Dah lama tak share food from the kitchen....
Sepanjang jalan kehidupan ini aku bertemu dengan terlalu ramai insan istimewa yang setiap satunya menempati ruang tersendiri dalam kamus hidupku. Bingkisan dari nuraniku ini untuk menyatakan betapa mereka akan sentiasa dekat dihatiku...insya-Allah
Showing posts with label Fuaadnnor kitchen. Show all posts

Tuesday, September 13, 2011
Monday, June 14, 2010
Berkatilah kami di bulan Rejab ini ya Allah......

Maksudnya; "Ya Allah Ya Tuhanku, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan."
Untuk iftar petang tadi, hati meronta ronta nak makan homemade karipap yang dah setahun setengah tak buat sendiri. Walau hati masih berbekas everytime nak masak hidangan iftar yang paling digemari allahyarham suami akhirnya buat jugalah 10 biji, cukup untuk makan dgn mak dan baki buat b'fast esok.
Monday, September 14, 2009
Menu Ibu dan Anak lagi...
Bila masuk minggu-minggu terakhir Ramadhan ni, selera Ibu dan Anak lebih terarah ke menu yang jenis sup. Alhamdulillah, Ramadhan kali ni dua kali je pergi bazar Ramadhan, tu pun sebab balik dari tadika lewat sangat dan tak larat nak masuk dapur.

Ibu teringin makan bubur lambuk versi Johor.
Menu yg lengkap utk berbuka: ada protein, ada sayur, ada kabohidrat.
Sunday, August 9, 2009
Posting mengurangkan stress ...
Selepas membaca artikel dlm BM hari ni memang rasa stress sesangat, sebagai warganegara yang terlibat secara lansung dalam dunia pendidikan, aku menjadi saksi bagaimana sukarnya anak anak yang berlidah ibundakan bahasa melayu, bertutur dalam bahasa melayu, hidup dalam persekitaran bahasa melayu tiba tiba dipaksakan memahami konsep mathematik dan sains dalam bahasa asing.
Bagi anak anak pra sekolah, lagilah pendidik (akulah tu) stress ....vocab mereka dalam bahasa ibunda pun masih sangat terhad. Ditambah pula dengan expectation parent yang mahukan anak anak menguasai konsep math dan sains dalam bahasa Inggeris. Anak anak pun jadi double stress....
Enough is enough...sebelum tekanan darah naik, better tengok sesuatu yang boleh melegakan stress...lauk pauk sepanjang minggu lepas

Wednesday, July 29, 2009
Lauk Ibu dan Anak...
Posting ni khas untuk datin yang tanya nor makan lauk apa hari ni...awak tanya silap hari lah tin, hari ni hari malas sesangattt masak.....start masuk dapur kul 6:50, pukul 7:10 dah siap. Namun utk tidak menghampakan permintaan teman yang ku sayangi ini ku tayang jua...
Appetizer - Buah naga ~sekarang tengah suka sangat makan buah naga, kalau makan tiap tiap hari pun takpe.
Sunday, July 26, 2009
Lauk Pauk weekend
Ini entry untuk 'break the ice', dah lama tak update blog, kadang kadang perlukan sedikit drive untuk menulis semula.
Thursday, July 16, 2009
Monday, October 20, 2008
Baryani Kesyukuran
Sebagai pengguna tetap lebuhraya suamiku sentiasa berhadapan dengan bahaya yang tidak mungkin terjangkakan. Sebagai isteri, setiap saat melepaskan pemergian suami aku hanya mampu memanjatkan doa dan mengharapkan perlindungan Allah ke atas dirinya. Setiapkali suami bermusafir dan aku tidak mampu menemaninya, hati tidak akan tenteram sehingga tahu yang suami telah selamat sampai ke destiansi yang dituju.
Hari ini sekali lagi hati bergetar bila suami beritahu tentang kemalangan yang nyaris ditempuhi dalam permusafiran kembali dari JB awal Subuh tadi. Sesungguhnya ini menginsafkan ku betapa setiap yang kita "milikki" (anak-anak, suami dan harta) tidak lebih hanyalah pinjaman semata-mata. Setiap waktu kita hanya mampu menyediakan dan memberi yang terbaik untuk yang kita kasihi. Supaya apabila sampai waktu untuk mengucapkan selamat tinggal tiada rasa sesalan atau terkilan yang menggunung di nurani yang paling dalam.
Alhamdulillah, sebagi tanda kesyukuran kerana suami selamat sewaktu permusafirannya, petang ni aku berniat nak buat nasi brayani special untuk suami. Kebetulan Dek Dah pun ada di rumah so bolehlah membantuku di dapur. Benarlah seperti bidalan, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan..walaupun pertama kali masak nasi baryani dan kekurangan beberapa bahan asas, Alhamdulillah ...menjadi!
Untuk menyerikan lagi nasi baryani ialah ayam masak merah, dalca dan pencuk sayur. Insya-Allah next time boleh buat baryani gam pulak. So malam tu kami tiga beranak menjamu selera dengan Nasi Baryani Seri Putra.
Hari ini sekali lagi hati bergetar bila suami beritahu tentang kemalangan yang nyaris ditempuhi dalam permusafiran kembali dari JB awal Subuh tadi. Sesungguhnya ini menginsafkan ku betapa setiap yang kita "milikki" (anak-anak, suami dan harta) tidak lebih hanyalah pinjaman semata-mata. Setiap waktu kita hanya mampu menyediakan dan memberi yang terbaik untuk yang kita kasihi. Supaya apabila sampai waktu untuk mengucapkan selamat tinggal tiada rasa sesalan atau terkilan yang menggunung di nurani yang paling dalam.
Alhamdulillah, sebagi tanda kesyukuran kerana suami selamat sewaktu permusafirannya, petang ni aku berniat nak buat nasi brayani special untuk suami. Kebetulan Dek Dah pun ada di rumah so bolehlah membantuku di dapur. Benarlah seperti bidalan, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan..walaupun pertama kali masak nasi baryani dan kekurangan beberapa bahan asas, Alhamdulillah ...menjadi!
Sunday, September 14, 2008
IFTAR Ramadhan...5
Maha Suci Allah, besar sungguh rahmatMu Ya Allah, ketika engkau tahu aku sedang bersedih, Kau kirimkan saudaraku untuk menggembirakan ku. Rumah 3/5 hari ini dikunjungi tetamu dari Bandar Puteri, Puchong.
Dapur yang dah lama sepi hari ini menjadi meriah dengan juadah yang disediakan untuk memuliakan tetamu yang datang. Maklumlah tetamu Ramadhan. Lagipun yang datang ni bukan calang-calang tetamu. Lynn dan Ujang ~ tukang masak yang biasa menyediakan makanan untuk pengunjung restoran. So sambil masak memang tak lepas peluang minta tips dari chef sekali.
Resepi berbuka hari ni Seafood Platter style ~ Buttered Prawn with egg floss, Rendang Kerang dan kangkung goreng ikan masin. Untuk pembuka bicara ~ Cempedak Tg Malim Goreng bingkisan dari my dearest sis in law (kak Izar). Dah dua hari simpan cempedak kat rumah, saja nak ambil aromanya yang menghiris rasa. Lynn beritahu dia memang tengah cari cempedak so bila masuk rumah maksu bau cempedak, memang dia happy sesangat. Rezeki Ramadhan ni memang penuh dengan hikmah yang tersembunyi.
As usual penutup acara hari ni solat tarawih di surau As-Syakirin. Malam ni hujan lebat so suasana dalam surau sangat nyaman dan syahdu, Macam terbau-bau wangi Lailatul Qadar...
Dapur yang dah lama sepi hari ini menjadi meriah dengan juadah yang disediakan untuk memuliakan tetamu yang datang. Maklumlah tetamu Ramadhan. Lagipun yang datang ni bukan calang-calang tetamu. Lynn dan Ujang ~ tukang masak yang biasa menyediakan makanan untuk pengunjung restoran. So sambil masak memang tak lepas peluang minta tips dari chef sekali.
Resepi berbuka hari ni Seafood Platter style ~ Buttered Prawn with egg floss, Rendang Kerang dan kangkung goreng ikan masin. Untuk pembuka bicara ~ Cempedak Tg Malim Goreng bingkisan dari my dearest sis in law (kak Izar). Dah dua hari simpan cempedak kat rumah, saja nak ambil aromanya yang menghiris rasa. Lynn beritahu dia memang tengah cari cempedak so bila masuk rumah maksu bau cempedak, memang dia happy sesangat. Rezeki Ramadhan ni memang penuh dengan hikmah yang tersembunyi.As usual penutup acara hari ni solat tarawih di surau As-Syakirin. Malam ni hujan lebat so suasana dalam surau sangat nyaman dan syahdu, Macam terbau-bau wangi Lailatul Qadar...
Sunday, August 31, 2008
Juadah Merdeka...
Hari ini ialah hari hormon serba tak kena, dari bangun tidur...moody semacam. kessian suamiku yang tak berdosa pun jadi mangsa...Cuba untuk tidak melayan perasaan yang tak berapa betul, aku gagah juga berkemas untuk menyambut ketibaan tetamu agung, Ramadhan Al Mubarak. Cuci langsir, kemaskan bilik tetamu, buang sawang-sawang di syiling dan kipas. Siap menyapu dan mop lantai dah hampir pukul 11, ingatkan malas nak masak, nak beli je kat kedai...baru nak buka mulut kat mak, mak dah sound " Beli ayam Su, separuh buat tomyam makan tengahari, separuh lagi masak kicap untuk sahur malam nanti.."
Emak...emak dari dulu lagi memang ayam masak kicap cukup sinonim sebagai hidangan keluarga kami bersahur. Dari zaman abang-abang aku dulu kena kejar ayam sendiri sampailah zaman ayam tunjuk je kat pasar...Alamak kena masak jugak aku ni...tapi bila kufikir-fikir semula, dulu masa kami kecik-kecik, sebut je nak makan apa mak pasti usahakan dan siapkan atas meja.
Lalu berangkatlah hamba pacal yang hina ini ke kedai untuk membeli bahan-bahan buat tomyam. Serai tak payah beli...tumbuh subur depan rumah, entahlah hubby kata ramadahan ni nak buka bazaar ramadhan nak jual serai dengan pucuk asing-asing...(hehehe)
Masak tomyam ni antara menu yg paling senang tapi balance diet. Maklumlah semua ada dalam tu, protein, sayur, kuah, herba...lately ni aku masak tomyam lebih suka guna daun ketumbar berbanding daun limau purut, lebih marvellous aromanya. Alhamdulilah, apa lagi yang lebih membahgiakan dari buat mak gembira di hari merdeka, entah tahun depan dapat ke lagi aku buatkan mak tomyam merdeka, Wallahualam.
Yang kat bawah ni pulak menu sepanjang minggu lepas, sebab tinggal berdua je ngan mak, menu pun ikut tekakaku dengan mak lah. Pengat pisang dengan sagu rendang tu nak meraikan daun pandan yang di bawa balik dari kampung. Bahulu gulung tu tak buat, lebih kenduri kak sam bawak, potong untuk minum petang semalam. kerisi masak kicap favourite teman..bubuh lada hitam lebih sikit, subhana-Allah...mujur esok start puasa, kolestrol! kolestrol!

Wednesday, August 27, 2008
Bon Appetit...Hi Protein, Low Cholestrol.
Mutakhir ni seleraku banyak terarah ke menu yang simple tapi berkhasiat, mungkin dah terkena kehangatan bahang Ramadhan. Lagipun menyediakan makanan bergizi amat penting bila dah mula berpuasa nanti. Isnin lepas untuk berbuka puasa, menu kami ialah ikan bakar dgn kuah asam. First time bakar ikan sardin (mackerel) sebab terpengaruh dengan kempen towkey kedai yang kata ikan sardin bakar sedap. Well kalau ada yang tanya, aku punya komen.."I like ikan cencaru/kembung better"
Untuk dessert or appetizer (?) ku sediakan agar-agar MAHA sebagai sunnah untuk berbuka dengan sesuatu yang manis. Biasanya buat guna low fat milk untuk menggantikan santan, tapi sebab stock low fat milk dah kehabisan....terpaksa guna santan. Pinjam nama MAHA sebab resepi gula nira beli kat MAHA. Sedap gula tu, rugi tak beli banyak dan buat stok.
Tempe goreng dengan ketumbar/jintan ni memang resepi tradisi wong Jowo, selain sedap ia dijamin Hi Protein. Sambal belacan dengan ikan masin seperti biasa nak pancing selera mak, maklumlah mak pun baru mula belajar puasa semula sebab sejak tahun-tahun terkebelakang ni mak selalu tak sihat atau on medicine waktu ramadhan menjelang so tak dapat puasa. Alhamdulillah sejak Rejab hingga Syaaban mak dah berlatih dan so far okay. Jadi jemput makan semua !

Sunday, August 3, 2008
Naga sari
Almarhum bapak dan kebun memang sangat sinonim, sehinggalah di akhir akhir hayatnya, bapak masih rajin menghabiskan masa dengan berbudi pada tanah, ketika kederat bapak dah tak seberapa, bapak hanya mampu menanam pisang di keliling rumah. Mungkin kerana keikhlasan dan cinta yg mendalam pada tanah, pisang yg ditanam selalu menjadi, bukan sahaja dapat makan sendiri tapi sampai berjual.
Aku ingat lagi dulu ada peraih yg datang ambil pisang di rumah, namanya Maliki. Almarhum Maliki meninggal beberapa tahun dulu kerana sakit batuk kering. Maliki ni peniaga pisang goreng di depan kampung kami. Pisang gorengnya memang popular sebab masa tu pisang goreng Maliki paling rangup dan sedap, kalau kami anak beranak yg datang beli memang dapat lebih, orang lain beli seringgit dapat 10 keping, kami punya sure lebih sampai 15 keping..:-)
Sebab bapak 'tokey pisang' maka mak pun selalulah menyediakan resepi-resepi yang berasaskan pisang seperti lempeng pisang, jemput- jemput pisang, lepat pisang, pengat pisang, apam pisang, pisang rebus cicah kelapa, pisang goreng, and tentunya my favourite kuih, naga sari. Akhir-akhir ni tak tahu kenapa aku ni jadi a bit nostalgik, almost semua benda yg dipandang mengingatkan pada kenangan dulu.
Dulu masa aku masih sekolah every time mak buat naga sari, abang aku akan jadi mangsa untuk melayur daun pisang dan aku akan menyibuk sebab seronok betul dapat ikut membungkus kuih naga sari. Rupanya pelajaran pertama buat kuih itu masih melekat di otak kiri ku hingga kini. Semalam bila nampak pisang masak di kedai, terus teringat nak buat naga sari.
Kuih naga sari ni mak selalu buat dulu sebab selain nak meraikan pisang masak yang aku adik beradik dah tak terdaya nak habiskan ia juga kudapan yang mengenyangkan, kalau bulan Ramadan, bapak akan bawak kuih ni ke surau sebagai jamuan moreh lepas tarawih. Yang seninya kuih naga sari ni dahlah intinya pisang, bungkus pun guna daun pisang. Kalau dapat pisang lilin lagi marvellous, sebab pisang lilin masak rasanya harum dan tersangat manis.
Walaupun 'sifu' ada kat rumah, tapi aku try and error sendiri je, sebab terasa masih jelas cara-cara membuatnya macam ada dvd tengah play dalam otak, subhana-Allah, Maha Suci Allah yang mengizinkan semuanya berlaku. Sebab bancuhan tepung berasnya dah dimasak sedikit jadi sekejap aje kukus dah masak. Alhamdulillah, mak suka dan dia lah yang menghabiskan kuih tu, as for my hubby, I guess being brought up in a different environment and 'kenangan' tak berapa gi dgn kuih naga sari..Don't worry dear, lepas ni teman buatkan kuih Perak pulak ya...:-)

Saturday, July 26, 2008
Dapurku masih berasap...
Sebelum my dearest friend, datin and shidah tanya nor dah tak masak lagi ke sekarang ni, dah lama dapur tak berasap, baik saya jawab dulu...masak, insya-Allah masak tetap masak! cuma sekarang ni tengah mood mencuba kuih muih melayu. Seronok mencuba sebab kat rumah sekarang ada dua orang 'tester'..:-)
Saja nak taruh gambar step-by-step nak bagi kau orang percaya nor betul-betul masak, tak ambik gambar kat kedai tau! Rasa , insya-Allah marvellous..
Talam pandan, lately banyak buat kuih yang pandan based sebab hari tu balik kampung ambik pandan 5 pokok, blend buat essen simpan dalam peti ais....nak buat kuih, nasi lemak or pengat senang, tak payah beli kat kedai or mintak jiran. Next time balik kampung nak ambik yang ada akar nak try tanam kat taman herba belakang rumah. Karipap pulak memang selalu buat sebab favourite suami. Ini improved version, sebab sejak belajar amalkan gaya hidup sihat ni tak buat pakai minyak panas dah, too oily...
To datin & shidah...jemput makan !
Saja nak taruh gambar step-by-step nak bagi kau orang percaya nor betul-betul masak, tak ambik gambar kat kedai tau! Rasa , insya-Allah marvellous..
Talam pandan, lately banyak buat kuih yang pandan based sebab hari tu balik kampung ambik pandan 5 pokok, blend buat essen simpan dalam peti ais....nak buat kuih, nasi lemak or pengat senang, tak payah beli kat kedai or mintak jiran. Next time balik kampung nak ambik yang ada akar nak try tanam kat taman herba belakang rumah. Karipap pulak memang selalu buat sebab favourite suami. Ini improved version, sebab sejak belajar amalkan gaya hidup sihat ni tak buat pakai minyak panas dah, too oily...To datin & shidah...jemput makan !
Sunday, June 8, 2008
Food Fom The Heart...
Cepatnya masa berlalu, hari ni dah hari ahad..oppss maksudnya dah habis ke cuti sekolah dua minggu ? My hubby pergi outsation di Gong Badak, T'gganu, tinggal mak dan ajun je kat rumah. Pagi kami breakfast milo dgn biskut tawar je. So kena masak cepat sebab biskut 2-3 keping sure tak boleh sustain sampai pukul 1. So lepas basuh dan sidai baju, pergilah jengah apa yg ada dalam peti ais dan mulalah mereka-reka menu yang akan dihidangkan untuk lunch nanti.
Dua tiga hari ni mak tak berapa lalu makan, so hari ni nak masak lauk kegemaran mak. Mak memang suka makan sayur bening. Ada ke orang Malaysia yang tahu apa tu sayur bening ? Di tempat lain mungkin dikenali sebagai masak air. I guess perkataan "bening" tu berasal dari perkataan Jawa, "bening" tu macam pagi yang bening, sebening sinar wajah yang membawa maksud bersih/cerah/jernih.
So sayur bening ni maksudnya sayur yang dimasak dengan bahan yang sangat minimum dan mesti berwarna jernih. Sayur bening yang ori tidak ditumis. Tumbuk bawang merah dgn ikan bilis dan rebus dengan air hingga mendidih, kemudian masukkan sayur. Ada banyak sayur yang sesuai dibuat sayur bening (e.g bayam, kobis, sawi, labu air, timun, pucuk paku, etc...). Bagi mereka yang mengamalkan crash diet sayur bening adalah pilihan yang paling sesuai....
Sayur bening goes well dengan sambal belacan, ikan goreng/ikan masin dan ulam-ulaman.

So there goes menu kami tengahari tadi, nasi putih, sayur bening, sambal belacan, ikan kembung goreng dan ulam-ulaman. Seronok tengok mak dengan ajun makan bertambah. Alhamdulillah, walaupun sangat senang menyediakannya tapi kombinasi yang amat membangkitkan selera. kalau ada sesiapa yang dah jemu makan kari atau gulai apa kata cuba sayur bening pulak. Kalau nak tambah nilai, boleh masukkan bebola ikan atau udang untuk menaikkan lagi rasa. InsyAllah marvellous!

So that's it, enough of makan-makan, takut nanti kengkawan ingatkan nor dah buat blog resepi pulak...hehe.
Dua tiga hari ni mak tak berapa lalu makan, so hari ni nak masak lauk kegemaran mak. Mak memang suka makan sayur bening. Ada ke orang Malaysia yang tahu apa tu sayur bening ? Di tempat lain mungkin dikenali sebagai masak air. I guess perkataan "bening" tu berasal dari perkataan Jawa, "bening" tu macam pagi yang bening, sebening sinar wajah yang membawa maksud bersih/cerah/jernih.So sayur bening ni maksudnya sayur yang dimasak dengan bahan yang sangat minimum dan mesti berwarna jernih. Sayur bening yang ori tidak ditumis. Tumbuk bawang merah dgn ikan bilis dan rebus dengan air hingga mendidih, kemudian masukkan sayur. Ada banyak sayur yang sesuai dibuat sayur bening (e.g bayam, kobis, sawi, labu air, timun, pucuk paku, etc...). Bagi mereka yang mengamalkan crash diet sayur bening adalah pilihan yang paling sesuai....
Sayur bening goes well dengan sambal belacan, ikan goreng/ikan masin dan ulam-ulaman.

So there goes menu kami tengahari tadi, nasi putih, sayur bening, sambal belacan, ikan kembung goreng dan ulam-ulaman. Seronok tengok mak dengan ajun makan bertambah. Alhamdulillah, walaupun sangat senang menyediakannya tapi kombinasi yang amat membangkitkan selera. kalau ada sesiapa yang dah jemu makan kari atau gulai apa kata cuba sayur bening pulak. Kalau nak tambah nilai, boleh masukkan bebola ikan atau udang untuk menaikkan lagi rasa. InsyAllah marvellous!

So that's it, enough of makan-makan, takut nanti kengkawan ingatkan nor dah buat blog resepi pulak...hehe.
Saturday, June 7, 2008
Air tangan seorang wanita....
Dulu sebelum kahwin selalu juga baca artikel-artikel tentang perkahwinan, tip-tips menjadi isteri yang baik, share pengalaman mak, kakak and kakak ipar dan kawan-kawan. Selalunya memang tak miss aku diingatkan tentang peri pentingnya seorang isteri memastikan suami disajikan dengan air tangan isteri...
Sebelum kahwin, adalah juga turun ke dapur walaupun lebih kerap tak...:-) ini disadvantage (read as alasan) jadi adik bongsu dan kalau ramai kakak ipar, bila berkumpul kakak- kakak akan conquer dapur. tapi mujurlah juga mak jenis strict dan 'agak garang'. So tahulah masak sikit-sikit.
Bila dah jadi isteri, secara automik naluri seorang isteri nak sediakan sendiri hidangan untuk suami. So awal-awal dulu habis kakak dan kakak ipar kena sms resepi. Kadang-kadang nak masak pukul 4ptg, pukul 3:45 baru dapat resepi dan perasan bahan tak cukup...:-)
Hari jumaat dan sabtu lepas, rumah kami dikunjungi abang saat dan abang saleh yg datang menziarahi mak. Alhamdulillah, inilah keberkatan bila mak duduk dengan kita. So aku mengambil cabaran menyediakan nasi tomato (one of resepi kegemaran suamiku). So jom tengok camna Chef Nor masak nasi tomato :
Mula-mula puan-puan, kita akan sediakan resepi ayam masak merah. Resepi ni nampak mudah tapi nak mencari keseimbangan rasanya yg masam, manis, pedas, masin tu perlu pengalaman. Alhamdulillah selepas berpuluh percubaan, dapat juga menyiapkan main dishes dengan jayanya..
Next kita masak dalca. make sure dalca tu rendam dulu supaya tak perlu rebus lama. Lagi banyak sayuran dan lagi banyak warna-warni lagi marvellous dalca tu (ikut nada chef wan). Kalau yang health conscious mcm my hubby tukar santan dgn low fat milk. And don't forget tumiskan daun kari sebelum masuk bahan lain. btw, nak share dgn yg tak pernah cuba, makan nasi lemak dengan dalca pun marvellous tau..try lah...
Last sekali kita masak nasi tomato. masak last supaya sentiasa panas masa nak makan. Guna beras basmathi supaya nasi nampak cantik. I like to mix tomato puree dengan fresh tomato yang ranum untuk membangkitkan rasa ori tomato...lepas nasi kering, taburkan kismis (raisin) on top of the nasi dan tutup and don't forget salad sebagai plengkap hidangan.
And...wallah....there goes a very balance diet and sedap dan paling penting dari air tangan seorang isteri, adik dan maksu. Siapa nak mencuba, datanglah rumah kami, insya-Allah ada rezeki korang, kita jamah sama-sama.
Lagipun zaman petrol dan harga barang-barang dan makanan naik mencanak-canak ni kita kenalah kurangkan makan luar dan masak sendiri. Sebagai chef, penting kita pastikan hidangan yang disajikan untuk ahli keluarga tu halal dan tayibban. Mudah-mudahan Ya-Latif (7x) yg dibaca berulang-ulang sambil masak mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan, melunakkan hati yang memakannya supaya taat pd penciptanya.

Subscribe to:
Posts (Atom)