Showing posts with label Fuaadnnor Santai. Show all posts
Showing posts with label Fuaadnnor Santai. Show all posts

Wednesday, June 30, 2010

Menerobos Sempadan Diri@Sg Congkak

Alhamdulillah, weekend lepas bawa adik adik usrah berehlah di Sg Congkak. Hujan yang lebat pagi ahad tu tak melemahkan semangat kami yang memang berkobar kobar nak beraktiviti luar.

Antara keindahan panorama di Lembah Pangsun, Hulu Langat.

Tempat kami mandi manda dan menikmati kesejukan air terjun....

Antara pengisian rehlah - mampukah ukhuwwah bertahan dalam saat kesukaran dan kesakitan ....

Oleh kerana musim durian sekarang ni, kami juga tak lepaskan peluang untuk menikmati durian Langat yang popular. Alhamdulillah, memang sedap...

Apatah lagi bila dinikmati dalam suasan ukhuwwah bersama adik adik yang seakidah dan seiring dalam perjuangan.

Mulanya takut juga tak habis durian yang diorder, kotlah adik adik ni tak berapa makan durian rupanya semua memang sangat suka durian, Alhamdulillah...

Betapa indahnya perancangan Allah, pemergian kami diiringi oleh hujan, begitu juga waktu kami nak balik, hujan turun dengan lebatnya...seolah olah 'menangisi' perpisahan dengan kami...mudah mudahan kekuatan ukhuwwah yg terjalin umpama arus deras yang mengalir, mampu menongkah apa jua rintangan yang menanti di sepanjang jalan perjuangan ini.

Sunday, April 12, 2009

Lukisan Alam..

Lukisan Alam
Artist: Hijjaz

Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitulah aturan Tuhan

Jadilah rumput nan lemah lembut
tak luruh dipukul ribut
Bagai karang didasar lautan
Tak terusik dilanda badai

Dalam sukar... hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang... awasi kealpaanmu
Setitis derita melanda
Segunung KurniaanNya

Usah mengaharpkan kesenangan
Dalam perjuangan perlu pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan

Dalam diam... taburkanlah baktimu
Dalam tenang... buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
Dalam jiwamu itu
Di dalam jiwamu itu

Thursday, March 26, 2009

16hb Mac itu...

Cuti sekolah minggu lepas, aku balik ke kampung halaman di Johor. Bertolak dari BSP hampir pukul 5 ptg kami sampai di rumah Kak sarah di Kg Parit Lapis Mahang waktu jam menunjukkan hampir pukul 9 malam. Mujur permusafiran kami kali ni ditemani teacher Yan yang teringin nak tengok kampungku. Hujan lebat sepanjang perjalanan dari Bangi ke Ayer Hitam mungkin faktor utama jalan masuk ke kampung begitu sunyi, hampir kami tak bertemu dengan kereta sepanjang jalan dari Parit Hamid ke rumah Kak Sarah, hanya doa dan tawakkal menjadi peneman sepanjang perjalanan.

Persinggahan kami ke rumah Kak Sarah memang dirancang sebab nak ziarah kak sarah yang baru lepas buat coronary intervention (heart blockage). Kak Sarah sepatutnya menjalani 3 kali rawatan, the next one will be in May. Alhamdulillah kakak kelihatan sihat dan masih bersemangat.

Balik kampung memang percutian yang menenangkan. Pesara macam abang iparku begitu tenang menikmati masa pencennya. Selain berkebun kelapa sawit, kang Salam mengutip buah buah pinang untuk dijemur dan dijual sebagai kopra pinang, walaupun harganya murah tapi baginya inilah salah satu aktiviti riadah yang telah dilakukannya sejak zaman bujang lagi.

Sehari semalam di rumah Kak Sarah kami meneruskan pejalanan balik ke rumah mak di Kulai kerana keesokkan paginya aku telah merancang untuk menziarahi pusara suami di tanah perkuburan Kangkar Pulai. Tarikh 16hb Mac itu begitu bererti bagiku kerana ia adalah tarikh ulangtahun perkahwinan kami. Dalam usia perkahwinan kami yang amat singkat ini dia telah memberikan aku seluruh kebahgiaan yang didambakan oleh seorang isteri dari seorang suami. namun sebagai hamba, aku akur bahawa seluruh cinta dan kasih sayangku tidak mungkin menandingi cinta dan kasih sayang Allah padanya..

Akhirnya dengan berat aku meninggalkan tanah perkuburan yang begitu mendamaikan itu. Aku harus kembali ke alam realiti dan meneruskan kehidupan seperti yang diamanahkan.

Sebelum balik lagi aku telah berjanji dengan anak-anak saudaraku untuk membawa mereka ke zoo sempena cuti sekolah. Selepas ke kubur kami pun meneruskan perjalanan ke Zoo Interactive di Saleng. Melihat keletah dan keriangan anak-anak saudara seolah mengubat mendung yang berlabuh di hati. Sesungguhnya anak-anak itu dilahirkan dalam fitrah, mereka umpama air hujan yang menjadi penawar di kala kemarau panjang. Lama juga kami berlegar-legar di dalam zoo, kebetulan cuaca pun tak berapa panas terik jadi suasana agak nyaman.

Alhamdulillah, percutian yang singkat namun begitu bererti. Ada seorang insan pernah memberitahu ku...kadangkala untuk ke depan kita perlu melangkah beberapa tapak ke belakang.....Berputus asa bukan sifat insan yang dikasihi Tuhan, namun mencari ruang-ruang dan sisa-sisa kekuatan untuk meneruskan perjalanan hingga sampai masa dipanggil pulang...

Sunday, March 22, 2009

Selamat Pengantin Baru Teacher Zai..

Alhamdulillah Sabtu 21 Mac yang lepas, aku dapat memenuhi undangan walimah teacher Zai di rumah pengantin lelaki di Felda Pasoh, Negeri Sembilan. Teacher Zai telah selamat di akad nikahkan pada 7hb Mac di kampung halamannya di Segamat, Johor. Teacher Zai pernah berkhidmat sebagai pembantu guru/pengasuh di Al-Fatih sebelum meletakkan jawatan untuk menjadi surirumah sepenuh masa.

Pagi Sabtu aku, Ina, teacher Yan, teacher Aida dan 4 orang anak gadisnya bertolak dari Bandar seri Putra dengan unser teacher Iman ke Pasoh. Kami melalui jalan Senawang -Kuala Pilah kerana dah janji nak konvoi dgn teacher nurul dan suami yang menunggu di Hutan Lipur Ulu Bendul.

Sebelum ke rumah Zai kami singgah di rumah Pakcik Kasad dan Mak Mah (Ayahanda dan Bunda Ina & teacher Yan) di Felda Pasoh. Kedatangan kami disambut dengan ramah tamah dan dijamu dengan sarapan pagi. Alhamdulillah memang kami tengah lapar sebab tak sempat sarapan. Lepas kenyang perut kami pun meninjau-ninjau di sekitar rumah Pak Kasad sambil melawat kandang kambing biri-biri dan kolam ikan air tawar. Bertuahnya Ina dan Yan, selalu dpat makan ikan dan daging fresh dan paling penting dijamin halal..insya-Allah.

Lebih kurang jam 1 kami pun bertolak pula ke Felda Pasoh 4 sebab nak kejarkan pengantin yang katanya nak begerak dari rumah persinggahan. Kami tiba di rumah pengantin just in time sbb pengantin baru mula bergerak diiringi paluan kompang. Kami pun terus tumpang sekaki ikut rombongan pengantin.

Jamuan di rumah pengantin memang special, nasi putih dengan ayam masak lemak cili padi, sambal tumis petai dan udang, rendang daging dan sambal tempoyak daun kayu. Apalagi.. sekali je tuan rumah pelawa...kami pun terus je buat macam rumah sendiri, tak tunggu pun pengantin makan beradap.

Lepas makan dan berjumpa pengantin, kami pun minta izin untuk bertolak balik, maklumlah perjalanan jauh. Kali ni kami ambil keputusan tak lalu Kuala Pilah sebaliknya ikut jalan Kuala Kelawang. Oleh kerana pemandu pelancung kami memang orang jati N9, maka sepanjang jalan kami di beri taklimat tempat-tempat menarik yang kami lalui. Rupa-rupanya N9 ni kaya dengan sejarah.

Kami sempat juga singgah di Air Terjun Jeram Toi, MasyAllah.. teruja betul tengok air yang sejuk dan jernih tu... Kenapalah Ina dan Yan tak beritahu awal-awal, akhirnya dengan baju kurung kami turun juga ke air, dapatlah lepaskan geram setakat cuci muka dgn air terjun. Anak-anak gadis teacher Aida bukan main seronok main air. Anak bujang kecik teacher Nurul pun boleh tahan jugak. Oleh kerana kami tak bersedia, lepas hilangkan geram dengan air terjun tu kami pun beredar dengan hati yang berat.

Apapun Alhamdulillah, perjalanan kami lancar dan yang penting kami dapat menunaikan hak saudara muslim kami. Untuk Zai dan Zul, selamat mencari keredhaan Allah, kami mendoakan rumahtanggamu akan dilingkungi rahmah dan mawaddah sentiasa. Amin.

Thursday, November 20, 2008

Kenduri Doa Selamat

Alhamdulillah, kenduri doa selamat yang dirancang pada saat-saat akhir berjalan lancar. Terima kasih yang tidak terhingga kepada saudara mara, jiran tetangga, warga al-Fatih/SAFF dan semua tetamu yang sudi hadir dan mendoakan pemergian kami nanti.

Sekalung penghargaan buat mereka yang membantu melancarkan perjalanan majlis. Pada Kak Akilah yang datang membawa dua periuk besar bubur durian dan Kak Izar for her marvellous puding roti - terima kasih. Pada keluarga Abang Saleh, Lynn, Ujang dan Dek Pah yang bertungkus lumus di dapur dan kemudian membantu mengemas rumah- muga Allah jua yang membalas budi kalian semua.


“AKU menyahut panggilanMu wahai Tuhanku! Aku menyahut panggilanMu! Tiada sekutu bagiMu, aku menyahut panggilanMu! Sesungguhnya kepujian dan kenikmatan itu bagiMu, juga kerajaan tiada sekutu bagiMu! Aku menyahut panggilanMu dengan haji yang benar-benar penuh dengan ibadat dan perhambaan!”

Friday, November 14, 2008

Monolog...

Kesibukan yang tidak bertepi akhir-akhir ini membuat diri menginsafi betapa singkatnya kehidupan yang dipinjamkan. Begitu banyak amanah yang perlu digalas, begitu terhad pula kudrat yang ada. Tamsil kehidupan ini tidak lebih dari melihat dari sebalik sebiji gelas. Hanya bekalan iman dan taqwa (iT) yang akan memandu adakah kita melihat kehidupan dari perspektif gelas kosong mahupun berisi.

Memandu pulang selepas hantar hubby ke LCCT, aku menginsafi begitu luas nikmat Allah yang perlu disyukuri..menggamit jiwa ini untuk berhenti sebentar di tepi jalan dan bertasbih memuji keindahan kejadianMu yang begitu sempurna.

Ya Allah, pandulah jiwa kami...terimalah aku dan suamiku sebagai tetamuMu yang istimewa. Jadikanlah permusafiran ini rehlah Rabbaniah yang akan mengubah sempadan iman kami...

Thursday, October 16, 2008

Petanque di Kuale....

Waktu hubby sibuk dengan sessi 'catching up old time' dengan his "Silverian friends'...(hehe Perakian lah tu!) aku pun sibuk juga ...sibuk bertaaruf dengan Kak Wan dan Najwa (anak buah yang tinggal bersama kak Wan). Agaknya naluri kindy teacher ni dah sebati dalam diri..so kalau jumpa anak-anak umur tadika ni memang mudah jadi kawan baik.

Dari satu topik ke satu topik yang dibualkan dengan kak Wan, sehinggalah terkeluar al-kisah Kak Wan kata dia bawa Najwa main Petanque...huh! PETANQUE ?...errr...kome pernah dengar ke apa dia Petanque ni ? Waktu dalam perjalanan ke rumah Cikgu Shahrir tadi adalah aku nampak papan tanda ni di tepi jalan tapi bila tanya hubby, dia pun tak tahu....so aku pun tak lah berniat nak pursue perkara tu..

Rupanya game ni memang popular di Kuala Kangsar, no wonder aku nampak signboard gelanggang petanque kat tepi-tepi jalan. Camna aku boleh tak tahu ek ? bila buat goggle search rupanya Petanque ni berasal dari Egypt dan Turkey tapi dipopularkan oleh golongan aristokrat French. Sebab tu sebutannya pun ala French. Sebut petanque (as if Perak...) The best part is sukan Petanque ini dah jadi salah satu acara pun dalam Olympic Beijing 2008 yang lepas...

Menurut Kak Wan, Cikgu Shahrir antara orang kuat yang mempopularkan sukan Petanque di Malaysia. Dah banyak negeri yang dijelajahnya untuk buat road tour memperkenalkan Petanque ni di institusi pengajian tinggi di Malaysia. Kak Wan dengan murah hatinya menunjukkan game Petanque yang dah didownload dlm PC, tapi sebab first time...susah juga nak memahami rule of the game. Si Najwa pun bukan main seronok nak mempamerkan kepakarannya membaling bola petanque. Nasib baik makcik pakai baju kurung comel-comel hari tu tau Najwa, kalau tak teringin jugak makcik nak join Najwa baling bola besi tu...

Bagi yang berminat nak tahu lebih terperinci bolehlah surf kat inernet , kalau nak mencuba apa kata terus je drive ke Kuala Kangsar..tak jauh mana pun. Alhamdulillah dapat ilmu baru, kalau ada rezeki ke Kuale lagi lepas ni bolehlah mencuba skill di gelanggang Petanque...

Wednesday, September 17, 2008

IFTAR Ramadhan...7

Pada peringkat umurku sekarang, aku menyakini bahawa tiada jalan pintas untuk mencapai silaturrahim. Ianya ibarat sebuah kisah percintaan yang memerlukan dua pihak untuk menjayakannya. Iftar kami hari ini lebih dari sekadar sebuah iftar biasa ...hari ini iftar kami iftar silaturrahim. Sewaktu menerima sms dari Nawal (hubby's sister), naluri untuk berbuka bersama di rumahnya di TTDI Jaya, Shah Alam lebih dari sekadar memenuhi undangan berbuka puasa tapi juga menyantuni nilai persaudaraan.

Walaupun fitrah Ramadhan itu dalam keadaan biasa membataskan aktiviti ziarah, tapi aku dan hubby mengambil kesempatan ini untuk melebarkan sayap persaudaraan kurniaan Illahi. W/pun bukan yang pertama, alhamdulillah kami sampai awal di rumah Nawal. Master Chef (Kak Izar, my dearest sister in law yg tinggal di Tanjung Malim) dah beat kami untuk jadi tetamu merangkap co-host yg terawal sampai .

Kak Izar dah masak siap-siap dari rumah dan bawa ke rumah Nawal untuk dikorbankan. So aktiviti petang tu lebih kepada menyiapkan aksessori mee rebus. chef undangan dapatlah menyumbangkan puding sagu untuk tambahan pemanis mulut.

Iftar jamaie dengan saudara mara is always my favourite. Apatah lagi aku memang datang dari keluarga besar yang rajin makan ramai-ramai. Lagi tak cukup lagi sedap makan. Memang tak sama nikmatnya dengan makan di hotel walaupun lauk melimpah ruah.

Seronok betul tengok masing-masing bersilang tangan nak merasai kelazatan mee rebus kak Izar. Nasi dengan tomyam yg tuan rumah sediakan dah tak ada orang pandang dah. Walaupun sebelum tu hubby menyakat orang Jawa berbuka makan nasi (aku dan suami berkahwin silang bangsa, JJ vs MP (Jawa Johor dengan Melayu Perak..) tapi malam ni JJ pun tak sentuh nasi sebab dah terkena badi mee rebus Tg Malim.
Lepas solat maghrib berjamaah, kami pun duduklah catching up (my hubby terminolgy for this activity) sambil menyambung jejak iftar yg berbaki tadi. Bertambah meriah bila Azrul (anak sulung kak Izar) & Wife datang bersama anak sulungnya yang juga cucu sulung kak Izar. Hai betuahnya jadi Opah dan Wan muda-muda ni . Masih kuat nak dukung cucu.

Penutup malam ni kami dihidangkan pulak dengan cempedak Kerling yang Kak Izar bawa tu belum campur lagi tat nanas pra- Raya yang Nawal hidang, aduh...agaknya perut pun menjerit..mana nak taruh ni..akhirnya kami pun minta diri nak balik sebab perjuangan masih panjang. Sebelum balik BSP, kami hantar anak buah hubby balik ke UM, PJ. Walaupun malam tu kami mujahadah solat tarawih sebab kepenatan dan kekenyangan, namun demi sebuah rahmat persaudaran, given a chance...we'll do it again ..insya-Allah.

Monday, September 15, 2008

IFTAR Ramadhan...6

Hari ni 'cuaca' masih 'mendung dan berjerebu'...tak rasa nak berbuka sorang-sorang, so bila Chef Ina dengan Yan pelawa berbuka dengan diorang di rumah bujang mereka di Flat Seri Melati memang aku tak lepas peluang. (btw, lupa mention Ina dan Yan ni adik beradik se-ibu se-bapa). Walaupun rumah bujang tapi menu special, kalau tak takkan children Al-Fatih panggil Chef Kak Ina.

Hari ini Ina hidang nasi ayam lengkap dengan salad dan air sarsi. Walaupun tetamu cuma aku dan Zai (pembantu guru Al-Fatih) tapi Ina masak macam nak makan satu sekolah. Alhamdulillah bertuah betul siapa jadi suami Chef Ina nanti, Insya-Allah tak lapar...Yan dengan Zai hari ni OT jaga daycare, bila sampai terus siapkan buah-buahan yang teacher nor bawak dan hidangkan makanan. Al-Fatih memang bertuah betul dapat staff budak dua beradik ni, boleh di bawa ketepi ketengah. Cekap kat sekolah, cekap kat rumah. Thumbs up untuk Pak kasad dgn Makcik Mah yang dah membesarkan anak dengan baik.

Lepas buka, kami solat maghrib berjamaah. Semuga Allah kukuhkan tautan hati antara kami dan kekalkan kami dalam suasana berkasih sayang yang abadi.

Tuesday, September 9, 2008

Projek IFTAR Putra Terrace 3/5...

Alhamdulillah benar janji Allah bahawa Ramadhan ini Allah janjikan rahmat pada permulaanya, keampunan pada pertengahannya dan pembebasan dari api neraka pada penghujungnya. Di bulan Ramadhan ini kita akan dapat melihat umat Islam mengerumuni masjid dan surau seperti kelkatu menghurungi lampu di waktu hujan, usai hujan, maka kelkatu juga hilang entah ke mana. Mudah-mudahan kita umat Islam tidak jadi kelkatu...

Bulan Ogos 2004, dengan rasminya aku dan suami berdaftar sebagai warga putra Terrace 3/5. Alhamdulillah suasana kejiranan di sini cukup kondusif. Majoriti warga 3/5 adalah pemilik rumah, walaupun ada yang menyewa dan bertukar ganti namun keharmonian kejiranan ini cukup menyenangkan.

Hari ini kami berkumpul di rumah Norizah untuk bergotong royong memasak juadah berbuka dan moreh untuk dihantar ke surau As-Syakirin berhampiran Putra Terrace. Dalam mesyuarat sebelum ni dah dipersetujui kutipan dana akan dibuat dari seluruh warga muslim Jalan 3/5 dan kaum Ibu diberi tanggungjawab menyediakan menu mengikut giliran.

Hari ni 9 Ramadhan, giliran 3/5 siapkan juadah iftar. Lepas balik Tadika tengahari tadi, aku terus je ke rumah Nor untuk membantu setakat yg mampu. Nor memang chef kat jalan 3/5, dibantu oleh assistant chef (Kak Yati). Teman tolong-tolong kacau senduk dalam periuk bolehlah. Menu kali ni pulut kuning dengan kari daging.

Seronok betul dapat bergotong royong kali ni, sebab kami pun dah lama tak berkumpul. Habis semua topik kita cover sekali..special betul kaum wanita ni, boleh buat 2-3 kerja dalam 1 masa, sambil bersembang, sambil masak kari, sambil kukus pulut, sambil buat packaging. Siap packing 150 pulut kuning dah dekat pukul 6:45, nampaknya tak sempatlah aku masak hari ni, terpaksa SOS kat suami minta ihsan beli juadah berbuka di Bazar Ramadhan. Giliran kali ni sebab weekdays, kami masak yg sederhana berat je...dengarnya sekali lagi giliran weekend bolehlah masak resepi special.

So there goes my siang of the 9th Ramadhan, mudah-mudahan amal yang sekelumit ini diterima Allah sebagai amal solih.

Monday, September 8, 2008

IFTAR Ramadhan...4

Alhamdulillah, hari ini Birthday gentleman belanja iftar di Puri Pujangga (UKM). As usual, when it comes to my hubby, there's no saja-saja program, misi kali ini ialah nak buat food testing as my other half ada projek mega di Puri Pujangga soon.

We reached there about 6:45p.m, hari ni pengunjung tak ramai, so dengan santainya kami dapat meninjau-ninjau suasana persekitaran dan menu yg dihidangkan. Not bad dengan harga yang ditawarkan. Sangat sesuai bagi yang ingin menikmati buffet Ramadhan dalam aura yang tenang. Moto Puri Pujangga pun comel ~ An Oasis of Serenity~ ...Maybe UKM don't intend to commercialized tempat ni, sebab tu maintenance kurang diberi perhatian. Teringat tak lama dulu PM Malaysia pun pernah tegur pasal kelemahan maintenance dlm sektor awam. Well either it's not a priority or memang attitude?


Usai berbuka, kami pun beredar untuk mengejar waktu solat tarawih. My comment : Bagi yang mencari medium budget buffet utk belanja keluarga atau kawan-kawan, Puri Pujangga is one alternative. Lokasi pun senang cari dan tempatnya agak damai especially weekdays. Amaran: Hidangan yg disediakan sesuai dengan tekak Melayu, so kalau anda international taste maybe kena cari tempat lain.

Tahniah Teacher NurulMukmini dan Saleh..


Alhamdulillah, Ramadhan 1429H menambah seorang lagi ahli keluarga Al-Fatih. Tahniah untuk teacher Nurulmukmini dan suami (Saleh) yang baru menerima kehadiran cahaya mata sulung, a baby boy yang diberi nama Muhammad Nur Irfan.

Petang tadi staff al-Fatih buat rombongan ke Nilai untuk menziarah anak sedara baru kami ni. Nurul dan baby baru keluar dari Hospital Seremban semalam sebab baby kuning. Alhamdulillah waktu kami sampai Ibu dan baby nampak sihat dan ceria. Walapun makcik-makcik riuh bersembang, Irfan relax je tidur....maybe dah biasa kot, maklumlah Irfan dah mula mengajar budak-budak tadika sejak berumur 3 bulan lagi....

To Nurul dan Saleh, selamat menempuh pengalaman baru menjadi Ibu dan Ayah...kak Nor dan pakcik yakin Nurul dan Saleh mampu menggalas amanah ini dengan baik, insya-Allah.

Sunday, September 7, 2008

Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung ..

Dah lama aku terlupa tentang buku ni, tapi tadi sewaktu sedang menyelongkar himpunan buku-buku yang belum sempat dibelikan kabinetnya, terjumpa pulak buku yang satu ini. Buku ini pertama kali dicetak dalam tahun 2003 dan sehingga August 2008 ia telah di ulang cetak sebanyak 7 kali...Alhamdulillah

Why is this book so special to me ? Panjang kisahnya, namun yang pasti ia melakar kenangan tersendiri dalam sanubariku selamanya insya-Allah. Sekiranya secebis sumbangan yang ku hulurkan mampu menjadi iktibar maka itulah rahmat Allah yang terindah..

Saturday, September 6, 2008

SOGO Craze....

Plan asal sebenarnya nak jalan-jalan cari baju di Jalan TAR dengan Yan, tak sangka pulak terperangkap dengan business trick SOGO...lepas turun komuter di stesyen Bandaraya, untuk ke Jalan TAR kami biasanya pass through SOGO. Tapi kali ni kena tahan pulak dengan security kat pintu tu...

La...rupanya hari ni Sale Preview untuk SOGO member sahaja, bila kami jengah kat dalam tu punyalah ramai manusia, entah macamana kami tukar fikiran pulak nak tengok apa yang sale sangat tu...Pandai SOGO, siapa nak masuk kena apply membership. Sorang RM12, entah berapa SOGO buat duit untuk 3 hari Sale Preview.

Ya Allah, ramainya lautan manusia kat dalam tu...rasanya kat setiap inci ruang dalam SOGO tu ada manusia berdiri. Bukan orang Melayu je yang sibuk berbelanja nak Raya, bangsa lain pun ikut mengambil kesempatan. Inilah gambaran keharmonian dan kemewahan masyarakat majmuk Malaysia .

Bila dah ramai macam tu, stress betul nak memilih barang. Dahlah tu kat every Cashier punyalah panjang manusia beratur nak membayar. Sampaikan nak try pakaian kat changing room pun kena beratur...ini betul betul Hari Beratur Sedunia. Tengah lenguh-lenguh kaki tukar beratur dengan Yan, ada pulak orang datang dekat kami tersengih-sengih..ehh macam kenal je.....la rupanya Fathiyah and hubby, Bad (anak buah suami) tengah shopping jugak kat Sogo. Untung Fathiyah tak yah beratur panjang, depa pakat mencelah je kat depan kami...

Sambil sembang dengan Bad, kami terfikir jugak kalau buat bisness bagus ni, ambik upah beratur nak bayar...bulan ramadhan ni sure ramai yg tak larat berdiri lama, kalau kami offer sekali beratur RM5-10, rasanya ramai yg prefer bayar lagi daripada stress berdiri almost 30 minit.

Orang yang shopping memang seronok tapi kesian yang menunggu. Bermacam karenah dan gaya, inilah antara aksi yg sempat dirakamkan oleh lensaku..Biasanya kaum Bapaklah yang paling 'menderita' bila menjelang Syawal ni, dahlah poket kemarau ..masa tu jugaklah jadi 'driver' dan 'tukang angkat barang'...sabar ya kaum lelaki kalau anda sabar dan ikhlas, insya-Allah besar ganjarannya. kan Rasulullah pesan. .." Yang paling baik diantara kamu ialah yang paling baik terhadap keluarganya dan Aku ( Rasul ) yang paling baik terhadap keluargaku..."
Dalam komuter masa nak balik, sambil melayan kaki yg lenguh aku berfikir adakah ramainya lautan manusia yg keluar shopping ni menunjukkan masyarakat kita masih mewah dan tak terjejas dengan kenaikan harga minyak dan barang.

Atau memang mereka terpaksa berbelanja demi memenuhi tuntutan adat yang mengatakan Hari Raya kena serba baru. Sambil beratur tunggu nak bayar, aku perhatikan satu keluarga at least membayar RM 500, itu baru satu floor, belum tempat lain lagi. And mostly depa bayar pakai credit card. Rasanya aku dgn Yan je yg bayar cash , maklumlah orang lain letak barang penuh kaunter, kami ...(hehe nak cakap pun segan)

Apapun, ini hanya perkongsian rasa salah satu senario yang berlaku sempena Ramadhan dan menjelang Syawal and I happened to be at the wrong place at the right time....

Monday, August 25, 2008

Permatang Pauh...Here We Come..

Alhamdulillah, 18 August lepas, selepas meredah hujan almost sepanjang permusafiran kami dari BSP ke Seberang Jaya, akhirnya kami dapat menunaikan hak untuk menziarahi 'anak sedara' terbaru kami, baby pasca reformasi (Nur 'Iffah Binti Musari). Seperti biasa bila bermusafir dengan my dearest hubby, ia bukan sekadar percutian atau perjalanan biasa. Ia akan menjadi dua atau tiga dalam satu. Menikmati ke'misteri'an Gua Tempurung di waktu hujan adalah satu pengalaman unik. Sempat juga makan durian kat RnR Bukit Gantang. Maybe sebab musim durian dah nak sampai ke penghujung, kualiti durian pun dah kurang, takpelah janji dah lepas hajat.

Apapun belum terlambat nak ucapkan tahniah dan mubarak pada Rin, Puteri reformasi yang dah bertukar status jadi Ibu reformasi dan tentunya pada Abah 'Iffah, Tuan Musari yang sanggup berkejar dari Kulim untuk bertemu kami di Seberang Jaya. Untungnya baby 'Iffah, kecil-kecil dah turut serta dalam perjuangan, muga semangat mujahidah akan mengalir dalam jiwa mu ya anak...

KEBETULAN pulak pertemuan pertama dengan Nur 'Iffah bertepatan dengan kehangatan kempen Pilihanraya kecil Permatang Pauh(PPauh) dan kebetulan pulak posting ini juga dibuat pada malam pilihanraya kecil PPauh ...patutlah ramai rakyat Malaysia kata banyak sungguh kebetulan kat Malaysia sekarang ni...


Lepas menjamu mata dengan perang poster di sekitar DUN dlm Parlimen Permatang Pauh, kami pi menjamu perut pulak. Pemandu pelancong bawak kami jalan-jalan cari makan mee udang Sg. Dua yang popular. Apa yang special? Ohh rupanya pelanggan boleh pilih udang sendiri, nak banyak mana pun boleh, janji bayar...lepas tu pilih nak menu apa, mee goreng, mee kuah and few more menu yg tak ingat. Dalam hujan renyai, kami menikmati mee goreng udang, satay dan air nyiok. Alhamdulillah, rezeki...

Almost maghrib, kami bertolak ke Taiping untuk tumpang bermalam di rumah kak Aqilah(hubby's sister) di Kampung Jambu. Even though this is not my 1st trip to Taiping, rasanya memang mudah nak jatuh cinta dengan kedamaian dan kehijauan kota warisan ini. Berada di Taiping memberikan aura ketenangan kepada penghuni dan tetamunya.

Seronoknya jadi orang Taiping sekejap, pagi-pagi ambil angin sambil beriadah di taman tasik yang berlatar belakangkan Bukit Maxwell. Lepas tu sarapan di Restoran Bismillah yang dah berumur lebih 100 tahun. Tengahari pi shopping di pekan Taiping. Lunch pun sangat murah, nasi putih dengan sambal udang, sayur kobis, kari ikan dan air limau suam baru RM3.50. Rumah Kak Aqilah pun dekat sangat dengan pekan Taiping, so teman berjalan kaki je ronda-ronda sekitar pekan.

Lepas maghrib 19hb, kami bertolak balik ...selamat tinggal Taiping. teringat dulu dalam majalah gila-gila ada kisah bersiri From Taiping With Love...

Wednesday, August 20, 2008

Jom MAHA 2008 ..

Dah lama beno teman teringin nak pergi, Alhamdulillah akhirnya hari ni teman berjaya mengambil kesempatan cuti sekolah untuk menjadi antara ribuan pengunjung MAHA (Malaysia Agriculture, Hoticulture & Agrotourism Show) 2008. Dari mula masuk ke parking lagi teman dah dapat rasakan kehangatan MAHA 2008, hangat dengan cuaca yang panas, pengunjung yang ramai, gerai-gerai yang ditandakan dengan belon besar sesayup mata memandang.

Kesilapan teman ialah sebab tak plan kembara MAHA ni sebelum start. So to those yang nak pergi, teman cadangkan kome mulakan seawal pagi dan explore activities luar dulu, kalau tak larat jalan kome boleh naik tram. tram boleh pilih nak yang Safari Type or yang tractor type. Only RM1/person. Lepas tu baru kita masuk ke Exhibition Area. Teman dan Yan dah tersilap masuk exhibition hall dulu baru naik tram, masa tu kaki dah nak cramp kepenatan, panas toksah cerita, tram pulak jalan slow...orang berhimpit-himpit, hujan pulak...so we miss a lot of fun activities out there. Teringin betul nak tengok cowboy naik rodeo...

Teman suka tengok orchid tapi sebab tak rajin jaga so teman cuma mampu menikmati je, teman terfkir kalau kakak ipar teman kak zie dgn kak nor yang pergi, teman guarantee sampai teman habis round MAHA depa masih kat taman orchid tu...

Teman teman teacher Yan anak orang Felda kelapa Sawit, so kome tengoklah betapa khusyuknya dia mendapatkan penerangan dari petugas yg jaga booth MPOB tu tentang galah serba guna yang pakai battery. Ekau nak bagi present kat abah ko yan ?

Teman paling teruja bila masuk ke Hall D1 and D2 (Popular Dishes in Malaysia and Agrobazaar). Bukan sahaja dapat menjamu tekak dengan pelbagai produk halal tempatan, malah teman rasa bangga sebab pengeluar tempatan rupanya dah lama mampu menghasilkan pelbagai produk yang halal sebagai alternatif kepada produk sedia ada. Sebut saja apa jenis produk makanan/minuman/ubatan yang kome teringin ..insya-Allah ada kat sini.

Teman rasa kalau yang serius nak buka halal hub center elok kunjungi MAHA ni, compile all the details of these manufacturer and distributor. Kebanyakan produk ni berkualiti and very presentable dari segi packaging. Btw, motto yg banyak dipamerkan ialah PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN. Teman teringat dulu masa teman pergi Jepun, teman cukup kagum dengan cara orang Jepun buat packaging. Produk tempatan mereka simple je, tapi disebabkan packaging yang menarik, pelancung rasa tertarik nak beli.

Teman seronok betul bila tempe dah dikomersilkan. Sedap betul tempe stick tu, dahlah sedap berkhasiat pulak tu. Telur pindang Johor pun nampak menggoda bila dimasukkan dalam kotak yang cantik. Kopi tunjuk langit tu rasanya really marvellous, sampai teman beli sekotak nak hadiah kat suami teman. Overall memang tak rugi sampai kejang-kejang kaki berjalan keliling exhibition hall ni. berbaloi...

Teman dengan Yan, 'terpaksa' balik waktu jam menunjukkan pukul 6:15 ptg. W/pun masa operasi dah dipanjangkan sampai 9:30 malam tapi teman kesian tengok Yan dah bersin berpuluh kali kena hujan, tu dia aih...melawat MAHA sampai demam. Actually, banyak lagi teman nak share cerita , tapi teman dah mengantuk sesangat ni, kaki pun dah start sengal-sengal. Rugi pulak tak beli minyak urut yang banyak jual tadi, rasanya ada berpuluh jenama minyak herba, sampai tak terlawat...terpaksa sengih je kat jurujual yang sentiasa ramah menyapa pengunjung. Teman tabik kat dema...

Sebelum teman memohon diri nak share sikit ttg salah satu tarikan kat MAHA 2008. Ikan SPA..kita hulur je kaki kat dalam kolam tu and tunggu ikan tu gigit. Teman teringin juga nak mencuba tapi tak sesuai sebab tempat tu terbuka. Kalau orang lelaki tak pe kut, tapi yang perempuan teman rasa penganjur booth tu kena peka sikit tentang aurat next time.

Kepada yang belum pergi, teman nak menyeru carilah ruang dan peluang, Insya-Allah...yang paling baik, pergi ke kaunter informasi dulu ambik peta MAHA atau boleh surf sini, rancanglah perjalanan, sediakan fizikal dan mental, pakai baju dan kasut yang sesuai, jangan sesekali pakai high heel...hehe. Selamat berMAHA 2008.

Friday, August 8, 2008

Birthday di Dusun Mak Tam...

Hari ni 08.08, hari ulangtahun kelahiran Chef al Fatih, Kak Ina yang ke 23 tahun. Happy Birthday Ina, terima kasih sebab tanpa kak Ina kelaparanlah kami semua.. Terimalah kek yang sederhana dari kak nor dan pakcik, semuga Allah memberkati umur Ina.Terima kasih pulut kuning dan rendang, pakcik kata sedap...


Lepas sekolah hari ni aku, teacher Nurul dan Birthday Girl pergi recee ke Dusun Mak Tam Ina di Sungai Kembong Hilir. Dah lama tinggal di BSP tapi tak perasan rupanya area Sg Kembong Hilir tu kaya dengan keindahan geo park yang menghijau dan buahan-buahan tropika. Sepanjang perjalanan sebelum sampai ke rumah mak tam kami mencuci mata dengan pohon buah-buahan yang sedang rancak berbuah..manggis, durian, rambutan dan langsat seakan-akan menggamit kami singgah...

Sampai je di rumah mak tam, tanpa membuang masa kami terus ke dusun di belakang rumah. Ina dengan Nurul dah hilang mengait manggis. Sambil sembang-sembang aku mengekori mak tam berjalan turun bukit untuk mengait rambutan. Tapi aku tengok dari jauh je sebab pokok pokok rambutan tu duduk dalam kandang lembu...kebetulan pulak pakai baju merah...tengoklah lembu tu tenung semacam je..tak tahulah kalau memang dia posing sebab tahu ada orang nak tangkap gambar dia..:-)
Memang mengujakan betul menghabiskan masa di dusun , bagi yang tidak pernah merasai seronoknya makan manggis di bawah pokok dengan hembusan angin sepoi-sepoi bahasa sambil bertemankan sang nyamuk, ruginya korang.... kalau nak rasa cuba-cubalah buat rombongan ke Selangor Tropical Farm ke PD Fruit Farm ke ..rasailah sendiri keeksotikannya. Ayah mertua mak tam memang rajin, selain dusun buah-buahan, tok juga menanam sayur-sayuran sendiri. Rasanya setiap inci tanah diexploit sepenuhnya. Teacher nurul yang sedang sarat mengandung pun pulun habis buah manggis. Siap minta plastik besar kat mak tam sebab plastik kecik tak muat nak isi buah manggis bawa balik.

Talking about manggis atau nama saintifiknya Garcinia mangostana, buah ni memang unik, selain dikenali sebagai "Queen of Fruit". Manggis juga mempunyai khasiat yg besar dan mampu dikomersilkan, kalau sesiapa berminat nak tahu detail boleh try surf here ...

Kira-kira selesai Solat Jumaat kat masjid, kami pun beransur dari rumah mak tam dengan perut yang penuh berisi manggis dan badan yang kegatalan di gigit nyamuk dan semut. Insya-Allah kami akan datang lagi dengan rombongan yang lebih besar selepas ini...

Monday, August 4, 2008

Brake Pads ohh...Brake Pads

Tengahari tadi stress betul, dahlah terkejar-kejar balik sebab nak belikan lunch untuk tetamu yang ada kat rumah, minyak dah bagi signal empty pulak, so pergi isi minyak kat petronas dulu, nak isi minyak duit tinggal few RM je dalam wallet, beratur pulak kat autoteller...ramai pulak hari ni...sabar nor sabar...dah tu nak isi minyak, eh...tak boleh pulak, adik kat dalam tu buat announcement pakai PA, kak sorry sila guna pam sebelah...grrrr.....

Dah isi minyak, terus je tekan minyak nak ke kedai makan tiba-tiba tayar depan belah driver berbunyi pulak...makin laju jalan makin kuat pulak bunyinya, ishh..tak boleh jadi ni, terus tukar haluan ke kedai tayar yg sebelah balai polis BSP tu..bila team TSI(Tyre Scene Investigation) tu tengok dia kata brake pads dah worn out...obviously I don't have any choice but to buy the new set of pads kan ? so tukar jelah ...harga ? RM 135? mahal ke ? entah..bila dah macam ni tak larat fikir...SOS kat my saviour pun tak jawab...

Siap je note hijau bertukar tangan tengok jam dah pukul 1:45...rush pulak beli lunch dan singgah kedai sekali beli lauk untuk masak dinner. Sampai rumah tengok mak dan tetamu tengah solat zuhur...tunggu siap solat pukul 2 baru lunch, kesian tetamuku......