Showing posts with label Fuaadnnor friends. Show all posts
Showing posts with label Fuaadnnor friends. Show all posts

Monday, September 12, 2011

Salam Eidul Fitri 1432H

Kehadiran Syawal 1432H mengundang bersamanya duka dan ceria. Duka kerana berpisah dengan Ramadhan yang mubarak, ceria kerana inilah peluang untuk bercuti panjang dari kerja yang sentiasa menuntut komitmen masa yg tinggi dan peluang bertemu sanak saudara yang sentiasa dinanti.

Rasanya sudah terlalu lama rumah ini tidak menerima tetamu dalam jumlah yang ramai. Kali terakhir aku menjemput tetamu datang ke rumah ialah semasa aku dan arwah suami pergi Haji tahun 1429H. Selepas hampir 3 tahun, akhirnya Syawal ini hatiku tergerak untuk mengajak staff staff al Fatih yang telah ku anggap sebagai saudara sendiri untuk datang ke rumah. Alhamdulillah, dengan bantuan deq Pah, kami berjaya menyediakan nasi tomato dan lauk pauk dari air tangan sendiri untuk dihidangkan kepada para tetamu.

Alhamdulillah, muga muga kehadiran mereka membawa 1000 rahmat dan keceriaan kembali ke rumah kami.







Wednesday, April 14, 2010

Tahniah Ustazah Fathimah ..

Waktu awal awal pindah ke Bandar Sri Putra sekitar 6 tahun yang lalu, ustazah Fathimah adalah teman yang paling rapat denganku. We used to spend a lot of time together, maklumlah sama sama suri rumahtangga sepenuh masa waktu itu. Banyak perkara yg di share bersama sampaikan makan maggi pun bersama.

Perkenalan kami bermula dari Johor lagi, waktu aku dan Fathimah sama sama masih single dan Fathimah masih menuntut di Jordan. Kami terpisah untuk beberapa waktu dan akhirnya ukhuwah itu terjalin semula bila takdir mempertemukan kami di Bandar Seri Putra setelah bergelar isteri.

Ustazah Fathimah juga antara founder Tadika Al Fatih yang telah bersama sama bertungkus lumus di awal penubuhannya. Nama Al Fatih sendiri adalah hasil cadangan Fathimah. Takdir juga kemudiannya telah menentukan Fathimah memilih untuk berkhidmat sebagai guru agama untuk anak anak Sekolah khas di Setapak.


Petang tadi alhamdulillah dapat ziarah fathimah yang baru melahirkan anak ke tiga, seorang puteri. Tahniah Fathimah dan Amir, semuga bertambah keberkatan dan keceriaan dalam keluarga. Semuga ukhuwwah antara kita akan terjalin hingga ke syurga.

Puteri ke-2 Fathimah ~Khaulah dan baby girl yg baru berusia 2 hari

Saturday, October 3, 2009

Walimah dan Reunion group Hajj 1429H

Hari ini ke Taman Pulai Impian, Sikamat, Seremban untuk memenuhi undangan walimatul urus di rumah Ustaz Halim. Selain meraikan perkahwinan dua anak perempuan ustaz, kenduri ini juga bertujuan mempertemukan semula jemaah haji yang dibimbing oleh Ustaz Halim(Mitra Kembara). Kumpulan kami diminta datang antara pukul 1~2.

Terima kasih kepada Haji Rose Ady dan Hajjah Salmi yang telah menumpangkan, mengambil dan menghantarku pulang ke rumah. Alhamdulillah diizinkan Allah bertemu dengan ramai rakan rakan jemaah. Dalam kesyukuran dapat mempertautkan semula ukhuwwah, tanpa diundang terselit rasa sayu saat menatap wajah teman teman sebilik allahyarham suami di Mekah dan Madinah.

Khemah khemah kenduri yang melaut luasnya.....

Ustaz Halim dan isteri menyambut tetamu

Pengantin - Uswah Hasanah dan suami bergurau dgn ayahanda..
Keluarga Haji Rose Ady dan Hajjah Salmy menjamu selera..

Antara ahli rombongan Haji 1429H yang sempat bergambar bersama...

Selesai di rumah Ustaz Halim kami bertolak ke Kg Durian 3 Batang untuk memenuhi undangan walimah salah seorang sahabat jemaah yang tinggal sebilik dengan aku dan kak Salmi. Tahniah kepada Hj Nisa' dan Hajjah Sabariah yang menerima menantu sulung. Semuga bertambah tambah keberkatan dalam keluarga kak Sabar.


Tuan rumah- Hajjah Sabariah berbual dengan Hajjah Dr Yati diperhatikan oleh raja sehari.

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga bertemu dengan teman teman jemaah. Tidak dapat diungkapkan dengan kata kata kegembiraan & kesyukuran dapat bertemu semula Kak Salmi, Dian, Yah dan Kak Sabar yg sama sama mengharungi pengalaman bermusafir di Bumi Mekah, Mina, Arafah dan Madinah. Semuga Allah memeberkati usia kita semua.

Tuesday, September 29, 2009

Pergi Tak Kembali

Innalillahi Wa Inna Illaihi Roji'un. Hari ini warga 3/5 mengucapkan takziah kepada ahlinya, kak Shima dan keluarga kerana kembalinya suami tercinta Encik Khalil ke rahmatullah pd malam 28hb sept@ 9 Syawal. Tentu ramai warga Bandar Seri Putra yang mengenali pasangan pemilik Kedai Runcit Ilysa ini. Semuga Allah mengampunkan dosa dosa allahyarham Encik Khalil dan menempatkan ruhnya bersama orang orang yang diredhai.

Jenazah telah selamat diuruskan dan seterusnya solat jenazah di Surau As-Syakirin (Putra Teres) dan dikebumikan di tanah perkuburan Bandar Seri Putra.

Masih terbayang jelas diingatanku, kedua dua almarhum suamiku dan Encik Khalil bersembang lama semasa majlis meraikan kami yang akan berangkat ke Mekah hampir setahun yang lalu. Sebagai jiran berdepan rumah, w/pun keduanya sibuk dengan karier sebagai peniaga, arwah suami dan Encik Khalil bijak mencuri masa untuk bersembang.

Ya Allah, bimbinglah kami untuk menafsir hikmah di atas setiap peristiwa yang engkau takdirkan atas kami. Berikan kami kesabaran untuk menanggapi musibah ini. Sesungguhnya tiada kekuatan melainkan kekuatan dari Engkau Ya Allah.

Monday, September 7, 2009

Iftar @Aunty Aini's Garden Cafe, Nilai

Kekadang setelah berpenat lelah dan stress , rohani dan fizikal perlu diberi sentuhan baru. Dengan ditemani adik adik staff al Fatih kami mencari kelainan iftar di Aunty Aini's Garden Cafe di Nilai. Kedai makan berkonsep halaman rumah ini memang unik dan sangat sesuai dgn namanya. Tuan punya cafe ni, Aunty Aini sangat peramah dan friendly. walaupun first time pergi boleh berbual macam dah kenal lama. Oleh kerana ruangnya agak kecil jadi kapasiti pengunjung pada satu satu masa terhad kalau nak pergi eloklah booking dulu.

Sementara menunggu waktu berbuka kami sempat menjelajah sekitar garden cafe Aunty Aini.

3 dara pingitan yg very camera friendly....

Membelek menu ~ specialty di sini ialah Gulai lemak cili padi dan asam pedas. Ada juga pilihan western food bagi yang nak tukar selera.

Antara sudut menarik

Akhirnya, gulai lemak cili padi ayam kampung, asam pedas jenahak, kailan goreng ikan masin, sambal belacan & ulam ulaman dan kangkung goreng belacan.

Sunday, October 26, 2008

Perhimpunan Syawal warga PT 3/5..

Tanggal 24 Syawal yang lalu sekali lagi warga PT 3/5 berpadu tenaga menganjurkan perhimpunan Syawal 1429H. Setiap keluarga diberi peranan untuk menyediakan jamuan secara potluck. Selepas Isyak hampir seluruh keluarga yang mendiami 3/5 mula berbondong-bondong keluar untuk berhimpun di rumah Izad yang bertindak sebgai tuan rumah kali ini.

Selepas semua tetamu dan juadah makanan mengambil tempat masing-masing majlis pun dimulakan oleh tuan rumah yang mengalu-alukan kehadiran semua ahli keluarga 3/5 ke majlis 'shortcut' syawal yang kini sudah menjadi trend penduduk taman perumahan. Al-maklumlah 'kesibukan' bekerja membataskan peluang untuk berziarah dari rumah ke rumah, so perhimpunan Syawal sebegini merupakan shortcut yang cukup praktikal untuk mengeratkan silaturrahim dan bermaafan sesama kita.

Selepas doa pembukaan dibacakan oleh Ir Ahmad Fuaad maka tanpa membuang masa acara makan-makan pun dimulakan dengan lafaz Bismillah..

Bagi kaum hawa PT 3/5 acara-acara bersama macam ni memang ditunggu-ditunggu. Banyak cerita-cerita menarik yang nak dikongsikan. Paling tidak pun bertukar khabar...

Menjelang 12 tengah malam, tetamu pun mula beransur-ansur pulang, selepas menolong tuan rumah mengemaskan baki-baki makanan yang tinggal. kami pun minta diri. Alhamdulillah berakhirlah majlis perhimpunan Syawal 1429H. Semuga Allah akan memperkukuhkan tautan hati ini. Ameen.

Thursday, October 16, 2008

Jejak Sahabat...Cikgu Shahrir

Alam persekolahan memang penuh dengan memori indah dan nostalgia yang akan sentiasa menggamit kenangan . Nostalgia dan memori inilah yang telah mendorong suami ku untuk mencuri masa dari kesibukan kerja, meredah hujan lebat dan perjalanan sejauh hampir 330 km ke Taiping untuk menghadiri jamuan ulangtahun Ex-Edwardian dan sekaligus bertemu dengan kawan persekolahan yang telah sekian lama tidak ditemui.

Dalam perjalanan, suami beritahu kami akan singgah 'sebentar' di Kuala Kangsar untuk bertemu sahabat lamanya yang telah 32 tahun tidak ditemui. Sahabat yang dimaksudkan, Cikgu Shahrir tinggal di kota Lama Kiri, Kuala Kangsar. Walaupun baru pertama kali bersua, Cikgu Shahrir dan isterinya Kak Wan begitu ramah menyambut dan meladeni kehadiran kami membuat kami merasa seperti telah lama berkenalan.

Kediaman Cikgu Shahrir dan Kak Wan memang sangat mendamaikan. Rumah papan yang berkonsepkan chalet nampak begitu unik. Menurut Kak Wan papan yang digunakan untuk membuat rumah didatangkan khas dari Terengganu. Alhamdulillah, walaupun kehadiran kami tanpa dirancang, keberkatan syawal mengizinkan ukhuwwah yang dijalinkan begitu terasa 'chemistry' nya..

Dalam kerancakan bertanya khabar setelah sekian lama terpisah, Cikgu Shahrir sempat menunjukkan padaku pokok Tin yang ditanam di belakang rumahnya. Ini merupakan pengalaman yang begitu mengujakan bagiku kerana inilah pertama kali aku melihat pokok Tin, selama ini cuma makan buah Tin kering yang selalu dibawa sebagai ole-ole oleh mereka yang pulang dari Mekah. Kesian tengok aku yang begitu teruja dan sibuk mengekorinya pergi mengutip buah Tin yang masak, Cikgu Shahrir offer nak downloadkan gambar-gambar buah tin untukku. Terima kasih atas ihsan Cikgu Shahrir dapatlah gambar-gambar dan informasi di bawah dikongsikan dengan blogger seantero dunia.

Sambil bersembang-sembang, kami dihidangkan dengan buah Tin 'fresh' yang dipetik dari pokok belakang rumah. Selepas dikupas kulitnya, terserlah isinya yang berwarna kemerah jambuan dan rasanya yang manis dan harum.

Tak cukup dengan menjamah buah segar, bila tahu yang suami memang dah jadi pembeli dan pemakan setia ubat high blood, Cikgu Shahrir tak lokek berkongsi rahsia minuman herba yang diamalkan oleh keluarganya. Menurut beliau, minuman herba Tin terdiri dari daun Tin yang dicampur dengan daun betik (Pesan Cikgu Shahrir : pastikan daun yang dipilih adalah daun yg gugur sendiri ..JANGAN dipetik). Kedua-dua daun ini dikeringkan dan dikisar halus seperti serbuk teh. Kemudian bancuh dengan air panas dan ditapis lalu diminum airnya.

Sempatlah kak Wan 'brew'kan minuman resepi keluarga untuk suamiku. Sebelum balik Cikgu Shahrir dan kak Wan juga bekalkan beberapa helai daun tin untuk kami kisar sendiri. Terima Kasih yang tak terhingga kepada keduanya, hanya Allah yang mampu membalas kebaikan Cikgu dan Kak Wan . Insya-Allah balik kampung weekend ni nanti akan ku carikan daun betik untuk dikisar bersama daun tin yang dah kering cantiknya di dapur kami. Bidalan Melayu ada menyatakan "Pemberian yang datang dari Hati akan jatuh ke Hati jua". kalau Cikgu Shahrir baca tulisan ni kirim salam sayang untuk Kak Wan dan Najwa.

Sunday, September 21, 2008

Warga 3/5 beramal lagi....

Hari ini giliran warga 3/5 untuk siapkan juadah berbuka dan moreh untuk surau as-syakirin. Seperti yang disyurakan sebelum ini menu kali ni ialah nasi tomato, ayam masak merah dan acar jelatah. Alhamdulillah kali ni warga kerja yang membantu lebih ramai sebab weekend. 14 ekor ayam dan 14 kilogram beras telah dikorbankan untuk diagih-agihkan sebagai hidangan berbuka. Warga 3/5 memang bertuah sebab dikurniakan ramai chef chef berbakat yang air tangan mereka memang susah nak pertikaikan.

Untuk mempercepatkan proses masak memasak, Chef Nor (koordinator 3/5) pagi pagi dah agih-agihkan ayam untuk dibersihkan. Tugas kami cuma menyiapkan menu ayam masak merah dan acar. Nasi tomato gam, kak Raja dengan murah hatinya telah menawarkan diri untuk siapkan. Kami panggil nasi tomato gam sebab version nasi tomato kak Raja siap ada ayam dalam nasi ...memang marvellous, tengok rupa dan hidu bau pun dah cukup menggoncang rasa...

Kurang lebih jam 6:45 ptg, urusan packaging siap dan ready for shipment. Alhamdulillah, hari ni warga 3/5 sehati sejiwa, semua rumah menu sama. Muga-muga usaha semua warga 3/5 ini diterima Allah sebagai amal solih. Credit to all yang telah bertungkus lumus : Chef Norizah, Chef Kak Yati, Yam, Sha, Nora, Yati (PT Ceria) , Kak Raja dan Jehan.

Tuesday, August 26, 2008

Usahawanita Helina di Puri Pujangga...

Hari ni aku diizinkan Allah untuk menjadi 'chauffeur' kepada sahabat yang bermusafir dari Kulai, Johor.

Helina, bekas teman seusrah masa di Johor, datang untuk menduduki peperiksaan pengajian jarak jauh di kampus UKM. Alhamdulillah, lepas kilang tempat kami cari makan ditutup maka bertebaranlah kami di muka bumi Allah yang maha luas ini demi sebuah kelansungan kehidupan. Helina dan seorang lagi sahabat ex-Hitachi, Azizah berkongsi membuka Tadika dan Taska di Bandar Putra, Kulai, Johor. Kini rangkaian Tadika Darul Ilmu(TDI) milik mereka dah berkembang dan mempunyai pelajar lebih 500 orang. TDI juga mempunyai cawangan di Mutira Rini.

Helina sampai di RnR Nilai lebih kurang jam 11:30 pagi, lepas ambil Helina di Nilai, kami lunch ikan bakar di UNIKEB. Lepas lunch aku bawa Helina ke stesyen komuter UKM dan Hentian Kajang supaya lepas ni mudah Helina nak commute from Bangi-Johor.

Helina dah book penginapan di Puri Pujangga sebab dekat dengan dewan peperiksaan. Walaupun aku pernah ke Puri Pujangga untuk tengok dewan last year tapi tak sure pulak ada kemudahan penginapan disediakan. Not bad jugak bilik nya. For rate of RM 100-120, kira okay sangat bilik tu. Buffet everyday ada, RM 15/per person. Banyak juga pilihan menu yang disediakan. Lepas check in, apalagi kami bersembang punya lah panjang di bilik sampai pukul 3++. Puas betul rasanya dapat jumpa Helina lepas sekian lama.

Akhirnya aku meminta diri untuk beredar, rasanya Helina perlukan rehat yang secukupnya untuk peperiksaan esok. Lagipun Helina baru sembuh selepas surgery untuk membuang batu di hempedu. Hmm...another iron lady in the making, sakit-sakit pun gagah datang 300km++ untuk menambah ilmu.

So, good luck Helina, I'm so proud of enti...dari seorang suri rumah yang selalu tak confident masa Usrah dulu, you have come this far ...tahniah, lepas ni ana kena panggil enti 'sifu' pulak...semuga kita istiqamah di jalan ini.

Monday, August 11, 2008

Guess Who's in Town..

Bila orang kata kehidupan ini macam pentas sandiwara, memang banyak benarnya. Patutlah dulu ada lagu yang poular oleh kumpulan Kenny, Remy dan Martin tajuknya "Suratan atau Kebetulan". Last saturday dalam sibuk-sibuk melayan anak sedara dan cucu-cucu kat rumah, dapat sms dari salah sorang ahli geng berlima yg kutulis dlm citer soto.."Aku kat midvalley, ada masa datang tgk booth kat ting.3"

Abie ada kat midvalley ? apahal pulak Abie buka booth kat midvalley ? banyaknya soalan tapi sebab tengah sibuk menyiapkan hidangan utk tetamu control dulu. Maghrib ada free sikit call Abie, laa rupanya kilang tempat Abie kerja participate Pameran "Tribute to Women" di MEVC. So okaylah esok tetamu ku akan pulang awal, lepas dapat green light dari hubby terus btahu Abie, okay Bie...tunggu kat MidValley aku datang...!!

Booth Abie mempamer dan menjual terus dari kilang produk-produk dari Medical-Latex, Senai Johor. Being subsidiary to Beiersdorf, dulu-dulu masa aku masih kat Johor, kalau nasib baik dapatlah free nivea items...tapi kali ni most of the items displayed and promoted adalah ESP (Enjoyable Safe Pleasure). Segan nak citer so sape minat gilah surf sini ...

Lama jugak aku lepak kat booth Abie, tu tak masuk masa sembang-sembang sambil lunch kat Food Court Mid Valley. Both of us makan Yong Tau Foo je...sempat lagi tu terkenang zaman-zaman makan Yong Tau Foo kat Kobena naik bas atau makan kat Angsana...aku rasa kan Bie dgn harga yg aku bayar semalam kalau kita makan 12 tahun dulu kat Kobena tu boleh belanja satu PC Department...

Lepas lunch aku menjenguk kejap kat Pameran Royal and Arts kat dewan sebelah. I guess not being royal, tak berapalah aku dapat menikmati seni yang ekslusif tu...so just browse through jelah.


Overall, pameran tu sepatutnya wadah yang paling efektif untuk wanita, tapi entah di mana silap penganjurannya, dahlah tempat tu sunyi dan tak ramai yang menjenguk. Kesian peserta-peserta yg ambil bahgian boring je tunggu pengunjung. tu belum lagi cerita sales return yang agaknya menyedihkan kot. Maybe promosi kurang dan tak berkesan ..buktinya kalau Abie tak hantar sms tu aku pun tak tahu...

Anyway for me dapat jumpa Abie pun dah rahmat besar dari Allah, rindunya aku kat kengkawan. Thanks Bie, carik aku...thanks for sharing all the stories. yakinlah...Allah tidak akan menguji hambanya melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Salam untuk Nda, Nita dan Khairun, and Bie aku nak share suntikan motivasi ni khas untuk kau:

kita pohon kekuatan,
Allah beri kesulitan untuk jadikan kita kuat
Kita pohon keteguhan hati
Allah beri masalah untuk diatasi
Kita pohon keyakinan
Allah beri ujian untuk memantapkan iman dan jiwa
Kita pohon cinta
Allah berikan insan yang tulus untuk didampingi
Kadangkala kita tidak dapat apa yang kita kita ingini
Namun kita sentiasa dapat apa yang kita PERLUKAN.

Tuesday, July 29, 2008

Soto itu menggamit kenangan pilu...

Waktu balik kerja petang tadi, cuaca tersangat panas, teringin pulak nak makan soto, tapi nak rebus nasi impit takut tak sempat keras, so tukar jadi mee hoon soto jelah. Soto kalau tak ada bergedil macam lagu tanpa irama, jadi sementara menunggu ayam yang dikeluarkan dari freezzer lembut untuk menyiapkan kuah. Kita siapkan bergedil ayam dulu.

Tapi hari ni entah kenapa sambil menggentel bergedil, hati terasa sayu dan hiba, terasa bergenang air mata ini. Bergedil dan kuah soto ini mengundang kenangan ku pada sahabatku almarhumah kak Niza. Aku mula mengenali Kak Niza sewaktu bekerja di Taiko Electronics Senai. Kenangan bersama kak Niza sehingga kini masih kukuh di kotak fikiranku. Kak Niza begitu istimewa, walaupun sewaktu mengenalinya aku tahu dia mengidap breast cancer, tidak pernah kak niza mengeluh atau menunjukkan kekecewaan.

Kak Niza selalu ceria apatah lagi bila berada bersama-sama kami. Maklumlah waktu tu geng berlima (aku, Datin, Shidah, Abi dan Imah) bujang lagi, happy go lucky..every month dapat gaji kami pi raikan dengan makan besar kat restoran seafood yg berlambak kat Johor. Naik bas tu..maklumlah gaji masa tu RM400 je,mana mampu pakai keta..Kak Niza yang dah bersuami waktu tu pun kadang-kadang ikut juga kepala gila-gila kami. Kalau orang lain makan kat kantin kami selalunya buat pot luck dan makan di bawah pokok ke, tepi longkang ke, dalam locker ke, kat mana jelah yg kami rasa best. Kami kenal semua family kak Niza dan pernah lepak-lepak di rumah mak ayah kak niza di Endau, Mersing.

Kak Niza being the only member yang dah kahwin selalulah jadi mangsa kena masak, kak niza ni pakar masak soto, soto dia memang 1st class. Sampaikan waktu Family Day Taiko kami semua buka gerai jual soto. Seronoknya sebab kedai kami memang laris..Tapi penatnya..Allah saja yang tahu. Kak Niza yg memang tak boleh kerja keras sekejap menangis sekejap ketawa sebab kepenatan. Itulah kenangan yg paling indah dan sampai sekarang kalau geng berlima ni jumpa, sampai keluar air mata menangis mengenangkan kisah lucu kami jual soto.

Doctor memang advice kak niza not to have baby sebab the risk of the cancer spreading if she got pregnant is too high. Maha Suci Allah yg menentukan segalanya, kak niza mengandung and she insist to keep the baby w/pun tahu risikonya. Alhamdulillah sepanjang mengandung kak niza okay sehingga selamat melahirkan bayi perempuan~ Hidayah. after Hidayah was born, kesihatan kak Niza menurun.. the cancer has spread to her lung and spine.

Takdir menentukan ekonomi yang kurang baik dalam tahun 90 an, kilang pun mula mengurangkan tenaga pekerja, aku pun berhijrah mencari tapak baru..so geng berlima pun 'bubarlah' masing-masing berpecah demi mencari sesuap nasi. So kuranglah berjumpa kak niza tapi sesekali masih bertanya khabar.

Hinggalah satu hari kami terima berita kak Niza koma dan ada di kampung di Mersing. Dengar je berita tu kami terus pergi ke Endau, mujur masa tu salah sorang dari kami dah ada driving licence. Subhana-Allah, laju air mata kami mengalir melihat kak niza terbujur kaku. Dia bukan lagi kak niza yg kami kenal yang sentiasa menyembunyikan kesakitannya, yang selalu membuat kami bahgia, yang selalu mendahulukan orang lain dalam setiap urusannya, yang tidak pernah marah walaupun dianiayai orang yang tak senang hati padanya.

Kami bergilir-gilir membaca Yasin dan menenangkan Ibu dan ayah Kak Niza. Walaupun matanya terpejam dan dia tidak memberikan respon bila disentuh , we know kak niza can hear us, we can see tears from the corner of her eyes. Maghrib tu kami melangkah longlai meninggalkan kak niza dengan berat hati sebab terpaksa juga balik meneruskan urusan masing-masing.

Kami sampai ke rumah dah malam, tak lama kemudian kami menerima panggilan telefon dari mak kak niza yang kak niza dah pergi meninggalkan kami semua. Inallilah hi wa Inna ilaihi Rojiun..Sesungguhnya dari Allah kami datang dan kepadaMu jua kami kembali Ya Rabb...terimalah ruh sahabatku ini Ya Allah, kau mudahkanlah hisabnya Ya Allah kerana dia seorang insan yang baik ya Allah, tidak pernah aku merasa terganggu dengan kehadirannya. Subuh esoknya kami pergi semula ke Endau, Mersing. Terasa seperti ingin terbang, namun Allah menentukan, waktu kami sampai, jenazah dah siap di mandi dan dikapankan. Kami hanya dapat menemani perjalanan terakhirnya ke tempat persemadian abadi.

Waktu talkin dibacakan, walaupun hati seperti dirobek kesedihan apatah lagi melihat wajah Hidayah yang riang bermain bersama sepupu-sepupunya, terasa air mata ini seakan sudah kering. Dan yg lebih penting kami tak mahu kak niza melihat kesedihan kami, we want her to remember us the way she want to be remembered...courages, ceria dan nikmati hidup ini seadanya.

Sehingga coretan ini ku tulis, airmata ku masih laju menuruni pipi. Semuag Allah mencucuri rahmat ke atas almarhumah. Masih terngiang di telinga ini waktu ada staff Taiko yg jahat mulut mempertikaikan keputusannya nak teruskan kandungan w/pun tahu akan memudaratkan kesihatannya, Kak Niza told me : "Nor, given a chance, kak Niza will do this again..(have baby). Kini setiap kali kami masak atau makan soto, tentu kenangan ini akan sentiasa menjelma. Seorang yang istimewa yang akan sentiasa dikenang dalam hati kami.

Friday, June 13, 2008

Tetamu Dinihari..

Subuh tadi kami menerima tetamu istimewa yang datang dari Sungai Petani, Kedah. Rin bukanlah asing di rumah kami ni, sebelum menjadi isteri, Rin selalu lepak dan menjadi teman susah senang. Selepas mendirikan rumahtangga dengan tuan Musari dan menetap di Sungai Petani, Kedah....jarak memisahkan kami namun tetap dekat dihati..alhamdulillah tq to YM, dapatlah juga melepas rindu melalui alam maya...so pertemuan 'fizikal' beberapa jam subuh tadi amat bermakna....

senyuman bahagia pengantin baru - Rin dan Musari

My husband dan tetamu sembang panas, maklumlah consultant jumpa kontraktor.....sementara rin ngobrol-ngobrol dengan mak..

Kuih bakar specially made for our beloved guest. Sebab tetamu express so breakfast yang disediakan pun express jugak.


Thanks rin and suami sebab sudi singgah rumah kami. Ukhuwwah kita amat bererti, thanks untuk kata-kata semangatmu, doakan kakakmu ini adikku sepertimana kakakmu ini sentiasa mendoakanmu. Semuga Allah memberi kemudahan dalam setiap urusanmu, selamat menunggu kelahiran permata hati yang pertama. Take care.

Saturday, April 5, 2008

Sahabatku ...Jamaliah Rejab




Selepas gard pada bulan Mei 1990, rasanya kami tak pernah bersua muka lagi, terakhir yang ku ketahui, sahabatku ini kembali ke kampung halamannya di Pulau Pinang. Alhamdulillah dgn teknologi tanpa sempadan kami dipertemukan di alam maya.

I'm sure ramai yang curious nak tengok muka jamal sekarang...so guess yang mana satu cik jamal kita ?

(note: btw gambar ni masa cikgu jamal sedang ber'snorkeling' di Pulau Kapas, T'gganu)

Thursday, April 3, 2008

Takziah Untuk Niza dan Family

Inalillahi wa innna ilaihi roji'un..

Untuk Niza, hubby (Man) dan keluarga, takziah di atas pemergian Ibunda tercinta semalam 2/April 2008. Almarhumah bunda ku kenali sewaktu aku masih menuntut di UiTM Shah Alam, almarhumah pandai masak, so since niza adalah antara geng 'kamcing' aku masa kta UiTM, selalulah aku dapat menikmati keenakan masakan bunda.

Pernah sekali waktu kami ambil bahgian dalam konvo ITM, kami jual soto dan tentunya resepi khas dari chef linggi. Kami dapatkan semua bahan dari Linggi dan belajar masak masa tu juga. Alhamdulillah soto yang kami jual licin.

Semuga ruh almarhumah diampunkan dosanya dan ditempatkan bersama para solihin. Muga abah, niza dan the whole family redha dan sabar menerima kehilangan ini.

Sunday, March 30, 2008

Rashid Sibir yang Ku Kenali...






Garden Wedding Rashid Sibir berlansung dalam hujan ...so kami makan sambil pegang payung...the best part is dapat jumpa ex-mass comm - niza and man, sue, jijul and wife, Asri Ngosman and wife, Zuina and Rahmat, Kudin and Berry, Nooraini, Nordin 'Rambo', Azahari 'Tom', Aizan and Hubby...

Walimah Adik ku Rin






Semuga Allah melebarkan rahmat, mengurniakan rahmah dan mawaddah
dalam perkahwinan mu adikku...