Showing posts with label Al-Fatih Kids. Show all posts
Showing posts with label Al-Fatih Kids. Show all posts

Tuesday, March 23, 2010

Al Fatih Outdoor Camp 2010

Just before mid sem school break yg baru lepas ni, anak anak Al Fatih berpeluang ber'outdoor camp' sambil menikmati keindahan alam di Agrotek Garden Resort Hulu Langat.

Tema kali ni ialah THANK YOU ALLAH FOR THE EARTH. Anak anak perlu dididik untuk mengenal ciptaan Allah dan mensykuri nikmatNya.

Outdoor Camp kalau tak ada trekking tak seronoklah kan ?Walau dalam usia seawal 4-6 tahun, anak anak al Fatih memang telah didedahkan dengan ilmu membaca peta ala ala treasure hunt.

Alhamdulillah anak anak begitu berdisiplin dan mematuhi peraturan

Macam profesional kan ?

Acara meredah sungai yang paling ditunggu tunggu.

Antara obstacle yang perlu dilalui sebelum melepasi checkpoint...

Anak anak dan air memang macam irama dan lagu...tak dapat dipisahkan...


Wahai anak anakku...Solat itu tiang agama....ke manapun kau hadapkan wajahmu di situ kau akan melihat Tuhanmu, carilah Tuhanmu pada kejadian dan ciptaanNya yang maha sempurna.

Doa itu senjata mukmin...

Lunch yang begitu menyelerakan setelah penat bermain air....

Kalau tengok memek muka ...rasanya adik izzah cerita pengalaman kena gigit pacat masa di sungai tadi...

And finally...time for group photo and to say goodbye to Agrotek...we'll come again insya-Allah...


Friday, July 17, 2009

Get Well soon Irdina and Ainus Syifa'...

Pagi ni kami sempat ziarah Irdina Abdullah Omar Wahbi di rumahnya. Irdina baru discharged dari hospital kerana demam denggi berdarah, Alhamdulillah, Irdina is recovering well. As for Ainus Syifa', masih di hospital. Last week teman-teman al-Fatih dah buat solat hajat dan mendoakan kesembuhan untuk Irdina dan Ainus Syifa' dan berharap keduanya dapat kembali ke sekolah semula soon because we miss u....

Friday, July 3, 2009

Thank You Teacher Eqa & Teacher Umi...

Selasa lepas adalah hari terakhir bagi Teacher Eqa dan Teacher Umi bersama anak-anak Al-Fatih. Alhamdulillah kedua-duanya akan menyambung pengajian mereka demi memenuhi tuntutan mencari ilmu dunia dan akhirat.

Setelah beberapa bulan bersama, anak-anak akan cukup terasa kehilangan keduanya, terutamanya anak-anak daycare yang hampir 12 jam bersama mereka 5 hari seminggu, tidak hairanlah ramai yang menitiskan airmata bila diberitahu teacher Eqa dan teacher Umi tidak akan bersama mereka lagi.

Sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih, petang selasa lepas Asar yang lepas, warga Al Fatih dan anak-anak daycare telah meraikan keduanya dalam majlis BBQ yang simple tapi sungguh bererti (ppeople says, a picture speaks thousand words...)

Untuk Eqa dan Umi, terima kasih atas khidmat cemerlang anda berdua. Semuga pengorbanan yang diberikan dalam mendidik anak-anak akan sentiasa diberkati Allah.

Thursday, November 6, 2008

Demam IHTIFAL is in the air....

Sejak naik cuti Syawal ni teacher-teacher al-Fatih dah mula diulit kesibukan yang amat sangat, selepas berhempas pulas menyiapkan report assessment untuk setiap anak-anak al-Fatih dan kemudian berhadapan dengan Ibu bapa dalam Parents-Teachers Conference, sekarang demam IHTIFAL pula melanda.

Tahun ni insya-Allah Annual IHTIFAL bakal berlansung di Auditorium EIMAS, BBB.

Selain bergotong royong menyiapkan props dan segala macam urusan berkaitan ihtifal dan graduasi, rehearsal untuk persembahan juga berjalan setiap hari. Alhamdulillah anak-anak al-Fatih dan teacher-teachernya bersemangat waja, mereka berlatih dan berlatih tanpa jemu untuk memastikan persembahan pada hari yang sebenarnya berjalan lancar.

Friday, October 17, 2008

Al-Fatih Kids Kenduri....

Dah lama teacher nor tak belanja anak-anak makan, so hari ni teacher nor pakat-pakat dengan chef kak ina minta kak ina masakkan nasi minyak, ayam masak merah dan acar untuk anak-anak. Seronok dan puas hati betul tengok anak-anak menjamu selera. Ayam masak merah tu memang sengaja dimasak tak pedas supaya budak-budak boleh makan. Bila siap makan kak ina tengok periuk ...almost licin...teacher-teacher pun dapat jamah sorang sikit je...sebab tak tahan bau nasi minyak tu memang mengancam...

Selain nasi minyak, ada kuih karipap pusing dan buah tembikai dan orange (yg disponsor teacher aida dan teacher zai). Teacher Mar pulak sponsor air syrup lychee...anak-anak excited tengok air special daripada biasa. Sebab kendurinya bersempena syawal, sehari sebelum tu pesan dengan anak-anak supaya masing-masing bawa potluck kuih raya, maklumlah fitrah anak-anak ni memang taat.....tu dia bila dah dikumpulkan...penuh meja dengan kuih- kuih pelbagai jenis dan rupa.. lepas makan nasi minyak masing-masing menjamu selera pulak dengan kuih-kuih raya.

Alhamdulillah, memang berbaloi melayan anak-anak al-Fatih makan, tengok diaorang berselera makan pun kita rasa kenyang dah...insya-Allah nanti ada peluang kita buat kenduri lagi ya.

Friday, September 26, 2008

Kad Raya DIY...

Entry kali ni terlambat sikit, bulan posa ni jadual padat dan mencabar pengurusan masa. 19 september lepas anak-anak Al-Fatih berkreativiti, mereka menyediakan kad Raya untuk ayahanda dan bunda. Anak-anak Al-Fatih memang hebat bab-bab yang melibatkan seni kreativiti. Anak-anak ni fitrah mereka kena selalu ingatkan tentang mentaati ibu bapa. Muga-muga sehingga akhir hayat mereka, anak-anak akan menjadi anak solih yang menggembirakan ayah bunda.

Mak dan ayah tentu tersenyum gembira apabila membaca kad Raya sentuhan anak-anak. Walaupun tulisan mereka tidak secantik yang dijual di kedai tapi apa yang tertulis dalam kad ini lahir dari jiwa anak-anak yang masih suci. Masing-masing begitu bangga menunjukkan kad yang telah siap.

Bila demam Raya dah mula terasa, teacher-teacher pun mulalah rasa glamour sebab masa nilah kita dapat banyak kad raya. Antara banyak-banyak kad yang teacher Nor terima, kad raya dari Adlina cukup mencuit hati. Kad yang dihiasi duit raya ni tertulis serangkap pantun yang cukup menggamit nostalgia zaman kanak-kanak ku. Pecah Kaca Pecah Gelas, Sudah Baca Harap Balas. Dulu-dulu memang tak sah kalau hantar kad raya kat kawan-kawan atau cikgu yang kita admire tak tulis pantun dua kerat ni. Sekarang kita pulak yang dapat dari anak-anak didik.

Friday, August 29, 2008

Semarak Ramadhan Al-Fatih...

Bukhari telah meletakkan dalam satu bab di dalam sahihnya, dpd ar-Rabi'e binti Muazwiz berkata:

"Kami semua berpuasa dan kami juga melatih anak-anak kami berpuasa. kami sediakan permainan daripada bulu untuk mereka. Apabila salah seorang daripada mereka ingin makan, kami berikan mainan itu sehingga tiba watu berbuka puasa."

Sebagai salah satu program keimanan dalam rangka melatih anak-anak berpuasa, aktiviti untuk menyemarakkan Ramadhan diatur untuk anak-anak al-Fatih. Petang tadi, semua anak-anak bergotong royong menghias tadika. Sengaja kami buat brain wash untuk beritahu anak-anak bahawa yang lebih layak disambut ialah Ramadhan. Kemas rumah macam nak sambut tetamu agung, memang hebat pun tetamu yg nak datang ni, bulan yg di dalamnya ada rahmat, keampunan dan pelepasan dari api neraka.

So we divided the children into two groups. Anak-anak 6 tahun diberi tanggungjawab mewarna banner dan anak-anak 4 & 5 tahun mewarna poster-poster berkaitan Ramadhan. Memang dah pesan awal-awal supaya bawa baju lama untuk painting. Berkat gotong royong dan kerja keras anak-anak, banner berjaya disiapkan dalam masa 45 minit sahaja. Seronok dan bangga anak -anak melihat hasil kerja mereka tergantung di pagar sekolah. I'm sure every child will proudly claim to their parents..."sayalah yang buat banner tu."

Inilah hasil kreativiti anak-anak al-Fatih dengan bantuan teacher-teacher.

As for 4 & 5 years old kids pulak, hasil kerja mereka cukup membanggakan. Semuanya berbakat mewarna. Mana taknya sampai terbaring-baring setiap kumpulan menyiapkan tugasan yang diberi. Walaupun masih muda mereka bijak bekerjasama dan berbahagi kerja antara ahli dalam kumpulan. team ni lagi hebat, dalam masa 45 minit mereka berjaya mewarna 14 poster bersaiz A3. Tahniah! Tahniah!...tepuk-tepuk-tepuk SEMANGAT!

Antara poster-poster hasil sentuhan anak-anak al-Fatih.

Dan seperti abang-abang dan kakak-kakak, poster poster yang telah bertandatangan nama mereka telah ditampal di dalam dan diluar sekolah. Selamat berpuasa anak-anak, ingat tau next week Chef kak Ina gantung periuk belanga tinggi-tinggi. No snacks, no Lunch, No tea, no curi-curi minum and makan.

Al-Fatih Kids Welcoming Ramadhan....

Hari ini ialah hari yang istimewa bagi Al-Fatih kids, tidak seperti Ramadhan tahun-tahun lepas, kali ini tazkirah Ramadhan disampaikan oleh Abang Fahmi dan Abang Mukhlas. Selalunya anak-anak tengok muka teacher perempuan je, kali ni bagi anak-anak tengok lelaki dan murrabi yang lebih hampir umur dengan mereka.

Abang Fahmi dan Abang Mukhlas ialah penuntut tahun akhir KUIS. A.Fahmi pernah jadi sukarelawan di Al-fatih, so kehadirannya tak asing pada anak-anak.

Seronok betul anak-anak dengar Tazkirah Ramadhan A.Fahmi yang penuh bersemangat. Selain tazkirah, penyampaian di selang-selikan dengan tayangan animasi pendek siri 'Upin dan Ipin' menyambut Ramadhan. Memang cute siri animasi tu, tak berkelip mata anak-anak tengok..very educational, teacher nor pun tak pernah tengok siri Upin dan Ipin nih, pernahlah dengar..tapi tak tahu kenapa tak pernah tengok.

Selain tazkirah, Abang Fahmi pandai mencuri hati adik-adik. Tak terasa 1 jam yang diperuntukkan dah berlalu. Selain kuiz, ada pulak tepuk-tepuk semangat dan tepuk-tepuk terima kasih untuk bagi adik-adik tak boring. Alhamdulillah, anak-anak boleh jawab semua soalan kuiz yg diberi dengan baik, memangpun anak-anak dah diajar niat puasa dan doa berbuka. Bila A.Fahmi tanya kenapa kita berpuasa ? Adik Syaurah jawab :"Supaya kita rasa orang kelaparan.." Adik Hakim jawab : "Sebab Allah suruh". Adik Nureen pulak jawab: "Sebab Puasa rukun Islam". Alhamdulillah sejuk perut Ibu dan Ayah....

Di akhir tazkirah dibuat sekali pelancaran Ramadhan Infaq Fund. Every year Al-Fatih akan lancarkan tabung dan anak-anak dididik untuk menyuburkan amalan bersedekah. Alhamdulillah, tadi kami rasa teruja betul sebab ada mak yang hantar nota, anaknya memang dah kumpul duit sendiri dalam tabung nak bagi kat orang miskin. Insya-Allah di penghujung Ramadhan kami akan bawa wakil anak-anak untuk menyerahkan sendiri kutipan tabung kepada yang memerlukan.

Rezeki anak-anak al-Fatih hari ni, rupa-rupanya hari lahir Faris dan Faidhi. Parents Faris & Faidhi kirim mee hoon goreng dan dua buku kek coklat untuk sarapan. Anak-anak ni memang tak jemu-jemu makan kek coklat, habis depa sapu dua-dua biji kek, siap bertambah-tambah.

Sebelum beredar Abang Fahmi sempat mengimamkan solat Tarawih dan Solat Witir anak-anak. Alhamdulillah, sejuk hati teacher tengok anak-anak al-Fatih dah boleh solat berjamaah dengan baik, "Ya-Allah, sesungguhnya perjalanan anak-anak ini masih panjang, berilah petunjuk ke jalan Mu, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya daripada kejahatan dan terangilah hatinya dengan nur pancaran iman."

Terima kasih ya Abang Fahmi dan Abang Mukhlas, walaupun sedang menghadapi peperiksaan akhir, sanggup meluangkan masa untuk bermesra dengan adik-adik al-Fatih. Secara tak lansung anda berdua kini menjadi role model/mentor mereka. Adik-adik pun nampak seronok dengan kehadiran abang-abang mentor mereka. To Fahmi, Mukhlas and Nurun : Semuga berjaya dengan cemerlang ujian dunia dan akhirat.

Lepas ni anak-anak Al-Fatih tunggu pulak Pakcik mentor yang dah janji nak buat tazkirah elektrik ...

Thursday, July 31, 2008

1/2 day with Al-Fatih Daycare Kids..

Untuk memenuhi permintaan Ibu bapa, starting January this year Al-Fatih decided to offer Day care services to cater for our students.

Day care
or child care is care of a child during the day by a person other than the child's parents or legal guardians, typically someone outside the child's immediate family. The service is known as child care in the United Kingdom and Australia and day care in North America. Child care or day care is provided in nurseries or creches or by childminders caring for children in their own homes. (xtract from Wikipedia, the free encyclopedia)

Kesediaan melanjutkan masa operasi ini bermaksud more commitment is needed from all staff and management. Alhamdulillah, we are blessed to have teachers and supporting staff yang selama ini begitu banyak berkorban masa dan tenaga demi memastikan anak-anak day care al-Fatih selesa dan terbela.

Management dah sediakan time table untuk day care kids. Biasanya after calss is over at 11:30, anak-anak akan tukar baju dan berehat sebelum lunch is served. Secara fitrah istilah rehat bagi anak-anak jauh berbeza dgn adult macam kita. For boys, rehat means - bergasak, bergumpal, ber'ultraman' dan macam-amacam action packed activities. For girls as Pak utih describe, memang tepat sangat, they like to talk and talk and talk and talk...itulah rehat bagi mereka.

Masa makan adalah masa yang sangat ditunggu-tunggu oleh anak-anak. 12:30 -12:45 biasanya makan time, yg girls dilatih tolong serve makanan. Menu anak-anak simple, jangan pedas tapi berkhasiat. Biasanya sup ayam, tomyam, sayur lemak kobis dengan ikan goreng, kurma ayam, telur masak kicap, ayam masak kicap, nasi ayam etc.

Telur memang favourite anak-anak. Masak lah apapun, mereka akan suka. Lagilah selera anak-anak ni memang dah sebati dengan air tangan Chef Kak Ina. Tengoklah sendiri macam mana anak-anak menungging pinggan menghayati kelazatan masakan kak ina. Teacher-teaher yg jadi tukang serve dah kenal benar anak-anak mana yang akan makan bertambah 2-3x. Parents kadang-kadang tak percaya anak-anak makan bertambah, sebab di rumah katanya tak makan nasi. Wallahualam mungkin berkat makan berjamaah kot.

Lepas makan, anak-anak rehat sebentar dan mana-mana yang ada homework akan siapkan masa ni dengan supervision from teachers. Sebelum tidur, anak-anak kadang-kadang demand nap time stories. Biasanya kalau teacher nor balik lewat sikit, sempatlah buat satu cerita kat anak-anak. I noticed yg anak-anak ni kalau kita ajak depa sembang, let them talk their heart out, they will be more obedient and senang dibentuk berbanding kita beri arahan atau marah-marah. Ana-anak ni sebenarnya menuntut perhatian dari orang dewasa. They have so many stories to tell..but nobody to hear.

So parents -please listen and respond to your child, SHOW YOUR ATTENTION AND APPRECIATION. Jangan sesekali remehkan perkataan anak-anak, takut they will not tell you anything again. Kalau anak-anak balik bawa hasil kerja sekolah, puji dan appreciate. Tampal kat dinding ke kat tepi tangga ke, kat peti ais ke...Pak Utih kata bila mak ayah balik kerja (mum especially - FOCUS to living things 1st - Anak), bukan dapur, mesin basuh atau worst peti TV...:-) Anak-anak ni pun biasanya nak melepas rindu je kat mak ayah, lepas tu mereka akan go back to their MAIN BUSINESS - play. Masa ni barulah mak ayah proceed to other tasks.

By 1:30- 1:45 biasanya anak-anak dah tidur kecuali sorang dua yang memang tak pandai tidur siang, but they still have to rest and try not to make noise to respect kawan-kawan yang tidur. mas anak-anak tidur nilah, teacher-teacher dan pembantu ambil kesempatan solat, makan dan berehat, sebab once anak-anak buka mata aktiviti akan bermula lagi...

Untuk aktiviti separuh hari lagi kita sambung lain kali insya-Allah...