengok macamana aksi anak anak bersaing untuk mendapatkan harta.

Cabaran pertama anak-anak kena buatkan crown dari daun-daun dan ranting untuk ketua kumpulan dan crown tak boleh ditanggalkan hinggalah ke akhir game. Tugasan ini bertujuan menguji kreativiti anak-anak, alhamdulillah, semua kumpulan berjaya membuat crown untk ketua mereka.
Cabaran untuk dapatkan keratan peta kedua kena habiskan lemonade..bukan sikit, satu pitcher besar...dan bukan sikit-sikit punya masam, memang teacher Iza tak bubuh gula lansung...tapi anak anak Al Fatih memang adventurers dan tahan lasak, dengan muka yang berkerut kerut akhirnya semua kumpulan berjaya menghabiskan lemonade.

Suspense juga anak-anak bila diminta meneka apa yang ada dalam dalam bekas tertutup dengan memasukkan tangan . Ini ialah ujian kemahiran sensory. Ramai juga yang teka katak dan kura-kura yang disentuh sebagai batu, etc.

Anak-anak juga enjoy sungguh bila diberi tugasan menumbuk bahan bahan yang diberi hingga lumat. Bagi ibu ibu di rumah, latihlah anak-anak perempuan ke dapur. Biarkan mereka berjinak-jinak dengan lesung, lagi kuat anak-anak angkat lesung tu lagi kuat otot dan muscle tangan mereka, insya-Allah lagi cepat motor skill mereka berfungsi.

Bagi teacher-teacher objectives yang paling penting yang hendak dicapai dan dinilai ialah leadership, problem solving dan kerjasama. Alhamdulillah kalau diukur dari awal semester, nampak anak-anak makin matang bekerja secara berkumpulan. Seronok betul melihat anak-anak menyanyi sepanjang membuat tugasan secara berkumpulan yang diberikan, nak tahu lagu apa yang anak-anak nyanyi ?

Wonderpets wonderpets kami datang...
Membantu haiwan yang dalam kesusahan
kami tak besar dan kami tak kuat
Bila bekerjasama semua jadi mudah...