Sepanjang jalan kehidupan ini aku bertemu dengan terlalu ramai insan istimewa yang setiap satunya menempati ruang tersendiri dalam kamus hidupku. Bingkisan dari nuraniku ini untuk menyatakan betapa mereka akan sentiasa dekat dihatiku...insya-Allah
Monday, October 6, 2008
Happy Birthday Dek Pah...
Salam....
Harapnya belum terlewat untuk mengucapkan Terima kasih atas bingkisan kek coklat untuk teacher Nor dari keluarga Faris dan Faidhi. Terima kasih En, Nasarudin dan Puan Rosnah yang datang ke rumah menghantar kek raya. Semuga Allah jua yang membalasnya.
Sunday, September 28, 2008
Eid Mubarak...

Eid Mubarak kepada semua saudara mara, sahabat handai dan taulan jauh dan dekat. Semuga Syawal kali ini disambut dengan penuh kesyukuran dan keinsafan.
Lapangkan dada dengan kemaafan. AidilFitri, insya-Allah antara wasilah terbaik untuk mengeratkan silaturrahim dan ukhuwwah. Yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita mesrakan, yang mesra kita serasi-serasikan.
Salam kemaafan, salam kasih sesama insan dari diriku(dan suami) dan dari keseluruhan warga Al-Fatih. Blog akan bercuti sementara kerana empunya diri Insya-Alah akan mula bermusafir ke kampung halaman di Johor hari ini. Beriman ketika memandu, jangan hadiahkan tangisan kepada yang tersayang yang menunggu di kampung halaman...
Eid Mubarak...Minal Aidil Wa Faizin....
Sunday, August 31, 2008
Ramadhan Kareem
Sungguh cantik kain pelekat, dipakai orang pergi ke pekan.
Puasa Ramadhan semakin dekat, silap dan salah mohon dimaafkan
Berharap padi dalam lesung, yang ada cuma rumpun jerami,
harapan hati bertatap langsung, cuma terlayang posting ini.
Mata kadang salah melihat....
Mulut kadang salah berucap....
Hati kadang salah menduga.....
Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada...
Have a blessed Ramadhan in this Ramadhan Kareem.
Saturday, August 30, 2008
Tahniah Imna Syazline dan Anwar...
Sebelum pergi, sempat ke Alamanda untuk carikan present si kecil. Susah juga pilih hadiah untuk baby ni ...kalau beli baju kang banyak sangat pulak baju, baby cepat membesar, nak beli barang mandian sure mak ayah dia dah beli, fikir punya fikir dari satu kedai ke satu kedai, akhirnya aku dan yan ijtihad beli baju dan toys untuk si kecil di Butik Anakku.Hari ini di Carrefour extra ramai sungguh manusia, tak tahulah sebab weekend atau orang siap-siap shopping untuk sambut Ramadhan. Kadang-kadang takut bila tengok cara orang kita berbelanja sampai sarat troli. Rasanya tadi almost kosong pasaraya Carrefour tu orang Melayu angkut...hmm tak dapat ku bayangkan ramainya manusia bila menjelang syawal nanti..
Wednesday, July 2, 2008
REJAB is coming...
In less that two months, we will usher in the month of Ramadhan, a holy month, a month that is full of divine blessings and mercy. The month of Ramadhan is a gift from Allah to the followers of Prophet Muhammad s.a.w. Therefore we should value this gift that comes along only once a year. This is not just a gift, but it is a gift from Allah s.w.t, the Creator of all creatures.
How do we appreciate this gift? How do we show our gratitude and gratefulness to Allah on this gift of Ramadhan? The answer is for us to prepare ourselves spiritually to go through the month of Ramadhan. We should prepare ourselves from the month of Rejab onwards. Rejab is just arround the corner and seems that we have less than one day to make that preparation.
1 Persediaan dengan berpuasa.
Dalam Hadith yg diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.ha;
"Aku tidak nampak Rasulullah s.aw menyempurnakan puasa melainkan pd bulan ramadhan dan aku tidak melihatnya banyak berpuasa melainkan pada bulan syaaban."
2 Persediaan dengan Doa.
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila masuk bulan Rejab maka dia kan berdoa : "Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan."
3 Persediaan dengan Al-Quran
Aku menyeru diriku sendiri untuk melipatgandakan tilawah dan taddabur bermula bulan Rejab untuk menghilangkan karat-karat di hati.
Surah al Anfal ayat ke2
"Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya maka akan bertambah iman mereka"
Muga-muga Rejab, Syaaban dan Ramadhan tahun ini akan lebih baik dari tahun sebelumnya.
Thursday, June 26, 2008
Berita Kelahiran ...
Sewaktu kami sampai Fathiyah sedang bersiap-siap untuk dipindahkan ke Wad kelas pertama. Fathiyah yang melahirkan baby secara Ceasarian really needs good rest and privacy. Alhamdulillah ramai saudara mara yang dah ada di sana. kak Izar n suami (Abang Amin) , their eldest son (Azrul). Wan Fariza dan Wan Fazlina (kakak Fathiyah) and tentunya the proud Opah and Wan.Seronok betul dapat jumpa kak izar, last jumpa bila yea..rasanya masa kami singgah rumah baru kak izar di Tg Malim on the way ke Taiping. My dearest sister in law ni memang very committed to her job. Untung sungguh kerajaan dapat pekerja macam Teacher Ros ni. After sembang-sembang dan melepas rindu kami semua pun bersurailah membawa haluan masing-masing. Alhamdulillah inilah salah satu hikmahnya Allah suruh kita ziarah orang kat hospital, yang jauh kita dekatkan yang dekat kita mesra-mesrakan.

Untuk semua anak-anak di luar sana yang lahir dari rahim ibu, hargailah pengorbanan ayah dan ibu, berebut-rebutlah untuk berbakti dan berbuat kebajikan untuk mereka.
Anak
Semasa engkau dilahirkan
Kau pun sudah satu impian
Impian nyata kurnia Illahi
Engkau anak istimewa
Kebahagian ibu ayah
Bila menangis dan juga tertawa
Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia
Masa silih berganti
Kau membesar tak dikenali
Cepat sungguh kau pandai bicara
Apa yang telah terjadi
Pada mereka kau derhaka
Mengapa begitu apakah salahnya
Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia
Kini kau telah tersesat
Hilang diri dan pedoman
Tak seorang pun mengambil peduli
Dan kini engkau menangis
Ibu ayah menghampiri
Walau engkau telah terpesong jauh
Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia