Sepanjang jalan kehidupan ini aku bertemu dengan terlalu ramai insan istimewa yang setiap satunya menempati ruang tersendiri dalam kamus hidupku. Bingkisan dari nuraniku ini untuk menyatakan betapa mereka akan sentiasa dekat dihatiku...insya-Allah
Saturday, October 24, 2009
Good news ?I really hope so..insya-Allah...
MUAR: Kerajaan akan memberikan insentif kepada pihak swasta dalam usaha menggalakkan mereka membuka lebih banyak kelas-kelas pra-sekolah di bandar dan luar bandar.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pembukaan kelaskelas ini akan membolehkan lebih ramai ibu bapa menikmati kemudahan pendidikan pra sekolah buat anak-anak mereka, sekaligus meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti.
"Kerajaan akan umumkan selepas perbincangan dengan Perdana Menteri, bentuk insentif itu, seperti menyediakan tabung pinjaman kepada pihak swasta yang mahu membuka sekolah berkenaan, dan sebagainya," katanya.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran dan Anggota Parlimen Pagoh berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program Karnival Pendidikan dan Kerjaya Parlimen Pagoh, di sini, hari ini.
Muhyiddin seterusnya berkata kerajaan juga tidak mempunyai masalah untuk memberikan lesen kepada para pengusaha terbabit bagi menjayakan rancangan membuka lebih banyak kelas-kelas prasekolah....BERNAMA
Saturday, October 3, 2009
Walimah dan Reunion group Hajj 1429H
Terima kasih kepada Haji Rose Ady dan Hajjah Salmi yang telah menumpangkan, mengambil dan menghantarku pulang ke rumah. Alhamdulillah diizinkan Allah bertemu dengan ramai rakan rakan jemaah. Dalam kesyukuran dapat mempertautkan semula ukhuwwah, tanpa diundang terselit rasa sayu saat menatap wajah teman teman sebilik allahyarham suami di Mekah dan Madinah.