Showing posts with label about hubby. Show all posts
Showing posts with label about hubby. Show all posts

Friday, June 25, 2010

Di sini kita pernah bertemu...

Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru
Dan hidupku kini ceria

Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ikatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan
Bersimpul padu

Kenangan bersamamu
Takkan ku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa

Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Mungkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan

Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janjinya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasihnya
Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah derita hadirlah cahaya


Thursday, April 22, 2010

Honey Lemon Tea...Kenangan Terhalal

Beberapa hari ni batuk dan tekak rasa tak selesa, suara pun dah mula bertukar lebih 'macho' berbanding biasa. Bila dah jadi pendidik ni, nak tak nak kena terima hakikat yg suara adalah asset utama.

Bila sebut honey lemon tea, hati mulalah rasa sedih sayu dan hiba, teringat sangat kat doktor peribadi yang selalunya tahu ubat apa nak kena makan, bila nak kena makan.

secangkir honey lemon tea yg mampu menyembuhkan......

Sekeping roti untuk menemani secangkir teh madu...

It wasn't really about the tea or the lemon or the honey...


it's the act of love that heals.....

Murrabi Cintaku, doktor peribadiku....

Thursday, July 9, 2009

Doa Buat Kekasih


Sungguh aku tidak akan
melupakanmu
Masakan dalam diri ini aku bisa lupa
Pada orang tersayang yang banyak
berjasa
Sungguh, aku tidak akan lupa

Dalam ria dan tangismu
Sentiasa aku ada disitu
Walaupun kita terpisah
Tetapi cinta dan kasih kita tidak!
Kau kusayang
Kaulah temanku sepanjang jalan

kekasih
Kekadang lidah letih menuturkan
badan penat menghantarkan
Akhirnya bicara cinta terlantar hanya
melalui sendu
Bisu...tetapi getarannya tidak pernah diam
Dan tika terpisah sendu itu memuncak
Ingin kudakap,
Ingin kupeluk,
Tidak mahu kulepaskan
Tapi siapalah kita yang tidak mahu
merelakan
Cinta itu semakin kukuh
Bila menjauh

Sayang,
terkadang aku tidak mampu meluahkan
Bila jemu, letih dan putaran hidup kian
mencengkam
Tetapi percayalah
Cintaku tidak pernah letih
Sayangku tidak pernah padam
Dalam sunyi dan ratap
Engkau tetap hadir dalam doa dan
harap

Ya Allah
Rahmati kekasih hatiku dibumi
Agar cinta kami membumbung tinggi
Tiada sempadan, tiada tara
...sampai syurga!
Amin.

Friday, March 13, 2009

Akhirnya airmata itu tumpah jua.....

Pagi ni pagi Jumaat, sejak lepas Subuh tadi hujan lebat di Bandar Seri Putra, dari malam tadi dah teringat-ingat teacher-teacher di tadika dah beberapa kali sebut dah lama tak makan nasi lemak mamak Haseenah, dulu Pakcik (allahyarham suamiku)selalu belanja kita orang kan ?...

Dalam hati aku beriltizam untuk memenuhi keinginan mereka, apa salahnya hari ni berkorban sikit untuk drive jauh demi kemanisan ukhuwwah. Sebenarnya bukan tak mahu belanja, tapi aku sendiri belum cukup kuat untuk menziarahi tempat-tempat yang ada nostalgia bersama suami.

Aku meredah hujan lebat pagi Jumaat dan bergegas turun kereta. Sperti biasa kehadiranku di sapa oleh jurukaunter yg memang mengenaliku, cuma kali ini tiada lagi soalan yg biasa diajukan padaku setiapkali aku sampai "..Kakak mana abang ?" Nada soalannya kali ini penuh nada simpati "Kakak apa khabar..okay ke ...(atau perasaanku ..Wallahualam)

Hati mula rasa serba tak kena, terus tanganku pantas mengambil 15 bungkus nasi lemak dan membayarnya di kaunter, sewaktu melangkah keluar aku dipanggil seseorang, bila ku toleh ..oh sahabat suamiku (Pensyarah KUIS ~bukan local) rupanya yang memanggilku. Aku memang cukup mengenali wajah itu yang juga pelanggan tetap kedai mamak dan sering bersarapan bersendirian. Suamiku sering menghampirinya untuk bertanya khabar atau paling kurang bertukar salam.

"Sister, I'm sorry I heard your husband pass away?" sahabat ini mengucapkan takziah dan memberitahu yg allahyarham suami ada memberitahu ttg pemergian kami ke Mekah dan dia menunggu-nunggu mengapa kami tidak muncul-muncul untuk bersarapan macam biasa walaupun musim haji telah lama berakhir, akhirnya dia telah bertanya salah seorang staff SAFF dan diberitahu yang suamiku telah kembali menemui Illahi.

Lama juga kami bersembang, sahabat ini kelihatan begitu terkesan dengan berita ini dan berulangkali meminta supaya aku bersabar dan menerima takdir Illahi. Selepas pamitan akupun berlari semula ke kereta , dan dalam hujan lebat itu akhirnya airmata yang telah ku seka sekian lama akhirnya tumpah jua. Selama dua bulan ini aku telah berusaha untuk mempamerkan riak ceria apabila dikhalayak ramai, aku tidak mahu mereka turut terkesan dengan kesedihanku.

Tapi pagi Jumaat ini, selepas dua bulan persitiwa itu berlalu, dalam hujan lebat ini akhirnya aku terpaksa akur dengan tuntutan hatiku. Airmataku meluncur laju selebat hujan yang mencurah di luar cermin keretaku. Bagaimana mungkin hatiku tidak terkesan sedangkan mereka yang jarang-jarang bertemunya pun masih sering mengingati kebaikannya. He was a very special person yang membuat orang berasa special berada bersamanya walaupun dalam hal-hal yg kecil.

Setiapkali kami bersarapan di Kedai, dia akan cuba untuk menjadi orang yg membayar dan amat susah hati kalau ada orang yg bayar dulu. Maklumlah guru tadika macam aku, kadang-kadang ada parent yg nak bayarkan. Dia cukup pemurah dalam membelanja orang makan. Ya Allah kau terimalah setiap amalnya sebagai amal Solih. Himpunkanlah ruhnya bersama orang-orang yang Engkau kasihi. Kurniakanlah tempat yang istimewa di sisiMu sebagaimana dia selalu membuat orang merasa istimewa disisinya ya Allah. Ameen Ya Rabbal Alamin.

Wednesday, March 11, 2009

March 11th : Diagnose Iman...


Bagi orang-orang yang beriman, musibah yang menimpa dihadapi dengan tabah, menyemarakkan lagi semangat kasih sayang terhadap Tuhannya, menghayati wasiat Nabi yang mulia maksudnya : " Pelik sikap orang yang beriman, apabila ditimpa atasnya satu nikmat dia bersyukur, maka baginya pahala, demikian pula sebaliknya apabila ditimpa azab, maka dia bersabar, maka baginya pahala, dan tiadalah sikap begitu pada orang selain mereka".Natijah daripada berfikiran positif inilah keimanan meningkat kepada kualiti yang lebih berbanding sebelumnya.

Jika dilihat dengan pandangan yang lebih mendalam berteraskan 'Ainil Basirah kepada bencana yang menimpa negara di tempat yang kebanyakannya dihuni oleh umat Islam, kita mampu membuat kesimpulan bahawa ianya merupakan ujian untuk mempertingkatkan kualiti hidup umat Islam itu sendiri.
Harus disedar bahawa dalam reality hidup bahawa kesusahan merupakan sunnatulLah yang akan menympurnakan warna warni corak kehidupan.SunntaulLah dalah suatu kanun yang tetap berlaku secara istiqamah selama kita berada di alam dunia.Firman Allah dalam surah al-Rum ayat 30 , maksudnya : tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

Rela atau tidak , pastinya manusia akan diuji sebagaimana yang dijelaskan dalam surah al-Baqarah ayat ke 155 : Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.

Pada dasarnya manusia tidak gemar kesusahan.Apatah lagi jika kesukaran itu diiringi dengan kepedihan kehilangan, kematian dan janji-janji kosong.Namun demikian, jika dikaji secara mendalam , di sebalik pengalaman-pengalaman pahit yang dilalui sebenarnya tersirat hikmat yang cukup luarbiasa daripadaNya.Kesulitan akan menyebabkan terhasilnya pengetahuan, kerana ia menjadi pengalaman yang cukup berharga untuk menghadapai hari depan dengan lebih kuat dan kraetif.

Mengahdapi ujian ini, muslim perlu memperlengkapkan dirinya dengan petua-petua berikut:
Pertama : Hendaklah berbaik sangka dengan Allah yang telah mentakdirkan ujian yang berlaku.Hakikatnya semua orang akan melihat sudut yang negative tentang apa yang berlaku, sedangkan terdapat banyak perkara yang positif di sebaliknya.Hanya orang yang bijak dan sabar sahaja yang akan memperolehi perkara-perkara positif di sebaliknya.Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 216 maksudnya : "dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.Barangkali tepat untuk dikemukakan bandingan yang diberikan oleh Muhammad al-Ghazali : " Jika anda diberi segelas air jeruk yang masam, janganlah dibuang tapi tambahlah gula padanya!

Kedua, muslim hendaklah meneruskan kehidupan seperti biasa, meneruskan agenda hidup dengan keceriaan dan bahagia.Benar kata-kata mereka : " Life has to carry on".Kita tidak sepatutnya berlarutan dalam duka.Lakukan latihan-latihan yang dapat meneruskan kesinambungan hidup secara-konsisten.

Ketiga, hadapilah ujian dengan objektif tanpa panic dan bayangkan suasana yang lebih baik yang pasti akan berlaku selepas ini.Firman Allah swt dalam surah al-Alam Nasyrah ayat ke 5-6 maksudnya : Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

Ke empat pelihara iman kerana ia merupakan energi hidup.Teruskan kesinambungan hidup dengan membersihkan hati agar menyinar nur keimanan dalm diri buat bekalan menghadapi kesusahan dengan semangat dan ketabahan.Orang yang sengsara bukanlah orang yang kehilangan harta benda tetapi orang yang terkikis dan terhakis imannya dek kegagalan menghadapi kepayahan yang sementara, sanggup memperdagangkan iman kerana mengelakkan kerugian harta.

Dan wasiat terakhir, hadapilah hari-hari ini dengan memperbanyakkan munajat dan berdoa kepada Allah.Antara doa yang menjadi amalan salaf yang dianjurkan oleh Nabi apabila mengahdapi kesusahan dan kesedihan ialah dengan berdoa : “Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (lelaki) dan anak hambaMu (perempuan) . Ubun-ubunku dalam gengamanMu, hukumanMu berlalu kepadaku, Qada’ ( keputusan ) Mu kepadaku adalah adil, aku mohon kepadamu dengan setiap nama yang telah engkau berikan untuk diriMu, atau yang Engkau turunkan dalam kitabMu, atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang engkau simpankan dalam perbendaharan ghaib dari ilmuMu, agar Engkau jadikan al-Quran sebagai penyejuk hatiku , cahaya dadaku, pelenyap dukaku dan penghilang kesedihanku”.( HR Ahmad dan Ibn Hibban, dianggap sahih oleh al-Albani dalam silsilah al-Ahadith al-Sahihah ) .Semuga setiap muslim dikurniakn Allah sifat kekuatan oleh Allah mengadapi musibah dalam apa bentuknya sekalipun deNgan keimanan dan ketenangan. (SUMBER ASAL DARI SINI:USTAZ ZAHAZAN MOHAMAD)

Thursday, February 19, 2009

Menafsir Hikmah...


Rasanya belum ada satu hari yang berlalu tanpa aku merindui Allahyarham suamiku, dan hari ini genap 40 hari suamiku menemui Illahi. Selepas beberapa minggu rumah yang 'terlalu besar' ini terasa begitu sepi dan bungkam, senja tadi aku menerima tetamu...

Sebelum ini tetamu yang datang seboleh mungkin cuba menghiburku dengan kata kata yang menggembirakan atau paling kurang mengucapkan takziah. Namun setiap kali tetamu pulang aku tetap juga merasakan 'beban' yang ku tanggung ini tidak berkurangan malah menjadi semakin begitu menyiksakan.

Tetamu yang datang senja tadi sebaliknya datang untuk mengadu masalahnya kepadaku, walaupun dalam keletihan kerana ketika tetamu sampai maghrib tadi aku baru balik dari urusan di Kajang, aku tetap menerima dan meraikan tetamu dengan menyediakan hidangan seadanya. Ini memang amanat allahyarham suami yg selalu berpesan supaya aku meraikan tetamu kerumah kami sebaiknya.

Begitu indah perancangan Allah, Dia menghantar kepadaku seorang tamu yang meluahkan masalahnya dan meminta pendapatku. Betapa luahan hatinya membuat aku akur dan insaf, begitu besar kurnia Allah kepadaku, dia telah meminjamkan kepadaku seorang suami yang terlalu istimewa. Terima Kasih ya Allah, gantikanlah kesedihanku ini dengan syurga ya Allah, supaya aku bisa bertemu suamiku di sana.

Saturday, February 7, 2009

Muhasabah Diri


Sayang, aku tenang di sini kerana aku yakin kau telah menerima hakikat ini dengan tabah dan bijaksana. Hentikan tangisanmu, demi ketenanganku di perantauan ini. Yakinlah perpisahan sebenar bukan kerana jaraknya destinasi tetapi oleh retaknya hati.

Perpisahan ini, insya-Allah akan menyuburkan cinta...sekiranya kita menerimanya sebagai satu didikan Allah. Yakinlah, kita akan bertemu dalam suasana yang lebih indah dan manis. Perpisahan ini adalah mahar buat saat yang indah itu.

Semuga perpisahan ini menguatkan jiwamu. Tiadalah ubat jiwa yang paling mujarab kecuali mencintai Allah. Dan dengan cinta itu nanti semuga kita saling menyintai kerana Allah - cinta yang lebih suci.

Sayangku,
Hadapilah kenyataan ini. Aku sentiasa berdoa untukmu.

Ya Allah...
Kuatkanlah iman dan taqwa isteriku.....dengan kau suburkan selalu dihatinya rasa hina, berdosa, jahil, lemah, miskin, berharap terhadap-Mu.

Ya Rahim...
Berikanlah dia kesabaran dan kekuatan dalam mendidik anak-anak didiknya. Agar ditangannyalah nanti tertempa anak-anak yang solih dan solihah. Bimbinglah kemarahanyya, kesabarannya, kelembutannya, hukumannya dan segala-segalanya dengan seimbang agar dia terdidik untuk mendidik.

Ya Rahman..,
Maniskanlah akhlak isteriku, hiasilah kata-kata dari lidahnya dengan kebenaran dan kelembutan. Berilah kecantikan dan keindahan hakiki dengan limpahan taqwa yang sejati.

Sayang,
Ramai pasangan yang berpisah kerana putus cinta. Namun lebih ramai yang yang terpisah kerana terlalu cinta. Bila cinta makhluk membelakangi cinta Allah, maka cinta itu akan kehilangan daya untuk bercinta sesamanya. Ia akan layu, kesepian dan kesaorangan. Pada cinta yang ilusi begini..pertemuan adalah perpisahan. Tapi bila cinta itu cinta hakiki, berpisah jauh pun masih bertemu.

Perpisahan ini adalah ujian yang akan menguatkan kembali ikatan perkahwinan. Sesungguhnya inilah cara Allah mencantas pergantungan hati kita kita dengan yang bernama suami, isteri, ibu, bapa, anak dan saudara.

Didikan ini sangat mahal harganya. Inilah intipati iman kita kepada satu ayat Al-Quran yang sangat pendek: "Sesungguhnya kita kepunyaan Allah dan kepada Allah kita akan dikembalikan"

Bersedialah untuk menghadapi yang terburuk akibat perpisahan ini. Namun jangan sesekali terputus dari berharap sesuatu yang terbaik.

Doamu dan doaku pasti dicelahi oleh rasa bimbang takut-takut tidak diperkenankan tetapi padamkanlah segalanya dengan keyakinan bahawa ia pasti diperkenankan. Amin. Yang penting....bukan diperkenankan atau tidak, tetapi semuga Allah tingkatkan keimanan, kesabaran dan tawakkal kita menghadapi apa jua takdirNya.
Isteriku, kata hukama: "Usah dipinta ringankan ujian, tetapi pintalah dahulu beratnya iman untuk mengahadapinya"

Thursday, July 10, 2008

Seri Muka dan muka yang berseri..

Allah menjanjikan kepada hamba-hambaNya yang berpuasa dua kegembiraan iaitu kegembiraan apabila berbuka dan kegembiraan apabila bertemu dengan Allah. Tentu ramai blogger yang dah memulakan persiapan ramadhan dengan mula berpuasa sunat isnin khamis, berpuasa Nabi Daud dan bagi kaum hawa mula mencongak-congak puasa yang perlu diganti...

Kegembiraan seorang isteri tentunya dengan menyediakan hidangan yang boleh mengembirakan seorang suami. Apa yang lebih menggembirakan selain dari melihat juadah yang disediakan dengan susah payah dijamah dengan berselera oleh sang suami

Kegembiraan bagi seorang suami pula tentunya jika dapat menikmati hasil air tangan seorang isteri. Definisi lazat bagi seorang suami adalah sangat subjektif. Ia berkait rapat dengan emosi dan nostalgia. Jika cinta masih dihati, walaupun hidangan yang disediakan hanya sepiring cucoq pisang dan secawan tea-o nipis, maka ia boleh sahaja menjadi hidangan yang paling lazat di dunia. Alhamdulilah setakat ini cucoq pisangku masih lagi diminati suami..:-))
Rasulullah s.a.w adalah contoh suami mithali dan tauladan seluruh ummah. baginda Rasul amat sederhana dalam soal makan. Amat banyak sunnah yang ditinggalkan untuk umat yang dikasihi. Baginda makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang, Ar-Rasul tidak pernah mencaci makanan jika tidak menyukainya. Diberitahukan oleh Aisyah r.a bahawa Baginda akan makan jika suka dan meninggalkan makanan itu jika Ar-Rasul tidak menggemarinya, Jika isteri-isteri Rasul memberitahu tiada makanan di rumah maka Rasulullah s.aw akan berpuasa.

Baginda juga amat berhikmah dalam menegur isteri-isteri tentang masakan. Ketika Aisyah masak dan makanan itu terlalu masin, Rasulullah tidak terus marah atau meludahkannya sebaliknya mempelawa dan menyuapkan Aisyah lauk tersebut sehingga Aisyah sendiri menyedari masinnya lauk tersebut.

Alhamdulillah, Allah memakbulkan doaku kerana memberikan suami yang amat sederhana dalam soal pemakananan.Thank you suamiku kerana banyak mengingatkanku tentang sunnah Rasul, I have to admit I'm a bit cerewet tentang makan.:-) Justeru kesederhanaanmu itu sering membuat aku merasa ingin menyediakan yang terbaik untukmu. The best part is taste suami dan aku banyak persamaan; lebih kepada kuih muih yang ada nostalgia.. Last tuesday, I prepare kuih seri muka untuk suami yang berpuasa, melihat seri mukanya menikmati seri muka really boleh membuat muka isteri jadi berseri...

Wednesday, May 7, 2008

Lensa Musafir Lebuhraya

Seperti biasa, saban minggu aku sentiasa berulang-alik dari BSPutra (Selangor) dan TSPulai (Johor). Selain dari berulang-alik menjenguk kedua-dua keluarga, aku juga perlu melihat dan menguruskan kedua-dua pejabatku di kedua-dua tempat tersebut.
Entah dah berapa puluh ribu telah aku belanjakan kepada PLUS dan Petronas, dua syarikat gergasi di tanah air. Kalau tak mahu bayar, 'semua pemandu kenderaan boleh lalu jalan lama yang tidak ada TOL, tidak ada paksaan untuk melalui lebuh-raya yang telah disediakan oleh PLUS' (dengan pinjaman dari kerajaan juga kan...). Nak tak nak, perjalanan di lebuhraya sedikit sebanyak memberikan beberapa manfaat kepada aku yang kini telah hampir menjangkau umur setengah abad ini.
Sebenarnya aku telah mula bermusafir di lebuhraya Utara-Selatan sejak tahun 1989 lagi, apabila aku diminta berpindah ke UTM Sekudai, Johor sedangkan keluargaku pada masa itu tinggal di KL. Setiap tengah hari Khamis, aku akan memulakan perjalanan dari Sekudai ke Batu Pahat, makan nasi Beriani di tepi sungai, melalui Parit Sulong dan terus ke Pagoh. Ketika itu, L/R hanya siap setakat Pagoh sahaja. Esoknya (Jumaat), pagi Jumaat akau biasanya bertolak jam 10.00 pagi dan singgah di masjid Pagoh untuk solat Jumaat. Selepas solat, aku teruskan perjalanan ke Sekudai. Itulah rutin aku dari tahun 1989 hingga 1992. Di sepanjang tempoh tersebut, kadang-kadang aku juga membawa penumpang yang berulang alik dari UTM Skudai ke KL dan kadang-kadang menurunkan penumpang di tepi lebuhraya sahaja yang akan menuruni lereng lebuhraya ke jalan lama (di Melaka)..
Kini sejak 1994, aku masih menyusuri lebuhraya setiap minggu hingga kini...sudah hampir 20 tahun.. Apakah pengalaman dan pengajaran yang diperolehi ???
1. dapat meluangkan sedikit masa berfikir tentang kehidupan duniawi.
2. muhasabah diri;
3. melihat keindahan alam ciptaan yang Maha Agung;
4. tak guna memandu laju kalau saman RM300 tak sanggup nak bayar;
5. melihat gelagat dan karenah manusia - orang berkereta besar dan kecil;
6. melihat dan mengambil iktibar dari pemandu negara jiran 'melepaskan geram';
7. selaju mana kita memandu sekali pun, Allah jua yang menentukan sama ada kita sampai cepat atau lambat...

Begitulah serba ringkas catatn yang dapat dicoretkan buat tatapan semua. Gambar di sudut kiri diambil sementara menunggu Maghrib di R&R Seremban semasa dlm perjalanan dari JB ke BSPutra petang tadi...
Puluhan gambar telah diambil di sepanjang lebuhraya terutama apabila mentari melabuhkan tirainya untuk menyambut kedatangan malam... Semoga, hari esok masih ada ...

Ir AF Kassim/BSP

Sunday, May 4, 2008

Semalam adalah Sejarah, Hari ini Pasti, Esok...InsyAllah


Permata (Untuk Isteri Ku)

Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Kerana engkau isteri

Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikanKerana kau isteriku

(untuk suamiku .. jazakallah khair for the song ...)
Posted by Picasa

Friday, April 25, 2008

Keheningan Senja di Bandar Seri Putra...

so mysterious...

so fascinating...

so wonderful...

so amazing...


Lagi sentuhan my hubby, Ir Photographer...kali ini bertemakan Menjelang Berlabuhnya Senja SubhanAllah - Maha Suci Allah, The Creator ...yg menciptakan senja . I feel so humble and helpless watching this wonderful creation of Him..

Thanks my dearest hubby, a picture really speaks thousand words...

Thursday, April 3, 2008

Suamiku ..Ir Photographer

My hubby have a very great passsion towards photography....kalau dia jumpa sunrise atau sunset....wife dia kena get ready untuk tunggu kat kedai mamak sampai capati sejuk gedik...but then...berbaloi....tengoklah hasilnya.

Fajar di Ufuk Timur -Kampung Panchor (Perak)

Fajar di (BSP)


Sunday, March 30, 2008

Jazakallah Hu Khairan Khatira Suamiku


Suami yang ku kasihi

You are different from anyone I've ever met before,
And yet, somehow,
there's something distinctly familiar about you
Maybe it's in the way your eyes laugh so clearly,
or maybe it has something to do with the warmth in your heart
Whatever it is, it's the reflection of your beautiful soul
I've never known anyone to understand or care like you do..
You have a great gift, and that gift is yourself,
I'd like to thank you for choosing to share the gift with me.
And though no person may be able to change the world,
I want you to know that you have made a significant difference in my life,
and I appreciate you....