Tuesday, September 29, 2009

Pergi Tak Kembali

Innalillahi Wa Inna Illaihi Roji'un. Hari ini warga 3/5 mengucapkan takziah kepada ahlinya, kak Shima dan keluarga kerana kembalinya suami tercinta Encik Khalil ke rahmatullah pd malam 28hb sept@ 9 Syawal. Tentu ramai warga Bandar Seri Putra yang mengenali pasangan pemilik Kedai Runcit Ilysa ini. Semuga Allah mengampunkan dosa dosa allahyarham Encik Khalil dan menempatkan ruhnya bersama orang orang yang diredhai.

Jenazah telah selamat diuruskan dan seterusnya solat jenazah di Surau As-Syakirin (Putra Teres) dan dikebumikan di tanah perkuburan Bandar Seri Putra.

Masih terbayang jelas diingatanku, kedua dua almarhum suamiku dan Encik Khalil bersembang lama semasa majlis meraikan kami yang akan berangkat ke Mekah hampir setahun yang lalu. Sebagai jiran berdepan rumah, w/pun keduanya sibuk dengan karier sebagai peniaga, arwah suami dan Encik Khalil bijak mencuri masa untuk bersembang.

Ya Allah, bimbinglah kami untuk menafsir hikmah di atas setiap peristiwa yang engkau takdirkan atas kami. Berikan kami kesabaran untuk menanggapi musibah ini. Sesungguhnya tiada kekuatan melainkan kekuatan dari Engkau Ya Allah.

No comments: